Park Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat.
Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
Wendy menekup telinganya saat ketiga-tiga adik lelakinya menjerit serentak kearahnya.
Jisung, Haechan, dan Chenle memang menjengkelkan! Selalu sahaja ingin menghalang dia daripada keluar. Ada sahaja yang mereka nak bebelkan.
"Noona! Chenle tak nak noona kena tangkap lelaki lain!" tangis Chenle sambil memeluk kaki Wendy.
Memang itulah drama yang sentiasa terjadi setiap kali Wendy mahu keluar, sekalipun ingin membuang sampah sahaja.
Heh! Dramatik!
"Noona kitorang tak nak hilang satu-satunya noona yang kitorang ada!" luah Jisung, dia turut sama memegang kaki mulus Wendy.
Gadis itu mengurut dahinya. Pening! Haechan juga menangis. Entah apa yang sedihnya. Keluarga vampire itu sudah pun muak dengan perangai ketiga-tiga makhluk hidup itu.
Asyik nak mengongkong Wendy sahaja. Pergi sekolah tak nak tapi asyik nak main sahaja.
"Korang, noona nak keluar pergi beli makanan jelah. Kenapa nak nangis ni?" soal Wendy.
"Ha'ah. Janganlah halang noona korang tu. Kesian dia tak boleh gerak," sahut satu suara garau.
Wendy bersetuju dengannya. Ketiga-tiga anak lelaki itu berhenti daripada merengek dan berdiri tegak. Mereka berdiri di belakang Wendy kerana ketakutan. Wendy pula terkedu.
Dia kenal dengan suara ini. Perlahan-lahan, kepalanya ditoleh ke belakang.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Masa seakan terhenti. Ada cahaya aneh di belakang Chanyeol dari pandangan Wendy. Kejap. Chanyeol?
PARK CHANYEOL?!
Takkan lah roh Chanyeol kembali ke bumi macam roh makcik Seungwan sebab tak tenang? Tapi kenapa sekarang? Dan kenapa roh dia tak terapung dan berpijak mulus diatas tanah?
"Hai, sayang?" Sapa Chanyeol dengan gaya seksinya.
Beg dompet Wendy terjatuh.
Roh Chanyeol mampu bersuara dan masih menyempat untuk menggodanya. Air matanya bergenang. Tangan Jisung dan Haechan dipegang erat.
"Noona cakap satu dua tiga kita lari eh?" kata Wendy, ketakutan. Chanyeol mengerutkan dahinya. Dia berjalan mendekati Wendy.
"Jangan dekat!" ugut Wendy.
"It's me. Peluklah kalau tak percaya."
Wendy menggeleng. Dah jadi hantu tu buat lah macam hantu! Kenapa nak goda anak dara orang lagi ni? Takkan dia nak kahwin dengan hantu pulak sebab dah cair?! Nanti anak keluar apa? Jin BTS?!