"Stopp!!!"
Chanyeol memberhentikan keretanya saat mendengar teriakan Wendy. Dia menoleh ke sekelilingnya takut ada bahaya di sana.
"Kenapa?! Kenapa?!"
Dia membelek badan Wendy, risau sekiranya gadis itu tercedera. Wendy mengalihkan tangan Chanyeol sambil memandang kearah luar kereta.
Tiba-tiba, Wendy keluar dan berlari ke bahagian depan kereta. Dia menunduk seperti mengambil sesuatu. Tak lama selepas itu, dia kembali ke dalam dengan senyuman yang lebar.
Bahkan, dia membawa sesuatu didalam tangannya. Chanyeol memandangnya jijik.
"Tahi apa yang kau pegang tu?" soal Chanyeol.
"Kesian anjing ni hilang mak. Kita bawa balik boleh?" pinta Wendy. Dia hampir nak menangis. Melihat dari fizikal si anjing, ianya mungkin berusia satu minggu. Anak anjing hitam itu dibelai lembut.
"Suka hati kau. Yang penting kau jaga sendiri—"
"Kita jaga.." celahnya laju. Chanyeol membuntangkan matanya.
Dia? Jaga najis mughallazah tu? Jangan harap!
"Asal aku pulak?!" tengking Chanyeol.
"Sebab dia nampak macam pakcik.." jawab Wendy, jujur.
Chanyeol ternganga. Muka dia nampak macam anjing ke? Nak kena cili agaknya budak ni.
"Ala pakcik boleh lah? Lagipun bilik kita sebelah-sebelah je kan? Kita jadi mak ayah angkat dia. Dia mesti rindu mak dia," pinta Wendy.
Tangan Chanyeol dipegang dan digoyang-goyangkan.
"Aku kahwin pun belum tiba-tiba ada anak! Anjing pulak tu! Dengan kau pulak tu! Dah kau jaga sendiri! Jangan libatkan aku!" marah Chanyeol.
"Tu pun nak marah..Orang tua.."
"Orang tua tak orang tua.. Muka aku lagi babyface dari kau.."
Lelaki itu menyambung pemanduannya semula dalam keadaan sebal. Manakala Wendy, dia tak ambil pusing pun. Dia sibuk membelai anak anjing berwarna hitam itu.
"Tobennie.." panggilnya.
"Hm?"
Chanyeol menoleh. Dia fikir yang Wendy sedang memanggilnya.
"Toben," tunjuk Wendy kearah anak anjing yang berada diatas ribanya.
"Nama dia Toben," sambung Wendy.
"Dalam banyak-banyak nama untuk najis ni kau bagi jugak nama buruk tu? Kau ingat dia paraben? Ben10?" Soal Chanyeol sambil menggeleng kecil.
"Mana ada buruk! Nama dia singkatan dari Beethoven lah. Orang korea kan selalu sebut Beetoben sebab tak boleh sebut huruf V. Pakcik kan suka Beethoven?" jelas Wendy.
Kening Chanyeol terjongket.
"Mana kau tahu?"
"Saya nampak LP Beethoven dalam bilik pakcik. Itu yang saya ingat pakcik suka lelaki berjambang pelik tu," jawabnya.
Chanyeol menjentik dahi Wendy. Suka-suka hati dia sahaja memanggil Beethoven sebagai lelaki pelik. Dasar budak.
"Tu bukan lelaki pelik tapi kawan aku, wahai Candy yang tak manis," balas Chanyeol.
Dia tak bagitahu lagi ya yang dia hidup dalam zaman yang sama dengan Beethoven? Kalau tak, tak penting pun. Tapi kau dah tahu kan? Bagus.
"Oh. Patutlah muka pakcik pun pelik," Wendy tersasul menghina Chanyeol tanpa dia sedar.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
