Empat tahun berlalu dengan pantas sekali. Empat tahun selepas Wendy meninggalkan bandar Quahog dan menyambung pelajarannya di Paris. Dia tumbuh dengan baik disini, dijaga oleh tiga vampire yang sangatlah menyayanginya.Hoseok dan Yoongi menjadi pengawal peribadi dan teman baiknya saat dia tinggal disini. Setiap kali Wendy merindukan mummy dan daddynya, dia pasti akan mengadu pada Hoseok dan Yoongi.
Keduanya mendengar keluhan Wendy dengan penuh perhatian. Bahkan saat Wendy menamatkan pengajiannya disekolah private di Paris juga, mereka berdua bersama Boa yang berada disana.
"Cik Wendy, perlu apa-apa lagi?" soal Hoseok yang sedang mengemas pakaian Wendy.
Wendy yang sedang mengenakan busana rekaan pereka fesyen paling terkenal di Paris tidak menjawab. Dia leka menilik dirinya didalam cermin. Terpegun dengan dirinya sendiri.
"Cik Wen--"
"Yoongi.. Saya cantik tak?" soal Wendy dengan senyuman semekar kebun bunga.
Dia berpusing-pusing dihadapan Yoongi dengan begitu gembira sekali. Itu membuatkan Yoongi sedikit terkesan. Tidak berkelip dia memandang cik puannya itu.
"Cantik.." jawabnya, spontan.
Wendy gembira mendengar pujian itu. Dia terus mengambil menarik Yoongi keluar.
"Nanti lambat ke majlis prom. Cepatlah bersiap!" arah Wendy.
Lelaki itu bertugas untuk menghantarnya ke majlis prom terakhir disekolahnya bagi meraikan graduasi pelajar disana.
Yoongi menurut perintah. Sekejap sahaja dia bersiap dengan memakai pakaian khasnya. Dia terus memimpin Wendy ke kereta limousin mereka. Boa yang kebetulan sedang berada di ruang tamu disapa oleh Wendy. Wanita itu hanya menghadiahkan senyuman sahaja.
Bangga dengan apa yang dicapai oleh Wendy setelah bertungkus-lumus dia merawat gadis itu.
Ingat lagi dia saat Wendy tidak berhenti menangis selama sebulan setelah ditinggalkan oleh Sehun dan Miyoung disini. Dia pun rasa itu kejam kerana Wendy masihlah anak kecil. Lebih-lebih lagi dia berjantina perempuan. Hatinya lebih mudah rapuh. Dia sendiri tidak faham dengan apa yang dirancang oleh Sehun.
Nampaknya, hari ini semuanya bakal berubah. Air wajah Wendy berubah sepenuhnya. Kerana besok, dia bakal meninggalkan rumah keduanya itu dan pulang ke tanah airnya semula.
Terbit rasa sedih dihatinya. Dia terlanjur menyayangi Wendy. Gadis itu terlampau baik sehinggakan dia tidak rela sekiranya Wendy dilukakan oleh tangan-tangan kotor diluar sana.
Semoga tuhan sentiasa bersamanya.
Tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke sekolah berprestij itu. Wendy telah pun tiba di sana pada waktu yang tepat.
Yoongi dan Hoseok mengiringinya sehinggalah dipintu depan dewan. Mereka tidak dibenarkan masuk kerana hanya yang mempunyai undangan sahaja dibenarkan.
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampiroPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...