Pagi itu, Wendy bangun dengan tidak bersemangat sekali. Dia turun ke bawah untuk menjamu sarapan seperti kebiasaan. Sampai di sana, adik-beradik vampire sudah pun berada disitu.
Wendy mengambil tempat di sebelah Baekhyun yakni agak jauh daripada Miyoung dan Sehun.
Wajahnya muram sahaja pagi ini. Tiada senyuman langsung. Adik-beradik vampire sedar akan keganjilan itu.
"Wendy nak nasi ke roti?"
"Nak oppa tuangkan jus ke?"
"Jem kacang ke jem strawberi?"
"Nak main dengan oppa ke kejap lagi?"
Bertubi-tubi soalan ditanya. Kebiasaan itu masih tak hilang. Mereka masih risau dengan keadaan Wendy seperti dahulu kala.
"Nak air kosong.." jawab Wendy sambil memandang meja. Tidak bertenaga untuk mengangkat wajahnya.
"Tak elok minum air je. Makan lah sekali sayang," arah Sehun. Wendy tak menjawab sebaliknya menggulingkan bebola matanya kerana menyampah. Moodnya musnah setelah mendengar suara Sehun tadi.
"Morning!" Suara garau Chanyeol memecahkan kesunyian. Dia menuju kearah Wendy lantas mengacak rambut gadis itu, nakal. Senyuman manis diberikan.
"Nak cereal tak?" soal Chanyeol. Wendy menggeleng. Dia tak ada selera untuk makan sekarang. Pantas dia bangun dan menuju ke biliknya semula.
Adik-beradik vampire merenung Sehun dan Miyoung dengan wajah tidak berpuas hati.
Chanyeol tidak ambil pusing dan mengambil cereal yang berada berdekatan dengannya lantas dimasukkan ke dalam mangkuk. Kemudian, susu pula ditambah ke dalamnya. Selepas itu, dia bangun untuk mengekori Wendy.
"Korang ni mak bapak dia tapi tetap tak faham-faham lagi dengan sifat dia! Boleh tak buang ego tu dan cuba untuk faham anak korang sendiri?! Dia tu bukan macam budak lain yang tabah je dengan perangai mak pak bengap macam korang!" marah Baekhyun. Dia tahu apa yang terjadi setelah mendengarnya dari Chanyeol.
Anginnya juga rosak kerana melihat keadaan Wendy tadi. Yelah, diakan bapa kedua Wendy.
"Wendy tu kurang kasih sayang daripada korang sampai hati dia mudah lembik! Senang dikoyak tapi susah ditampal semula!"
"Dia tu manja. Tak faham jugak ke?! Sudahlah korang tak pernah ada masa dia membesar. Sampai dia dah besar pun korang buat perangai budak-budak. Entah apalah yang korang buat pada dia tapi aku tak nak masuk campur. Yang aku tahu, kalau mood Wendy tak baik juga petang nanti, aku bawa dia keluar dari sini," ugut Baekhyun. Dia malas nak memberitahu apa yang Sehun dan Miyoung buat kepada Wendy. Biarlah cuma dia sahaja yang tahu di sini.
Sehun dan Miyoung senyap.
"Dia diabaikan dari umur setahun jagung dan sekarang korang masih lagi tak reti-reti jugak? Apa yang korang buat tu mungkin korang ingat dapat ajar dia jadi berdikari tapi korang lupa, dia bukannya korang yang mampu hidup tanpa ibu dan ayah. Korang tu tak ada pilihan, tapi dia pula tak diberi pilihan!"
"Itu tak adil dan menyeksa! Kau memang bodoh kalau terasa dengan apa yang aku kata. Korang memang layak kena maki. Kalau macam ni lah, baik aku jelah jadi bapak dia!" Dengus Baekhyun, kasar.
Dia juga turut sama keluar dari ruang makan dan pergi ke tempat kerja dalam keadaan marah. Biarlah Sehun dan Miyoung nak kata apa. Yang penting, dia dah luahkan semuanya.
Chanyeol mengetuk pintu yang berada diantara bilik tidurnya. Dia membukanya dan nampaklah bilik tidur Wendy disebelah sana. Gadis itu sedang berbaring diatas katil dengan wajah lesu.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
