"Eo? Daddy datang!" ujar Wendy dari dalam rumah.
Dia sebenarnya dihalang oleh Eunwoo agar tidak keluar menyapa keluarganya itu. Hatinya kini meronta-ronta ingin bebas. Dia merenung Eunwoo yang sedang tenang menikmati sarapan paginya.
Kedengaran suara keras Sehun memaksa Eunwoo untuk melepaskan Wendy. Wendy rasa terharu. Rupa-rupanya, Sehun masih sayangkan dia.
"Daddy.. Wendy kat sini.." bisik Wendy.
Bagaikan mendengar suara hati anaknya, Sehun menoleh kearah tingkap. Dia pasti suara Wendy datang dari situ.
Wendy bergerak dan menuju kearah Eunwoo. Dia melutut.
"Eunwoo, tolonglah bagi aku balik. Aku rindukan diorang sangat-sangat. Please?" rayu Wendy. Hampir-hampir sahaja dia sujud di kaki lelaki itu untuk membenarkannya pergi.
Eunwoo bangun dan mengarahkan Wendy untuk berdiri. Dia tak suka bila dirinya dianggap seperti melakukan kesalahan besar.
"Wendy, aku bukan tak nak bagi tapi aku takut diorang akan lukakan kau lagi," ujar Eunwoo. Dia menyuruh Wendy untuk duduk diatas kerusi disebelahnya.
"Eunwoo, aku janji diorang tak akan lukakan aku lagi. After all, I can't blame them if they still loved their first born right?" balas Wendy. Eunwoo kelihatan serba-salah.
Kepala Wendy dipegang. Dia merapatkan dahinya dengan dahi gadis itu. Mereka memang agak rapat seperti pasangan kekasih cuma Wendy sahaja yang tidak sedar akan hal itu. Melihatkan yang Wendy menganggap Eunwoo sebagai abang, nampaknya lelaki itu harus berkerja lebih keras.
Wendy menyentuh pipi Eunwoo dan mengusapnya perlahan.
"Eunwoo, tak boleh macam ni. Aku masih ada keluarga," pujuk Wendy. Selama dia menginap di sini, dia asyik teringat kepada Miyoung dan Sehun. Dia fikir, keputusannya bodoh kerana meninggalkan kedua ibu bapanya tanpa berbincang dengan mereka. Seharusnya, mereka perlu mendengar satu sama lain demi menyelesaikan masalah ini. Eunwoo dengan terpaksa mengangguk.
"Kalau macam tu bila nak jadi anak yatim?"
"Eunwoo!"
"Okey maaf-maaf. Yelah, aku lepaskan kau. Maaf sekali lagi kalau aku buat kau tak selesa. Maaf sebab tengking kau. Aku takut kau tak nak jumpa aku lagi dah," ujar Eunwoo. Wendy menggeleng.
Badan Eunwoo dipeluk. Belakang badan lelaki diusap.
"Mana adalah. Aku faham kau risau pasal aku. Aku tahu kau sayang aku. Au pun sayang kau macam abang sendiri," balas Wendy.
Eunwoo tersenyum pahit. Jadi betul lah dia diabang-zoned selama ini? Patutlah Wendy tak macam perempuan lain bila digoda. Dia syok sendiri lah ni?
"Pergilah. Balik. Jaga diri elok-elok," nasihat Eunwoo. Wendy mengangguk faham.
"Nae. Nanti aku lawat kau jugak bila ada masa."
Eunwoo menggenggam tangan Wendy dan membawanya keluar dari rumah. Buka sahaja pintu rumah, mereka berdua nampak Sehun yang sedang menindih Taeyong dan Jaehyun, serentak. Hampir-hampir sahaja lelaki serigala itu ditumbuk oleh Sehun.
"Daddy?" panggil Wendy, bingung.
Sehun bingkas bangun dan membersihkan badannya. Dia berdiri disebelah Miyoung seperti tiada apa yang berlaku. Sehun perasan akan pegangan erat Eunwoo pada anaknya itu.
"Wendy, kita balik jom?" ajak Miyoung.
Wendy memandang Eunwoo. Perlahan-lahan, pegangan itu dilepaskan. Wendy turun dari beranda depan rumah dan menuju kearah Miyoung.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
