"Candy.. Candy.." Miyoung bermain-main dengan anak perempuannya yang sedang berada diatas katil. Permainan yang bergantungan diatas siling itu menghiburkan anak kecil itu.
Dia ketawa tidak henti. Apatah lagi saat ibunya itu membuat pelbagai jenis muka yang melucukan. Sehun yang berada di sebelah turut sama terhibur. Dia suka melihat Miyoung yang sekarang.
Miyoung yang sering tersenyum. Miyoung yang sering ketawa.
Miyoung yang sentiasa ceria.
Itulah kebahagiaan baginya.
"Baringlah dulu. Nanti penat," arah Sehun.
Luka di bahagian sulit Miyoung mungkin mengambil masa sehari sahaja untuk sembuh dengan bantuan daripada darah Sehun yang mengalir di dalam badannya. Sehun tak mahu Miyoung sakit-sakit lagi.
"Kejaplah. Tak puas lagi tengok Candy," Miyoung menolak.
Dia sibuk bergurau dengan anak perempuannya itu sampai mengabaikan Sehun. Itu membuatkan Sehun sedikit cemburu. Dia rasa kasih sayang Miyoung telah dibahagi dua setelah kelahiran Wendy.
Perlahan-lahan, dia bangun dan meninggalkan bilik Wendy lantas masuk ke biliknya. Dia duduk diatas katil dan menyelimuti dirinya sambil merenung ke luar jendela.
Sementara itu, Miyoung menidurkan Wendy untuk tidur siang. Dia mendodoikan anaknya itu sambil mendendangkan lagu yang boleh melenakan anak kecil itu.
"Mengantuk mengantuk nak tidur mana.. Sleeply sleepy where to sleep ohh.."
Wendy akhirnya tertidur setelah beberapa minit kemudian.
Miyoung menoleh ke sekitarnya mencari Sehun. Dia pelik. Bukankah tadi Sehun ada bersamanya?
Dia keluar dari sana dan menutup pintu bilik dengan berhati-hati. Biliknya pula dituju. Kelihatan Sehun yang terbaring dan bahkan tak berganjak pun saat dia masuk tadi. Miyoung tersenyum nakal.
Dia naik keatas katil dan mengejutkan Sehun namun suaminya itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Badan Sehun dipeluk dari belakang.
"Hunnn.." rengek Miyoung, manja.
Sehun mengeraskan tubuhnya. Dia tak boleh luluh dengan suara Miyoung sekarang.
"Awak kenapaaa? Jangan lah pulaukan saya macam ni.." rengek Miyoung lagi. Hidungnya digeselkan pada pipi Sehun.
"Tak nak cakap dengan kau.." balas Sehun, kasar. Miyoung menarik hidung mancung Sehun dengan kuat.
"Merajuk ke? Candy tu anak kita la.. Perempuan lagi.." ujar Miyoung. Sehun tetap tidak mahu mengalah. Nasib baiklah Miyoung peka jadi dia tak perlu bagitahu sebab kenapa dia merajuk.
"Sama je. Kau dah tak sayang aku dah."
"Siapa cakap?"
"Wendy.."
"Candy?"
"Wendy la siapa lagi? Takkan Seulgi.. Aku takde anak hodoh."
Miyoung hampir tergelak. Seulgi dihina lagi. Haihlah adik-beradik tiada pertalian darah ni.
"Aku sayang kau Sehun. Dan aku sayang anak kita. Korang berdua permata berharga aku. Kasih sayang aku seimbang untuk korang. Apa yang tak cukup lagi?" bebel Miyoung. Pipi Sehun ditekup dan matanya ditenung sedalam-dalamnya.
"Kau tak peduli dah pasal aku lepas dia lahir," ujar Sehun.
Miyoung tercengang. Wendy baru je keluar semalam dan Sehun kata dia abaikan suaminya itu? Ini level merajuk tahap berapa ni? Tahap dewa? Dewa pun geleng tak mahu mengaku teman. Syaitan pun confuse.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
WampiryPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
