Tiga bulan berlalu, Wendy masih belum sedarkan diri daripada koma. Keluarga vampire berulang-alik dari Quahog ke Paris demi menjaga Wendy. Mereka tidak menyangka bahawa keadaan Wendy akan menjadi seserius ini.
Dan sepanjang tiga bulan itu, Chanyeol dan Jaehyung sentiasa berada disisi Wendy. Keduanya telah berhenti kerja buat sementara waktu demi menjaga gadis itu.
Bahkan, mereka melebihi Sehun dan Miyoung. Kata mereka, biarlah mereka yang bersusah-payah dan lelah pula. Mereka yang gagal melindungi Wendy, jadi mereka perlu menebusnya.
Setiap hari, mereka menunggu Wendy untuk sedar. Mereka selalu berdoa agar gadis itu akan bangun sewaktu mereka yang berada di sisinya. Mereka mahu menjadi orang pertama yang Wendy lihat. Mereka mahu gadis itu tahu yang mereka sentiasa akan bersamanya di saat susah dan senang.
Walaupun Chanyeol dan Jaehyung rasa agak tidak selesa antara satu sama lain disebabkan perasaan mereka yang sama terhadap Wendy, tapi mereka tetap bekerjasama. Kalau Chanyeol menjaga pada waktu pagi, Jaehyung akan menjaga di belah malam dan begitu lah sebaliknya.
Sehun sendiri sudah tidak merasa kekok dengan kehadiran Chanyeol dan Jaehyung di sana. Rasa seperti ada pertandingan siapa yang lebih sayang Wendy daripada dia. Juga, pada awalnya, dia tidak selesa dengan pandangan cinta Chanyeol pada Wendy.
Dia rasa geli, mual dan ingin muntah memandangkan Chanyeol adalah abang angkatnya. Tapi lama-kelamaan, dia sedar yang dia pun sama je dengan Miyoung. Mereka berdua sama-sama cintakan manusia yang berusia lebih muda. Boleh dikatakan pedofilia tapi dikecualikan kerana mereka vampire dan kacak.
Namun begitu, Sehun tak boleh menghalang memandangkan Chanyeol betul-betul nampak serius. Bahkan dia pernah sakit sehingga terpaksa dimasukkan IV. Mahu ikhlas sejauh mana lagi?
Kini, Sehun sudah terbiasa kalau-kalau ternampak Chanyeol yang sedang mencium tangan anak gadisnya itu. Ataupun sedang mengelus pipi gebu Wendy. Dia pun tak boleh menghalang lebih-lebih.
Tentang Jaehyung pula, Sehun juga menerima lelaki itu. Jaehyung juga terlihat ikhlas bersama Wendy. Bahkan gelaran tunang itu masih kekal. Menerima Chanyeol tidak bermakna Sehun akan menghalau Jaehyung dan sebaliknya.
Jaehyung lelaki yang baik. Reputasinya tidak pernah buruk. Sehun sukakan kedua-duanya. Yang jelas, hanya Wendy yang berhak membuat keputusan untuk memilih siapa nanti. Sehun akan menyokong mana-mana keputusan Wendy nanti.
Cuma Wendy yang kenal akan diri sendiri dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya sendiri.
Kalau diikutkan, dia lagi rela Wendy bujang sampai dia tua. Mana boleh ada lelaki lain rampas anak gadisnya. Hah! Tak logik. Sehun terfikir, ini ke apa yang Encik Kim, ayah mentuanya fikir semasa dia cuba merebut Miyoung dulu?
Sehun tersenyum pendek. Cepat betul masa berlalu. Agaknya kalau ayah mentuanya itu masih hidup, mungkin mereka akan jadi kawan rapat. Sama-sama mengerjakan Chanyeol dan Jaehyung yang cuba mencuri Wendy dari mereka.
...
"Wendy cantik sangat bila tidur kan?" ujar Seulgi kepada Jongin.
Wanita itu tersenyum sehingga menampakkan eye smilenya. Dia terpegun melihat kecantikan Wendy. Memang gen Oh Sehun tidak mengecewakan.
"Cantik," puji Jongin. Dia sendiri akuinya. Tapi Seulgi lagi cantik di matanya.
"Dah jangan pandang! Butakan mata tu!" marah Seulgi.
Jongin bingung. Tadi dia yang tanya. Bila jawab dia marah pula? Kalau dia jawab hodoh, nanti sama je kena tengking. Nasiblah jatuh cinta dengan perempuan emo macam Seulgi.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
