Baekhyun turun bersama Wendy di dalam dukungannya. Mereka bergurau senda dalam perjalanan seperti bapa dan anak kandung. Namun, tawa Baekhyun terhenti saat Wendy meneriakkan nama seseorang.
"Aunty Taeyeon!!"
Wendy menarik-narik baju Baekhyun agar mendekati Taeyeon. Manakala Taeyeon, dia hanya tersenyum manis kearah Wendy dan tidak pula memandang Baekhyun.
Taeyeon nampak begitu kemas berpakaian kemeja putih dan baju kot berwarna grey dengan skirt separas paha. Nampak seperti pekerja yang berwawasan.
Seksi dimata Baekhyun. Haih. Dasar keturunan mata keranjang.
"Kakak la.." ujarnya.
Dia pelik pula melihat Wendy yang sudah terjaga seawal jam tujuh pagi ini. Dia mendekati Wendy lantas mengusap rambut anak kecil itu.
"Wendy buat apa pagi-pagi ni? Mummy mana?" soal Taeyeon, penuh nada keibuan.
"Mummy tidur dengan daddy.." jawabnya, sedih. Dia mengusap perutnya yang sebenarnya sedang lapar itu. Ianya berbunyi dengan begitu kuat sehinggakan hamba-hamba menoleh serentak kearahnya.
Mereka terus berlari ke dapur untuk menyediakan makanan untuk cik puan mereka yang kecil itu.
"Wendy lapar ya? Nak kakak masak?" Soal Taeyeon. Wendy mengangguk.
Dia pernah memasak untuk Wendy jadi Wendy ingat akan rasanya itu. Sedap seperti masakan chef hotel lima bintang.
Gadis itu mendukung Wendy dan segera membawanya ke ruang makan, meninggalkan Baekhyun sendirian disana. Baekhyun mengekori mereka dengan kekoknya.
Wendy diletakkan diatas kerusi sementara Taeyeon bersiap-siap. Dia membuka baju kotnya dan meletakkannya disebelah Wendy. Wajah anak kecil itu dipandang.
"Wendy tak basuh muka lagi?" soal Taeyeon. Wendy mengangguk.
Tanpa berlengah, dia terus membawa Wendy ke sinki dan menolong membasuh mukanya. Kulit wajah Wendy begitu halus dan lembut seperti sutera. Nampaknya gen Oh Sehun tidaklah seteruk yang dia sangka. Wendy mewarisi kulit muka daddynya. Bukan macam mummy dia. Buruk. Hm. Kutuk kawan sendiri tak salah kan hehe.
Selesai sahaja membasuh muka, dia menyuruh Wendy untuk duduk sementara dia menyediakan makanan. Para hamba diarahkan untuk keluar. Kemudian, Baekhyun masuk ke dapur tanpa bersuara. Gadis itu tidak menghiraukannya.
"Wendy nak susu.." ujarnya.
Taeyeon menutup bahagian hadapan badannya. Dia terkejut.
"Susu formula maksud saya.."
Taeyeon menghela nafas lega. Dia tak membalas kata-kata Baekhyun tapi tangannya ligat mengambil botol susu dan memasukkan serbuk susu ke dalamnya. Digoncang botol yang suam itu dengan kuat. Baru sahaja dia mahu keluar, Baekhyun memegang pergelangan tangannya.
"I miss you.." ujar Baekhyun.
Taeyeon menjelingnya.
"Not now (pegi mati).." marahnya. Dia melepaskan pegangan Baekhyun dan pergi kearah Wendy untuk memberi botol susu kepada anak itu. Biarlah dia kenyang sedikit sementara menunggu makanan bayi dimasak.
"Taeng, kita dah bincang kan. Saya pun dah minta maaf. Saya tak halang awak dah.." ujar Baekhyun.
Taeyeon pura-pura tak mendengar. Dia sibuk memotong sayur-sayuran kegemaran Wendy.
"Kita berbaik ya? Saya rindukan awak sangat-sangat.." pinta Baekhyun. Pinggang Taeyeon dipeluk dari belakang.
Taeyeon tersentak. Terasa bagaikan ada arus elektrik mengalir saat Baekhyun menyentuhnya. Dia menelan ludahnya. Gugup.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
