"Patut buat Frozen 3 lepastu biar Olaf cerita pasal Samantha pulak. Tapi siapa Samatha eh?" Omel Wendy pada Sehun dan Miyoung.Kedua mereka tersenyum sahaja mendengar bebelan Wendy. Mereka baru sahaja pulang daripada menonton filem di pawagam di bandar.
Sepanjang seminggu pulang ke Quahog, memang Wendy banyak menghabiskan masa bersama Miyoung dan Sehun di luar kota. Kedua ibu bapanya itu mahu menunjukkan bandar tersebut kepada Wendy kerana dia masih lagi asing dengan tempat itu.
"Dengar tak?" soal Wendy.
"Iya dengar. Nanti kita cari siapa Seman tu.." balas Sehun.
Lengannya dan lengan Miyoung dirangkul serentak oleh Wendy. Gadis itu disuap oleh Miyoung seperti anak kecil.
"Samantha daddy! Samantha! Seman tu tukang kebun kita!" marah Wendy. Sehun anggukkan sahaja. Dia sebenarnya tak ingat pun cerita apa yang dia tengok tadi kerana sibuk merenung Miyoung.
Dasar angau. Tak adalah. Dia bosan sikit tengok cerita budak-budak. Eh, yelah tu. Padahal Sehun yang beria menangis daripada Wendy.
"Selamat pulang Tuan dan Puan Besar dan Cik Muda.." ujar hamba pada mereka bertiga.
"Tuan Chanyeol sudah pulang, tuan," sambungnya.
"Chanyeol balik?" soal Miyoung terkejut. Hamba mengangguk.
Dia tak sempat pun membuka jaketnya kerana terkejut. Pantas kakinya melangkah mencari lelaki itu. Wendy merenung Sehun, bingung.
"Mummy kenapa?" soal Wendy.
"Sayang lama dia dah balik," jawabnya. Datar sahaja. Mungkin perasaan cemburu itu masih ada.
"Sayang?"
"Kawan dia.."
"Ouh kawan. Perempuan ke? Cantik nama," ujar Wendy dengan polosnya tetapi tidak ditanggapi serius oleh Sehun.
Wendy turut sama menuju kearah ruang tamu. Dia ingin melihat siapakah yang ditemui Miyoung. Tidak lupa juga Sehun. Sehun ditarik oleh Wendy untuk ikut sama walaupun lelaki itu tidak mahu.
Tapi manalah mampu dia menolak anak perempuannya itu kan?
Sampai sahaja di sana, Wendy dan Sehun memerhati Miyoung yang sedang berbual akan sesuatu dengan seorang lelaki tinggi.
Lelaki itu membelakangi mereka. Wendy jadi tertanya-tanya akan rupanya.
Kebetulan, Miyoung ternampak Wendy dan Sehun di sana. Dia tersenyum. Jarinya menunjuk kearah Wendy dan mengatakan sesuatu pada lelaki itu. Kening Wendy terjongket.
Pegangan tangan Sehun diperketat. Dia berselindung di belakang daddynya itu.
Chanyeol menoleh perlahan-lahan.
Pandangan matanya terkunci dengan mata gadis di belakang Sehun. Tidak berkerdip dia memandangnya.
"Candy?" panggil Chanyeol.
Miyoung mengangguk.
"Hmph! Tu lah Candy. Tapi dia tak suka orang panggil dia Candy dah," celah Miyoung.
Chanyeol mengangguk kecil. Baru sahaja Miyoung hendak menyambung percakapannya, Wendy bersuara.
"Tak! Saya suka! Kalau pakcik hensem yang panggil," Wendy menyahut.
Sehun menoleh memandang anaknya itu. Bulat sahaja matanya. Biar betul anaknya ini? Takkanlah perangai gatalnya dah menurun kepada Wendy secepat itu?
Chanyeol hampir tersedak.
Pakcik hensem? Seriuslah?
'Aku hampir dijadikan bapak kedua oleh mak kau lah budak pendek hodoh!'
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...