Part 22

479 43 9
                                    


Chanyeol memeluk kepala Wendy untuk masa yang agak lama. Dan setelah itu, barulah Wendy tersedar.

Gigi taringnya terbenam semula ke dalam gusinya dan menghilang. Dia menjauhkan wajahnya dari bahu Chanyeol dan tidak semena-mena, dia pengsan.

"Bawa dia balik. Jangan sampai ada orang nampak.." seorang tua memerintah Chanyeol secara tiba-tiba.

Dia datang entah dari mana dari alam semesta ini. Dan entah bagaimana Chanyeol menurut sahaja perintahnya. Badan Wendy dicempung kemas dan dibawa ke kereta mewahnya. Gadis itu disandarkan pada kerusi sebelah tempat penumpang dan dipasangkan tali pinggang keledar.

Tanpa berlengah, Chanyeol terus memandu beredar dari kawasan festival. Tidak tahu bahawa mereka sebenarnya sedang diperhatikan oleh puak wolf.

...

"Wendy okey?" soal Baekhyun kepada Seulgi.

Seulgi yang telah pun selesai memeriksa dan merawat Wendy mengangguk perlahan.

"Dia okey. Cuma penat dan badan dia masih baru lagi dengan darah segar tu. Mungkin ambil masa sikit untuk dia biasakan diri sebelum jadi vampire yang sebetul-betulnya.." jawab Seulgi.

Steteskop diletakkan didalam laci mejanya. Baju doktornya juga dilepaskan.

"Oo. Darah siapa yang dia minum?" tanya Baekhyun lagi.

Dah serupa bapak betul dah dia ni. Risau semacam. Lebih dari Sehun.

Seulgi diam, tidak mahu menjawab soalan Baekhyun.

"Adalah. Manusia yang beruntung.." jawab Seulgi, bersahaja.

Baekhyun tidak berpuas hati.

"Bagitahu lah.. Please?"

"Tak payah tahulah. Penyibuk." ujar Seulgi. Dia menolak Baekhyun agar kekal didalam bilik rawatan dan menjaga Wendy sementara dia keluar mencari seseorang.

"Oppa.." panggil Seulgi saat melihat Chanyeol. Dia menarik Chanyeol masuk ke dalam pejabatnya. Lelaki itu ditolak agar duduk diatas katil rawatan.

First aid terus dikeluarkan dari dalam almari.

"Tak payah lah." ujar Chanyeol, pasrah.

"Tak payah apa? Dia gigit oppa kot! Gigitan vampire sesama vampire bukannya macam gigitan vampire pada manusia!" marah Seulgi.

Sebab itu jarang dan tak ada vampire yang hisap darah sesama sendiri. Gigitan mereka sukar untuk disembuhkan. Apatah lagi saliva mereka hanya berfungsi sepenuhnya pada badan manusia sahaja.

"Sikit je.." jawab Chanyeol.

"Sikit tak sikit tetap kena gigit. Wendy tu dah la amatur lagi. Gigi dia tu masih baru dan tak pernah digunakan lagi pada mana-mana makhluk yang wujud atas dunia ni! Oppa makhluk pertama yang dia makan!" bentak Seulgi.

Dia sebenarnya risau sahaja. Bukan melebih pun. Kan? Ke melebih?

"Nanti elok la tu. Aku ada kerja la nak buat Seul, kena pergi ni." ujar Chanyeol, menolak pertolongan daripada Seulgi.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDWhere stories live. Discover now