Part 42

510 46 17
                                    

Wendy menjadi semakin akrab dengan Chanyeol sejak sesi mendengar luahan hati tempoh hari. Buktinya, pagi ini mereka duduk bersebelahan untuk bersarapan. Ahli keluarga Choi pun perasan akan hal itu tetapi mereka cuma berlagak biasa sahaja.

"Pakcik teman Wendy pergi main skii hujung minggu ni boleh? Wendy nak practice untuk pertandingan lepas cuti sekolah habis," ujar Wendy.

Miyoung memberi jelingan kepada Sehun. Dia mencuit pinggang suaminya itu. Sehun yang menyangka Miyoung ingin bermanja dengannya terus mendekatkan wajahnya dengan wajah isterinya itu. Dia menayangkan wajah paling comel sekali untuk seekor anak ayam.

"Oppa!" marah Miyoung tapi nada suaranya masih terkawal agar tidak didengari oleh ahli keluarga yang lain.

Sehun tersenyum riang.

"Apa tadi? Oppa? Sekali lagi sekali lagi. Tak dengar lah sayang?" Sehun mula mengusik Miyoung sehingga telinga wanita itu merah. Wajahnya juga tak ubah seperti tomato.

"Uwuu.. Mummy dengan daddy sweet sangat.. Nanti Wendy kahwin pun nak ada suami macam daddy la.." puji Wendy sambil menongkat dagu memandang kedua ibu bapanya itu. Wajahnya lembut sahaja memandang mereka. Dia cemburu.

"Jadi anak daddy kena lah makan banyak-banyak supaya boleh kahwin cepat-cepat ya? Tapi daddy tak jamin ada lelaki macam daddy lagi dalam dunia ni," ujar Sehun.

Wendy mengangguk faham.

"Tapi daddy.. Kalau yang macam daddy dah tak ada, Wendy nak kahwin dengan siapa? Baekhyun oppa?"

Baekhyun tersedak.

"Bapak kau ni brengsek nak. Jangan cari yang macam dia," ujar Baekhyun sambil meneguk air putih.

"Brengsek tu apa?" tanya Wendy, tidak faham.

Ha sudah. Ahli keluarga Choi merenung tajam kearah Baekhyun kerana mengajar Wendy benda tidak elok.

"Be--brengsek tu baik, bagus. Haa.. ya ya.." Baekhyun menipu. Wendy mengangguk lagi seperti babu.

"Ala Candy kahwin jelah dengan pakcik Yeol kau tu. Dia bujang sejak lahir lagi tu. Kesian dia tak pernah merasa naik pelamin," usik Minseok. Wendy terus menoleh kearah Chanyeol.

"Ouh jadi pakcik ni brengsek lah kiranya. Sebab Wendy nak kahwin dengan lelaki brengsek je."

"Uhuk!!"

Chanyeol tersedak tulang ikan. Dikatanya dirinya ini brengsek? Memanglah Wendy ingat maksud brengsek itu baik tapi.. haih.. Baekhyun tak guna. Ajak anak angkat benda tak elok.

"Wendy, jangan guna perkataan tu lagi ye? Tak sesuai untuk kita," tegur Siwon.
Dia terpaksa masuk campur kerana adik-beradik itu nampaknya tidak mahu berhenti mengenakan Chanyeol.

"Baik, atuk!" jawab Wendy, patuh.

Siwon terdiam. Dia dipanggil atuk ke tadi? Kunyahannya terhenti.

Minseok, Baekhyun dan beberapa vampire yang lain menahan diri mereka daripada ketawa sehingga menunjukkan wajah buruk mereka.

Akhirnya, tawa Baekhyun terlepas juga.

"Bhahahahahaha! Hyung dia kata hyung atuk hahahaha!!" Baekhyun mula mengejek Siwon yang tidak mampu untuk berkata-kata lagi.

Seluruh ahli keluarga mulai ketawa termasuk Sooyoung, isteri Siwon sendiri. Tidak sedarkah dia kalau Siwon adalah atuk, bermakna dia nenek?

Mereka ketawa tidak henti dan berterusan mengusik Siwon.

Wendy terhibur. Keluarganya memang lucu.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDWhere stories live. Discover now