"Dia tidur dengan Chanyeol?""Dalam bilik Chanyeol, yang.."
Miyoung mengangguk kecil. Rambut Wendy dibelai manja. Nampaknya gadis itu terlalu penat sehinggakan tidurnya tidak terganggu langsung sekarang.
"Sayang betul Chanyeol sampai bagi Wendy tidur dekat situ ya?" ujar Miyoung.
Rahang Sehun hampir terjatuh. Biar betul Miyoung ni?
"Sayang apa kebendanya?"
"Yelah. Dia kan pakcik Wendy. Mesti dia rasa bersalah dan nak buat baik dengan Wendy. Baguslah tu. At least Wendy akhirnya dapat kasih sayang dari pakcik terakhir dia.." kata Miyoung dengan positifnya.
Sehun menggeleng kecil. Kenapa Miyoung obses sangat nak Wendy hidup dikelilingi kasih sayang orang yang tak penting? Tak cukup ke kasih sayang dia dan Miyoung sahaja? Kenapa orang lain obses dengan duit tapi isteri dia obses dengan kasih sayang? Dia salah kahwin dengan makhluk asing ke?
Kadang-kadang, dia tak faham dengan Miyoung. Wanita itu diluar jangkaannya.
"Nanti bagitahu Wendy jangan pakai macam ni lagi. Lagi-lagi dalam rumah ni penuh manusia gatal. Chanyeol tu bukan boleh percaya sangat. Saya kenal sebab saya pun macam tu ehh saya pun lelaki," tegas Sehun.
Sifat bapanya keluar setelah sekian lamanya. Dia cemburu tapi, dia sendiri tidak sedar akan hal itu. Bagi Sehun, Wendy masih lagi gadis kecil berusia enpat tahun yang pernah dia lihat dahulu.
Miyoung mengerutkan dahinya. Dia jelas sekali tidak bersetuju dengan arahan Sehun. Kenapa nak sekat hak kebebasan Wendy? Itu tidak adil buat anaknya. Wendy kan dah besar. Biarlah dia nak pakai apa pun hatta bikini. Tak! Tak! Jangan bikini. Apa-apa pun, Wendy kan tinggal di negara orang putih, jadi wajar kalau dia berpakaian bebas seperti ini.
"La biarlah dia nak pakai apa. Lagipun tak seksi sangat pun?" balas Miyoung, membantah keputusan Sehun.
"Tak seksi apa si Chanyeol pandang dia macam.. macam cara saya pandang awak dulu! Takde-takde! Dia anak saya, dia kena ikut cakap saya. Saya kenal Chanyeol tu. Bukan boleh percaya," jelas Sehun.
Dia berkeras dengan kata-katanya. Miyoung menarik Sehun keluar dari bilik agar tidak menganggu Wendy.
"Anak saya jugak tu! Awak ni dah kenapa tiba-tiba nak arah Wendy itu ini? Sebelum ni tak ada pula awak berperangai macam ni."
"Suka hati awaklah! Kalau apa-apa terjadi, saya tak nak bertanggungjawab!" tengking Sehun.
Dia bukan nak mengongkong, tapi dia cuma protective sahaja. Kan sudah dia beritahu, kalau dia sayang sesuatu, dia akan menjaganya dengan baik sekali. Apatah lagi itu adalah hak miliknya.
"Kenapa awak bercakap macam Chanyeol tu seorang yang tak boleh kawal diri macam awak? Awak tahu tak yang Chanyeol tu lagi matang dari awak sebelum kita ada hubungan dulu!" Marah Miyoung.
"Saya tak peduli."
"Yelah. Awak memang tak peduli. Dulu pun awak buang Wendy semata-mata ego bodoh awak! Sekarang baru awak nak berlagak macam ayah dia? Mana awak sebelum ni?! Mana awak masa Boa hubungi kita yang Wendy rindu dan minta nak balik?! Saya kecewa. Awak masih sama macam dulu. Selalu buat masalah lepastu datang balik berlagak macam tak ada apa. Sama macam apa yang awak buat pada mendiang anak kita dulu.." Miyoung mula mengungkit.
Sehun menggulingkan anak matanya.
"Itu tak sengaja kan?"
"Yelah tak sengaja. Tak sakit hati pun hati ni bila awak menghilang tinggalkan saya dengan anak awak dalam ni.." Miyoung menunjuk kearah perutnya.
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...