Part 5

660 56 39
                                    


Miyoung mengerutkan dahinya saat melihat hamba-hamba yang sedang memasukkan begitu banyak bagasi ke dalam kereta milik Chanyeol. Dia tak pasti samaada Chanyeol ingin membuang kesemua barangan itu atau memang betul lelaki itu mahu pergi dari sini sekali lagi.

Dia menunggu sehingga figura yang ditunggunya tiba. Chanyeol datang dan mengatakan sesuatu kepada para hamba namun tidak dapat didengari olehnya memandangkan dia berada di tingkat paling atas mansion.

Segera dia menutup tingkap dan berlari keluar dari bilik. Lif dituju dengan pantas. Dia perlu tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah, dia menuju kearah Chanyeol yang berada di pintu masuk.

Lengan lelaki itu dicengkam kuat. Chanyeol agak terkejut dengan kehadiran Miyoung disana. Rancangannya untuk lari tanpa dikesan nampaknya sudah terbongkar.

"Kau nak pergi mana? Kenapa banyak sangat barang ni?" soal Miyoung, cemas.

"Aku ada urusan dekat luar negara. Kanada. Mungkin kena stay sana lama sangat.." jawab Chanyeol.

Miyoung menayangkan wajah sedihnya. Kenapa setiap kali kebahagiaan baru sahaja menerjah masuk ke dalam kehidupannya, pasti ada saja perkara yang menghalang. Seolah-olah dirinya tidak dibenarkan untuk bergembira walau hanya seketika.

Cukuplah dengan pemergian Chanyeol saat dia menikah tempoh hari. Dia mahu mengecapi kebahagian bersama-sama dengan Chanyeol dan juga ahli keluarga yang lain.

"Tak boleh ke tunda?" pinta Miyoung.

Chanyeol menghela nafas panjang. Bahu Miyoung dipegang. Dia menggeleng.

"Urusan ni penting Miyoung. Aku tak boleh tangguh," balasnya. Miyoung menunduk.

"Tapi Candy---Wendy tak sempat pun jumpa kau lagi. Tunggulah sampai dia besar sikit boleh? Aku nak sangat dia membesar dengan kau sekali," rayu Miyoung.

Chanyeol diam. Dia bukan tidak sudi tapi dia takut dilukai untuk kali kedua. Kehadiran anak kecil itu mungkin akan membuat dia semakin merana kerana anak itu adalah bukti cinta diantara Miyoung dan Sehun.

Chanyeol menggeleng perlahan.

"Chanyeol.. Kalau macam tu, sekali ni je? Tengoklah dia untuk kali terakhir sebelum kau pergi.." rayu Miyoung habis-habisan. Dia sendiri bingung kenapa dia begitu inginkan Chanyeol untuk berada di situ bersama mereka. Adakah kerana dia terlalu mengharapkan Wendy agar tidak ditimpa nasib yang sama sepertinya sewaktu kecil dahulu?

"Baiklah.." jawabnya, pasrah.

Dia tidak sanggup untuk menolak permintaan Miyoung kerana tidak mahu melihat gadis itu bersedih.

"Tapi dengan syarat, tunggu sampai aku siap berkemas.."

Miyoung mengangguk faham. Dia duduk berdekatan pintu masuk sementara melihat Chanyeol mengarahkan hamba-hamba. Lelaki itu mengutuk dirinya di dalam hati. Kenapa dia masih rasa terikat dengan Miyoung sedangkan gadis itu sudah menjadi isteri orang?

Penangan cinta pertama. Sukar untuk dilupakan.

Selepas beberapa lama, akhirnya siap juga barangannya dipunggah ke dalam kereta. Miyoung menarik Chanyeol kearah lif dan mereka bersama-sama ke biliknya.

Sampai sahaja di sana, kelihatan Sooyoung dan yang lain-lain yang sedang bermain dengan Wendy. Patutlah seisi mansion senyap sahaja tadi. Tawa Wendy menceriakan suasana.

Bahkan Kyungsoo yang tidak suka tersenyum pun ikut sama tersenyum saat melihat anak kecil itu. Dia bagaikan penawar untuk makhluk yang tinggal didalam mansion ini.

"Eo? Chanyeol. Meh la sini jumpa Wendy?" ajak Sooyoung.

Dia yang tadinya mendukung Wendy kini meletakkan semula bayi itu ke atas katil. Chanyeol menelan liurnya.

Entah apa yang buatkan dia rasa gementar. Belakang badannya ditolak perlahan oleh Miyoung dan wanita itu mengiringinya bertemu anak kecil itu.

Chanyeol tak memandang Wendy. Dia takut. Dia takut hatinya semakin robek untuk menerima realitinya.

Sebaik sahaja melihat wajah Chanyeol, tawa Wendy terhenti. Bayi itu merenung Chanyeol, lama.

Tangan lelaki itu ditarik oleh Miyoung agar memegang Wendy. Bayi itu menggenggam ibu jari Chanyeol.

Chanyeol merenungnya. Bagaikan ada sesuatu yang menariknya supaya terus merenung ke dalam anak mata berwarna coklat yang bersinar itu.

Satu imbasan aneh mula ditayangkan di dalam fikirannya.

Kisah hidupnya sejak dia pergi dari mansion sehinggalah kehidupannya di Kanada dimainkan dan beralih lagi saat dia kembali semula ke Quahog. Ada sesuatu yang berlaku disana.

Dia nampak seorang gadis cantik yang sedang melambai-lambai mesra kearahnya. Senyumannya mampu mencairkan sesiapa sahaja yang melihat.

Tapi sayangnya, wajah gadis itu kabur.

Masa dipercepatkan. Chanyeol nampaknya dirinya yang sedang berciuman hangat dengan gadis yang sama. Tapi yang anehnya, dia nampak Miyoung dan Sehun berada dibelakang. Wajah mereka seperti kecewa.

Tiba-tiba, gadis itu ditarik dari pegangannya oleh sesuatu. Badan Chanyeol ditusuk oleh sesuatu dibahagian perut. Dia dengar suara seseorang menjerit namanya. Gadis cantik itu. Gadis cantik itu yang memanggil dia tapi dalam keadaan tersenyum.

"Saya sayang awak, Park Chanyeol!"

"Chanyeol!"

Bahu Chanyeol ditampar oleh Miyoung. Dia tersedar dari lamunannya.

Kesemua yang berada di sana merenungnya dengan pandangan aneh.

Chanyeol melepaskan pegangan bayi itu dengan kasar. Dia merenungnya dengan mata yang bergetar. Anak kecil itu tersenyum manis kearahnya, membuatkan Chanyeol menjauhinya.

"Kamu okey ke tak ni?" soal Siwon.

Miyoung cuba untuk memeriksa Chanyeol namun wanita itu ditolak sehingga hampir terjatuh. Chanyeol sendiri terkejut dengan perbuatannya. Badan Miyoung disambut oleh Jongin.

"Kau ni kenapa?! Miyoung dahlah tak sihat sepenuhnya lagi!" marah Jongin.

Nampaknya, masih ada rasa sayang dalam diri Jongin pada Miyoung. Badan Miyoung diperiksa kerana takut dia tercedera.

Mujurlah Sehun tidak ada disitu sekarang kalau tidak, entah apalah yang lelaki itu akan lakukan kepada Chanyeol kerana berkasar dengan Miyoung.

"Maafkan aku.. Aku terpaksa pergi.." ujar Chanyeol dan berlari keluar dengan sepantas kilat.

Dia tidak sempat pun untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Miyoung mahupun yang lain. Miyoung berhasrat ingin mengejar namun terhalang kerana Wendy tiba-tiba sahaja menangis sebaik sahaja Chanyeol pergi.

Miyoung mendukung Wendy dan cuba untuk mendiamkan anaknya itu tetapi tidak berjaya. Sooyoung rasa kesian dan menolong menghiburkan anak itu begitu juga yang lain-lain.

Seulgi pula, dia pergi kearah tingkap dan melihat Chanyeol yang sedang masuk ke dalam keretanya dan bersiap-siap untuk beredar.

Lelaki itu sempat memandang kearahnya dengan pandangan yang berat. Dia sepertinya terpaksa untuk pergi dari sana.

Bayi yang berada didalam dukungan Miyoung dipandang.

'Wendy... dan Chanyeol oppa?'

Junmyeon menoleh kearah Seulgi. Keningnya terjongket. Mereka memandang satu sama lain dengan pemikiran yang sama. Namun ianya masih belum dapat dipastikan samaada betul atau tidak.

to be continued

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDWhere stories live. Discover now