Wendy berlari menyapa Boa yang berdiri di pintu masuk istana Perancis, menunggu kepulangannya. Gadis itu menangis merindukan Boa, vampire yang menjaganya sejak kecil.
Dia disambut mesra oleh orang istana yang sememangnya menunggu kedatangannya. Eunwoo dan puak serigala yang lain menunggu di belakang sambil memerhati vampire-vampire yang berada berdekatan Wendy.
Berjaga-jaga agar Wendy tidak tercedera. Boa menoleh kearah Eunwoo dan orang-orangnya. Wanita itu memerhatinya dari atas sampai bawah seperti mengesyaki sesuatu namun tidak pula dia menyuarakannya.
"Ahjumma, sini saya kenalkan dengan Eunwoo," ujar Wendy lantas menarik tangan Boa mendekati Eunwoo.
Dia memegang tangan Eunwoo dengan erat sambil menolak lelaki itu mendekati Boa. Lagaknya seperti pasangan kekasih yang sedang memperkenalkan diri kepada ibu.
"Boa ahjumma, ni Eunwoo. Eunwoo, ni Boa. My precious ahjumma.." perkenalnya.
Eunwoo bersalaman dengan Boa diselangi dengan senyuman manis. Lelaki itu memang murah senyuman. Dia baik sahaja sebenarnya. Kecuali kalau ada yang mulakan pergaduhan, memang dia masuk sekali la.
"Eunwoo akan tinggal dengan kita buat masa sekarang. Ahjumma, Hoseok, Yoongi dan yang lain-lain berkawan la dengan mereka ya?" pujuk Wendy, cuba meyakinkan yang puak wolf adalah puak yang baik.
Mereka semua mengangguk menyetujui kata-kata Wendy. Terus dibawa puak-puak wolf ke bilik mereka.
"Eunwoo tu single ke?" tanya Boa. Wendy mengangguk.
Sebenarnya, walaupun Eunwoo pernah tinggal di Perancis bersama Wendy dahulu, mereka tak pernah lagi bersua muka dengan Boa dan yang lain-lain. Itulah sebab mengapa Boa tidak mengenalinya.
"Waa. Boleh la dia daftar jadi boyfriend Wendy.." usik Boa. Wendy ketawa dengan kekoknya, malu.
"Tak mungkinlah Eunwoo nak.." balasnya, rendah diri. Boa menyenggol bahu Wendy dengan sikunya.
"Cara dia pandang Wendy pun ahjumma tahu lah. He likes you," ujar Boa. Wendy menggeleng lagi.
Tak mungkinlah Eunwoo sukakan dia. Apa yang dia ada sampaikan Eunwoo mahu berdamping dengan dia kan? Dia pasti Boa sengaja mahu mengusiknya sahaja memandangkan mereka sudah lama tidak berjumpa.
"Tapi ingat Wendy, kamu dah ada tunang. Eunwoo boleh sukakan kamu, tapi kamu tak boleh sukakan dia." Boa memperingatkan Wendy. Wendy mengangguk faham.
"Dia.. tinggal dekat sini jugak ke?" Tanya Wendy, memaksudkan tunangnya. Boa tersenyum.
"Jaehyung ada sebelah bilik kamu je. Tapi dia belum sampai. Petang nanti jumpa lah," jawab Boa.
Kening Wendy terjongket. Jaehyung? Nama yang menarik.
"Dah. Jom tengok your bilik. Ahjumma dah ubah suai jadi lagi cantik daripada dulu tau?" ajak Boa. Dia menarik tangan Wendy dan membawanya ke bilik gadis itu.
Kebetulan, sewaktu mereka sampai, kelihatan Eunwoo yang berada di hadapan biliknya. Nampaknya, bilik Eunwoo bertentangan sahaja dengan bilik Wendy. Boa memerhati Eunwoo yang tak lepas dari memandang Wendy.
Eunwoo menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal setelah diperhati. Pelik dia melihat cara Boa memandangnya tadi. Mereka mengumpat pasal dia ke?
...
Wendy naik keatas katil dan bersedia untuk tidur. Susu coklatnya diminum terlebih dahulu.
Dia juga mengambil buku cerita untuk dibaca. Seperti itulah kebiasaan dirinya sehari-hari jikalau di Perancis. Malam ini, hujan turun dengan lebat sekali.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
