"Apa semua tadi tu?" soal Miyoung kepada Wendy, geram.
Wendy yang sedang membaca majalah di ruang tamu selepas persidangan tamat menayangkan wajah tidak bersalahnya. Dia meletakkan majalah tersebut di sebelahnya dan berdiri menghadap Miyoung.
"Apa?"
"Hina manusia tadi! Apa semua tu? Mummy tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar macam ni!" bentak Miyoung. Wendy menggulingkan anak matanya.
"Ouh. Tersasul. Wen nak sasarkan orang lain tapi tersebut manusia sekali. Waktu marah mana boleh kawal emosi," ujarnya. Miyoung menyepetkan matanya.
"Really? Tersebut? Tersasul?"
"Kenapa nak marah ni? You ain't a human either. What's the big deal? Lagipun bukan offensive pun apa yang Wen cakap tadi. Patut bersyukur kontrak tu berakhir dan Pakcik Chanyeol vampire terakhir pegang kontrak tu. Kalau tidak, berapa ramai lagi yang akan mati?" ujar Wendy. Siwon telah menjelaskan tentang kontrak tersebut kepada Wendy beberapa hari lalu.
Dia berasa terkejut yang manusia benar-benar mati setelah menandatangani kontrak ini. Fikirnya sekadar hubungan pet dan master sahaja. Tanpa Wendy ketahui, ini juga salah satu cara Siwon membuat Wendy membenci Chanyeol. Demi Wendy.
"Mummy pernah dan akan sentiasa ada darah manusia dalam tubuh ni, Oh Wendy! You shall learn some manner!" Marah Miyoung. Dia bukannya nak mempertahankan manusia sangat tapi dia rasa terhina.
"Apa kamu cakap masa persidangan tadi? Malu lahir daripada darah kami? Jadi selama ni kamu menangis tu sebab kamu malu la ada ibu macam mummy?! Atau drama je selama ni?!" Soal Miyoung, kecewa.
Wendy cuba mengingat semula ayatnya tadi. Matanya terbuntang. Dia bukannya menghina Miyoung tapi mulutnya tidak dapat dikawal. Amarahnya terhadap Chanyeol bercampur dengan amarah pada Miyoung dan Sehun dahulu. Dia rasa bersalah sekarang. Dia tak ada niat pun untuk menyakitkan hati Miyoung.
"Mom. I didn't mean it."
"Dahlah Wendy. Jangan sebab kami tak bagi kamu rapat dengan Chanyeol, kamu tiba-tiba jadi kurang ajar macam ni. Sampai hati kamu," ujar Miyoung.
Dia tak pernah sangka, makhluk yang dia jaga dari sebesar zarah sendiri ini malu dengan kewujudannya. Wendy memegang tangan Miyoung dan cuba untuk memujuknya.
"Mummy. Wendy minta maaf. Itu bukan untuk mummy. Wendy jujur ni. Wendy tak berniat-"
"Tak kisah Wendy tuju pada siapa tapi lain kali fikir Wendy. Mummy pun ada perasaan, bukan kamu je."
Wendy berkerut. "Kenapa jadi salah saya pula ni? Kalau terasa tu ada buat salah lah tu!" Marah Wendy pula.
"Oh Wendy!"
"Jangan nak salahkan Wendy yang hidup mummy berubah lepas kahwin dengan daddy! Tak ada siapa suruh korang menikah! Tak ada siapa suruh mummy jadi vampire! Ye! Saya malu jadi anak hasil kontrak busuk korang!" Nafas Wendy naik turun.
"I know everything! Siwon dah bagitahu! Ini pun salah satu sebab korang hantar saya pergi Paris kan?! Sebab nak tebus balik hidup manusia mummy yang terbazir dulu! Salah saya ke mummy jadi vampire. That was your choice kan?!"
"Awak tak tahu apa-apa Wendy," ujar Miyoung dengan mata berair. Dia tak mahu mengingat kembali kejadian ngeri itu.
"Tsk. Tak tahu apa-apa? I know! Manusia macam mummy serakah nak jadi vampire disebabkan daddy. Mummy yang buat pilihan tu sekarang nak marah bila I said something bad about human unintentionally," dengus Wendy, salah faham.
Miyoung menggeleng kecil. Dia menghulurkan tangannya dengan terketar-ketar kearah Wendy.
"Hold my hand. You can see my past Wendy," rayu Miyoung. Wendy menggeleng, menolak permintaan Miyoung.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirgeschichtenPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
