Miyoung melakukan aktiviti yoga di hadapan mansion sambil dibantu oleh Irene yang sememangnya seorang yang fleksibel.Dia harus melakukan senaman itu sekiranya mahu kandungannya senang untuk keluar. Sehun memerhati dari jauh. Dia mahu menyertai mereka namun Miyoung menghalang. Dia tak mahu Sehun menganggu konsentrasinya.
Lagi-lagi Sehun seorang yang agak 'liar' semejak dia mengandung. Yang ada nanti diorang bukan beryoga tapi beromen dekat sana pulak. Sudahlah Miyoung kelihatan lebih seksi sekarang di mata Sehun. Entah celah mana seksinya Miyoung pun tak tahu.
"Irene. Penatlah. Cukuplah hari ni?" pinta Miyoung.
Irene mengangguk faham. Dia menyerahkan bekalan darah kepada Miyoung untuk menghilangkan rasa dahaga ibu mengandung itu.
"Baby ni agaknya macam mana ya Rene? Aku takutlah.." ujar Miyoung. Irene menjongketkan keningnya.
"Macam mana apa?"
"Tak.. Aku kan separuh manusia. Sehun pulak pure vampire. Nanti anak kitorang jadi apa? Werewolf?" soal Miyoung. Irene tergelak.
"Miyoung! Apa kau merepek ni hahahaha.." Dia tidak dapat mengawal ketawanya. Miyoung menampar belakang Irene kerana mentertawakannya.
"Aku tanya betul-betul ni. Nanti nak bagi dia makan apa? Minum darah je? Kena bagi susu jugak ke? Atau dia cari makanan sendiri?" soal Miyoung, lagi.
Irene kelu. Dia membayangkan bagaimana anak Miyoung keluar sendiri daripada perut dan mencari makanan sejurus selepas dilahirkan. Makin kuat tawa Irene dibuatnya. Miyoung menatapnya dengan wajah datar dan menunggu sehingga gadis berkulit pucat itu selesai.
"Dah habis?"
"Sikit lagi.. kejap.."
Beberapa minit menunggu, Irene akhirnya berhenti dari ketawa.
"Okey dah."
"Haa jawablah cepat soalan aku tu."
"Okey dia macam ni. Dia antara anak kau akan jadi vampire sepenuhnya atau pun separuh vampire macam kau je. Dia tak akan jadi manusia sepenuhnya sebab yelah mesti alel Sehun lebih dominan kan? Gen Sehun dah termutasi jadi mestilah gen dia yang kuat. Itu je," jawab Irene.
"Maksudnya pure dengan half macam Harry Potter tu jelah?"
"Iya. Macam Renesmee si Bella dengan Edward moyang tiri Sehun yang tak wujud tu je."
"Cuma kitorang tak tahu samaada anak korang mortal atau tidak.." sambung Irene lagi.
"Teruk ke benda tu?"
"Takdelah. Yang bezanya anak kau boleh mati dengan tak mati je."
"Okey. Teruk lah tu."
"La manusia boleh mati rileks je. Siap seronok lagi buat dosa."
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...