Part 1

960 65 86
                                    

Seperti yang diketahui pada musim lalu, Miyoung telah disahkan hamil dan telah pun melakukan pemeriksaan dengan doktor vampire, Choi Siwon sendiri. Mereka kini sedang bersiap-siap untuk menyambut ahli baru dalam keluarga itu dalam masa yang terdekat.

Ya, kadar pertumbuhan janin vampire memang berbeza daripada manusia. Mereka tumbuh dengan cepat sekali; dengan bekalan darah yang mencukupi dan disokong pula dengan genetik yang telah diubahsuai atau lebih spesifik lagi, mutasi. Sooyoung memaklumkan yang mereka tidak mempunyai tarikh tepat akan bila bayi tersebut bakal lahir kerana selama ini, jarang sekali ada vampire yang mengandung.

Miyoung dikecualikan— mungkin kerana saat sebelum dia ditukarkan menjadi vampire, dia masih lagi bernafas meski sekadar nyawa-nyawa ikan dan sebenarnya dapat diselamatkan dengan alat bantuan moden.

Encik Kim awalnya agak terkejut mendegar berita tentang anaknya yang kini menjadi separuh vampire namun dia cuba untuk menerimanya. Cerita tentang nenek moyang mereka bermula daripada Seungwan sampailah apa yang terjadi pada Miyoung sekarang semuanya sudah dia ketahui.

Cuma, agak sukar untuk dia hadam kerana cerita itu terlalu berbelit. Yelah, untuk lelaki tua sepertinya cerita sebegini bagaikan sinetron petang.

Seisi mansion kini meriah kerana semuanya saling mahu berebut memegang perut Miyoung. Ada yang mahu mencadangkan nama anak Miyoung sampaikan bergaduh.

Semuanya menceriakan hari Miyoung sebagai ibu mengandung. Dia mengusap perutnya yang masih belum membesar itu kerana kandungannya baru mencecah lima minggu. Miyoung pun tidak pasti lima minggu dalam dunia kitaran vampire sama atau tidak dengan kitaran manusia.

Dia berharap yang anak kecil ini akan tumbuh membesar dengan baik dan menjadi penghibur seisi rumah. Dengan adanya orang baru dalam hidupnya itu, hidup mereka mungkin serba-serbi akan berubah.

Untuk pengetahuan, Sooyoung sudah pun dapat menerima Miyoung dan sudah mengakui kesilapannya. Dia ego kerana berfikir yang hanya dia seorang sahaja yang dapat memiliki Sehun memandangkan dia yang merawat Sehun sejak bayi lagi.

Miyoung juga telah lama memaafkannya kerana menurutnya Sooyoung sudah pun menyesal dan ikhlas mahu berbaik dengannya.

"Miyoung, tengok aku ada bawa apa ni?" tegur Jongin sambil membawa sebuah kotak yang dibaluti pembalut hadiah dengan rupa lelaki itu sendiri. Terdapat gambar gucci comel melekat pada bahagian tengah hadiah tersebut. Ianya dari koleksi Jongin sendiri bersama brand terkenal dunia, Gucci.

Dia menyerahkan kotak tersebut pada Miyoung dan duduk dihadapan wanita itu.

"Apa ni?" tanya Miyoung, teruja. Dia nak tergelak juga sebenarnya kerana pembalut itu.

"Adalah. Nanti anak ayah dah lahir baru bukak ya?" balas Jongin yang matanya kini turun ke perut Miyoung

"Ayah siapa?" soal Miyoung, lagi.

"Akulah," jawabnya, sombong. Sehun yang sedang menghias katil bayi di hujung bilik melempar kasutnya kearah Jongin. Balingannya itu tepat sehingga terkena kepala lelaki itu.

Jongin mengaduh kesakitan.

"Alah janganlah berkira. Aku ayah kau ambil lah nama panggilan lain ye Hun? Aku pun nak rasa macam mana ada anak jugak," pinta Jongin.

Dia membuat muka kesian dihadapan Miyoung dan Sehun. Sehun tidak menghiraukannya dan meneruskan kerjanya tadi.

"Takpe Jongin. Kau boleh guna yang tu. Biar Sehun guna nama lain. Contohnya, daddy ke?" balas Miyoung. Dia merenung Sehun untuk melihat respon lelaki itu.

"Daddy? Pfft. Baik kau yang panggil dia macam tu. Lagilah dia suka.. daddy Oh Sehun"

Keletung!

Kepala Jongin dipukul oleh Kyungsoo dengan tangannya.

"Jangan nak ajar adik ipar aku benda mengarut!"

"Kyungsoo!" Jongin merengek kesakitan.

Kyungsoo datang mendekat pada Miyoung sambil membawa dulang makanan. Ianya adalah makanan tradisional keluarga Choi yang diturunkan dari generasi ke generasi. Kyungsoo adalah pewaris yang entahlah ke berapa yang mewarisi resepi tersebut memandangkan dia yang paling pandai memasak.

Makanan bersup itu disuapkan pada Miyoung demi kesihatan janinnya.

Dia menjaga Miyoung dengan begitu baik seperti seorang mak-mak.

"Eo? Baby tendang perut. Dia suka masakan awak, Kyungsoo!" ujar Miyoung.

Jongin yang teruja terus menekapkan telinganya pada perut Miyoung.

"Mana? Nak dengar! Nak dengar! Tak tendang pun?"

Pap!

Kyungsoo menampar lagi Jongin.

"Mana ada bergerak lagi bodoh! Miyoung bergurau je!" Marah Kyungsoo. Miyoung pula ketawa melihat Jongin dibuli sebegitu.

"Hahaha. Jongin janganlah buat macam tu lagi. Sayanglah sikit kepala tu," pinta Miyoung. Jongin mengusap kepalanya sendiri dan tersenyum sumbing.

"Baik tuan puteri!" ujar Jongin lantas membalas pukulan Kyungsoo. Alhasilnya, dia dikejar oleh Kyungsoo sehingga mereka terpaksa beredar dari bilik tersebut.

Miyoung dan Sehun memandang satu sama lain. Mereka sama-sama tersenyum juga. Miyoung tak sangka yang dia akan disayangi sebegini sebenarnya. Selepas ibunya tiada, rasanya ini adalah saat paling membahagiakan baginya.

Adik-beradik vampire juga sudah tidak takut pada Sehun. Pasalnya, lelaki itu sudah berubah. Tidak lagi garang seperti zaman muda dulu.

Tapi bohong! Hahahaha! Mereka masih lagi takut terutamanya Baekhyun. Cuma dah berkurang sedikit sahaja. Kalau nak bergurau bodoh tu masih berpada-pada. Cuma itulah, lutut Baekhyun masih lagi lemah. Kesian.

Miyoung terhibur mendengar Jongin dimarahi Kyungsoo. Sudah seperti melihat ibu anjing memarahi anaknya. Jangan tanya kenapa dia bandingkan dengan anjing.

"Baby cepatlah keluar ya? Ramai yang tengah tunggu ni."

to be continued


manalah si chanyeol ni kan? hurm 🤔

vote la korang ye💙

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDWhere stories live. Discover now