"Rasa-rasa Wendy nak tak adik?" tanya Sehun pada Miyoung yang sedang menikmati popcorn sambil menonton cerita hantu.
Miyoung menoleh.
"Saya tak nak," jawabnya.
Sehun mencebik. Dia masuk ke dalam selimut yang sedang digunakan oleh Miyoung dan menjadikan bahu wanita itu sebagai bantalnya.
"Tapi Wendy kata nak?"
"Wendy ke daddy Wendy yang nak?"
Sehun tersenyum, malu. Dia menyuap popcorn berperisa coklat itu sendiri. Lengan Miyoung dipeluk. Mengada.
"Kot-kot lah terbuka hati kan?" bisik Sehun. Matanya merenung televisyen.
Miyoung menjelingkan sekilas. Hidung mancung Sehun ditarik. Mulalah tu nak bermanja bila dah berbaik. Jarang lah Sehun tak manja macam ni. Orang kata munafake kalau menindakkan.
"Katakan saya pun nak--"
"Nak?!"
"Sabarlah orang tua. Tak habis cakap lagi. Hish!"
"Baik orang perasan muda."
Miyoung menyepetkan matanya. Geram dengan Sehun.
"Katakan saya nak lepastu kita dapat baby lelaki. Awak nak buat apa?" tanya Miyoung.
Sehun berdecit.
"Kenapa kena baby lelaki?" Dia mencebik.
"Habistu takkan nak perempuan lagi? Boringnya. Dahlah anak perempuan lagi sayang bapak daripada mak. Saya pun nak ada geng jugak," Balas Miyoung.
Popcorn itu dikunyah dalam sekali genggam sahaja.
"Perempuan jelah. Lelaki nanti dia curi awak dari saya. Saya kan kuat cemburu," jujur Sehun.
Miyoung tergelak.
"Mengaku jugak eh awak tu kuat cemburu."
"Nak buat macam mana, dah kenyataannya macam tu," jawabnya. Dia memejamkan matanya dan memeluk Miyoung.
"Hun, tak payah lagi lah ye? Kita fokus pada Wendy dulu. Takut dia pun naik sama cemburu bila adik dia keluar nanti. Dahlah sperma korang ni buat kerja laju. Tak sampai sembilan bulan terus keluar. Tak ke gila aku nanti.." pinta Miyoung.
Sehun menghela nafas panjang, lagi. Dia mengelamun. Pipi Miyoung dikelus lembut. Mereka bertentang mata.
"Yelah, saya faham. Tapi nanti make sure bukan baby lelaki eh?"
"La bukan saya yang tentukan jantina. Awak tu penentunya. Jadi cakap pada diri sendiri okey?"
Miyoung terus mengalihkan perhatiannya daripada Sehun. Cerita hantu tadi ditonton semula.
Sehun mula merengek dan mahukan perhatian Miyoung namun tidak dilayan.
"Bila boleh pindah masuk istana?" tanya Miyoung, tidak menghiraukan Sehun lagi. Lelaki itu mengeluh.
"Diorang kata tak boleh lagi. Tengah baiki bilik-bilik yang rosak," jawab Sehun. Dia bermain-main dengan jari-jemari Miyoung.
"Nanti kita semua pindah ramai-ramai eh? Jauhkan diri daripada manusia," pinta Miyoung.
"Eh? Kenapa? Awak bukan manusia ke? Kenapa nak lari dari diri sendiri ni?"
Buk! Bahu Sehun dipukul.
"Kan dah jadi vampireee!" Marah Miyoung. Bibirnya dimuncungkan. Sehun ketawa.
"Tunggu Wendy dah jadi vampire sebetulnya, kita pindah. Orang istana tak akan suka kalau dapat tahu Wendy tak pernah minum dari hos.." ujar Sehun, serius. Miyoung mengeluh. Nak kena cari manusia ke ni?
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
