"Once upon a time--"
"Takde cerita lain ke daddy?" tanya Wendy, bosan. Setiap hari pasti daddynya itu akan menceritakan kisah yang sama sahaja sebelum dia tidur.
Sehun menutup buku tersebut dengan kekok dan merenung kearah Miyoung yang berada di meja solek. Renungan meminta tolong.
Sebenarnya, Wendy telah menerjah masuk ke dalam bilik mereka dan meminta untuk tidur bersama. Awalnya, Sehun tidak mahu namun setelah Miyoung memberi jelingan maut, dia terus bersetuju.
Kini, Miyoung pura-pura tak melihat dan sibuk memakai losyen ke seluruh tubuhnya.
"Anak daddy nak dengar cerita apa?" tanya Sehun. Dia mengangkat Wendy agar berbaring diatas badannya. Anak kecil itu dipeluk erat olehnya.
Wendy mengherotkan bibirnya ke tepi. Dia berfikir sejenak.
"Cerita pasal daddy dengan mummy.." jawabnya, comel.
Sehun merenung kearah Miyoung sekali lagi.
Dia memeluk Wendy dengan semakin erat dan mula bercerita.
"Tapi jangan tidur dulu tau?" pinta Sehun. Wendy mengangguk.
Dia merenung wajah daddynya yang baginya itu tersangatlah kacak. Dia tertanya-tanya kalau orang lebih kacak daripada daddynya itu wujud atau tidak. Dasar kecil-kecil dah gatal.
"Kisahnya bermula bila daddy pertama kali jumpa mummy. Mummy tengah menari sakan masa tu. Sumpah memalukan sebab mummy tak pandai menari--"
Miyoung menoleh. Dia memberikan jelingan mautnya sekali lagi.
"Ehem..Sejak dari hari tu, daddy dapat rasa yang mummy jodoh daddy. Tapi daddy tak pasti lagi waktu tu sampailah mummy jejakkan kaki ke rumah ni. Dekat situ daddy tahu, dialah yang satu," sambung Sehun.
"Tapi semuanya tak seindah cerita dongeng. Wendy tahu kan dalam semua cerita dongeng pasti ada halangan kan?"
"Tahu.." jawabnya, polos.
"Mummy dengan daddy selalu gaduh dulu. Mummy selalu terluka sebab daddy. Dan disebabkan itu, daddy berjanji dengan diri sendiri untuk lindungi mummy dengan nyawa sendiri. Itu yang mummy cintakan daddy sangat-sangat."
Miyoung mendekati katil dan mencubit perut Sehun. Dia mengusap wajah Wendy perlahan. Kedudukan antara Miyoung dan Sehun teramatlah rapat sekarang. Jantung mereka masih berdegup kencang.
"Bukan mummy tapi daddy. Daddy gilakan mummy sangat-sangat sebab mummy cantik.." Miyoung memuji dirinya sendiri dan melibas rambutnya bak Miss Universe.
Sehun mengambil kesempatan untuk mencium pipi Miyoung betul-betul dihadapan Wendy. Miyoung terkejut sehingga terdiam manakala Wendy ketawa.
"Mummy cantikk. Wendy lagi cantikk.." ujar Wendy seraya bangun dan memeluk kedua ibu bapanya itu.
Anak kecil itu mencium seluruh wajah Miyoung dan Sehun dengan penuh kasih sayang.
"Wendy sayang sangat mummy dengan daddy. Wendy tak sanggup kehilangan mummy dengan daddy," ujar anak kecil itu, emosional.
"Mummy dengan daddy sentiasa ada dengan Wendy.."
"Tidur ye, Candy?"
Wendy merebahkan dirinya ditengah-tengah katil. Miyoung mendodoikan anak kecil itu sehinggalah dia betul-betul tertidur.
"Bila masa awak nampak saya menari tu?" tanya Miyoung. Dia tidak ingat pula kalau-kalau dia ada menari dihadapan Sehun dulu.
"First day awak sampai dulu.." jawab Sehun. Dia tersenyum nakal. Miyoung berfikir keras. Bila?
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampiroPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
