"Appa? Appa?"
Chanyeol mengurut pelipisnya saat anak sulungnya itu memanggil lagi. Sudah dua kali anak itu disusukan tapi tetap juga lapar!
Anak ke monster ni?!
"Ye anak appa? Nak apa lagi?""Nak main!" pintanya. Chanyeol tersenyum pasrah sahaja.
Wendy yang baru keluar dari bilik air ketawa terkekek-kekek saat melihat Chanyeol dibuli oleh anak sendiri.
"Appa tak nak main dengan Renjun. Appa nak main dengan omma," balas Chanyeol, menolak Renjun ke tepi.
Renjun yang tidak berpuas hati terus duduk diatas muka Chanyeol. Pampersnya digesek ke muka Chanyeol. Lelaki itu menjerit meminta tolong sehingga mengalirkan air mata.
Sesungguhnya tahi Renjun memang busuk. Dah elok dulu keluar jadi anak vampire, tiba-tiba dah jadi macam anak manusia balik. Berak je memanjang.
Jahit punggung tu kang baru tahu. Biar dia berak ikut mulut.
"Ren, sini kat omma?" panggil Wendy dengan nada selembut boleh. Renjun bangun dan berlari kearah Wendy dan mencium pipi ibunya.
Park Renjun, berusia tiga tahun. Lahir selepas sepuluh tahun Wendy dan Chanyeol bersama. Mereka membuat keputusan untuk mendapatkan anak tiga tahun lepas kerana sebelumnya Chanyeol masih ingin bersama Wendy sendirian tanpa gangguan orang ketiga.
Selain itu, Chanyeol nampak bagaimana Wendy dilayan dahulu sebaik sahaja dilahirkan selepas Miyoung dan Sehun berkahwin. Dia tak mahulah anaknya juga mengalami kisah yang sama. Oleh itu, mereka membuat perancangan keluarga dan tak terburu-buru mahupun gelojoh seperti Oh Sehun.
Mereka menikmati hidup sebagai kekasih dan menjelajah ke seluruh dunia sebelum betul-betul membina rumah tangga. Tidak seperti Oh Sehun dan Kim Miyoung yang terlanjur diawal usia. Ceh! Cukuplah sampai di sini sahaja sindirannya.
Park Renjun mewarisi wajah Chanyeol hampir seratus-peratus seperti yang diinginkan oleh lelaki itu. Wendy agak sebal juga kerana Renjun seperti bukan keluar dari perutnya. Malah terlihat seperti keluar dari perut Chanyeol. Dia cuma berjaya mewariskan kependekannya sahaja.
Hish! Dah elok mati dulu tiba-tiba hidup lepastu buli orang macam ni pulak! At least bagilah hidung ke bibir ke sama macam Wendy tapi ini tak! Dia bolot semua kecuali ketinggian.
Sedih.
"Lepas tukar pampers, tidur ya?" pujuk Wendy. Renjun mengangguk faham.
Sebaik sahaja ditidurkan, Wendy bergerak kearah Chanyeol pula. Suaminya masih terbaring lemah diatas lantai dengan bauan tahi Renjun di wajah.
Wendy menahan tawanya. Chanyeol nampak macam orang gila sekarang.
"Sayangg~~" rengek Chanyeol sambil menangis.
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...