Wendy tersedar dari pengsannya. Dia terhidu bauan yang tersangatlah manis saat sedang tidur tadi."Coklat?" ujarnya, perlahan. Matanya terbuka dan mulai melilau mencari dari mana datangnya bauan coklat itu.
"Dah bangun?" soal Jongin sambil tersenyum manis kearah gadis itu. Lelaki itu sedang duduk di sebelahnya, menjaganya sepanjang hari.
Sebenarnya Baekhyun yang menjaga Wendy tapi lelaki itu ada urusan kerja sebentar. Disebabkan itulah Jongin berada di sini bagi menggantikan Baekhyun buat sementara waktu.
Wendy mengerutkan dahinya.
"Mana coklat?" soal Wendy, tidak menghiraukan soalan Jongin. Auch. Dipalaukan.
Jongin mengambil coklat yang baru sahaja dia makan tadi lalu dihulurkan kepada gadis cantik itu.
"Perisa almond. Nak?"
Wendy mengangguk. "Nak. Wen suka coklat.."
"Saya pun suka awak.." Jongin bergurau.
"Pakcik.." Wendy merenung lelaki itu dengan wajah datarnya. Jongin ketawa.
Tak mungkinlah dia serius. Lagipun dia dah ada Seulgi walaupun gadis itu masih belum mahu mengaku yang dia cintakan Jongin. Mungkin ego.
"Pakcik Chanyeol mana?" soal Wendy pula. Tidak habis-habis dengan pakcik hensemnya itu.
Jongin tersenyum datar.
"Wendy, kalau hujung minggu ni kita pergi Glencoe nak?" ajak lelaki itu.
Glencoe adalah salah satu daripada tanah yang dimiliki oleh keluarga vampire Choi. Di sana, terdapat sebuah rumah agam yang masih utuh diatas pergunungan di tepi laut tanpa ada sesiapa pun yang tahu.
Ianya juga tempat yang sesuai untuk vampire memandangkan ia terlindung disebalik gunung-ganang dan air terjun. Lebih-lebih lagi suhu sejuk yang membuatkan mereka bertambah selesa.
"Untuk?"
"Celebrate birthday pakcik Kyungsoo la. Nak? Kitorang nak buat surprise dekat dia," ujarnya. Wendy terus mengangguk tanpa berfikir panjang.
"Pakcik Kyungsoo?? Laa tak tahu pun birthday dia hujung minggu ni! Okey Wendy nak!"
Balas Wendy dengan sungguh bersemangat. Dia memang sayang dengan Kyungsoo memandangkan lelaki itu seorang yang tersangatlah gentleman. Kyungsoo pernah mendodoikan dia untuk tidur dahulu dengan lullaby yang tersangatlah indah untuk didengar.
Ianya sentiasa tersemat dimindanya. Bait-bait perkataan yang dialunkan oleh Kyungsoo. Merdunya bak strawberi yang disalut dengan coklat cair.
"Jongin, keluar kejap. Aku nak check Wendy." arah Seulgi yang baru sahaja tiba. Jongin menurut perintah.
Dia tersenyum gatal kearah Seulgi. Tangan gadis itu diraih dan digenggam namun Seulgi cepat-cepat meleraikannya. Malu kerana Wendy sedang memerhati.
Wendy tersenyum melihat kekekokkan pakcik dan makciknya itu. Dah tua tapi masih malu-malu. Nyah! Geli mak.
"Aunty Seulgi..Pakcik hensem okey tak?"
"Aunty kepala bapak kau..Kakak!"
...
Kawasan lapangan terbang tidaklah terlalu sibuk ketika ini memandangkan jam baru menunjukkan pukul tiga pagi. Keluarga vampire itu menuju ke balai pelepasan untuk ke Glencoe, Scotland.
Tempat di mana mereka akan meraikan hari kelahiran Kyungsoo. Ini juga akan menjadi kali pertama Wendy menjejakkan kaki ke negara skirt merah itu.
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...