Chanyeol tersedar dari tidurnya kerana matanya silau terkena cahaya matahari. Dia cuba untuk menggeliat namun terasa sukar sekali seperti ada sesuatu yang melingkar di sekitar badannya. Dia membuka matanya, ingin melihat apa yang menghalangnya.
Ternyata, benda itu adalah Wendy yang sedang tidur di sebelahnya dengan nyenyak sekali. Paling comel sekali, gadis itu berdengkur perlahan sambil memeluk dirinya yang tidak berbaju.
Kejap. Tak berbaju?
Chanyeol terus menyelak selimut.
Syukur! Wendy masih memakai baju tidur Hello Kittynya. Baru dia teringat semalam Wendy yang membuka bajunya untuk merawat lebam pada dadanya. Lelaki itu menghela nafas lega seraya mengelus lembut pipi Wendy. Rambut Wendy dibelai.
Sungguh dia rindu akan gadis ini. Dia sendiri tak tahu bagaimana dia boleh hidup tanpa Wendy sebelum ini. Sekarang, dia rasa dia tak akan dapat bernafas kalau tidak bersama Wendy meski hanya sesaat.
Dan masalah lainnya, dia perlu meminta kebenaran Sehun dan Miyoung untuk mendampingi Wendy. Khayalan Chanyeol terhenti setelah Wendy bergerak.
"Tidur nyenyak?" soal Chanyeol saat Wendy mulai sedar. Gadis itu menggeliat kuat sehingga wajah mereka mendekat menyisakan beberapa inci sahaja sebelum bersentuhan.
Chanyeol terus mencium bibir Wendy. Dia tersenyum melihat wajah bingung Wendy.
"Chanyeol? Hurm. Mimpi je kot.." ujar Wendy dan kembali menutup matanya. Dia nampak kecewa.
"Apa yang mimpi?" tanya lelaki itu.
"Tak mungkinlah Chanyeol ada dekat sini siap tak pakai baju lagi. Kitorang kan gaduh. Dia pun dah dah ada girlfriend baru," jawab Wendy.
Chanyeol menahan gelak.
"Kalau dia cakap awak ni kekasih hati dia, awak percaya?" tanya Chanyeol. Wendy menggeleng.
"Kenapa tak percaya?"
"Sebab kalau betul pun, dalam mimpi je. Dahlah! Nak tidur balik. Nak mimpi benda lain!" marah Wendy. Dia memeluk lengan sado Chanyeol.
"Mimpi Chanyeol tak pakai baju tu ke?"
Wendy mengangguk dengan polosnya.
"Kenapa nak tengok dalam mimpi kalau boleh tengok sekarang?"
Wendy membuka matanya. Jarak mereka begitu dekat sekarang. Kenapa suara Chanyeol dalam mimpinya ini kedengaran begitu jelas dan seolah-olah dalam realiti?
Dia mengerutkan dahinya.
"I'm real, Wen.." ujar Chanyeol.
Wendy menilik Chanyeol dari atas sehinggalah bawah. Dia terus bangun dan menjauhi Chanyeol saat tersedar yang lelaki itu betul-betul di sebelahnya. Apa yang berlaku semalam sampai mereka boleh seranjang?
"Mwo--mwoya?! Keluar!" arah Wendy, malu. Chanyeol turut sama bangun dan mendekati Wendy.
"Keluar? Padahal semalam sayang yang tak nak lepas. Sedihlah saya," ujar Chanyeol di telinga Wendy.
Telinga gadis itu berdesing mendengar suara serak-serak basah Chanyeol. Sungguh menggoda iman nipisnya.
"Jangan nak goda boleh tak?!" marah Wendy. Dia tidak memandang langsung wajah Chanyeol kerana tak mahu digelakkan oleh lelaki itu.
"Tak boleh. You're too seductive to me. Like a morphine. My own morphine," jawab Chanyeol. Dia memeluk Wendy dari belakang. Tahu atau tidak Chanyeol yang Wendy sekarang menunggu masa untuk meletup sahaja kerana tidak tahan dengan godaan halus itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
