Park Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat.
Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
Chanyeol mengusutkan rambutnya. Sudah berbulan lamanya dia tinggal di negara asing itu. Kerjanya di sana pun bukannya semakin berkurang sebaliknya semakin bertambah.
Dia menghirup darah yang diperap itu dengan rakusnya. Ianya seperti wain tapi versi vampire. Hati dan jasad Chanyeol seolah-olah berada ditempat lain.
Dia merenung bintang pada malam yang hening itu. Walaupun dibawah langit yang sama, tetap saja berbeza dengan Quahog. Dia rindukan tanah airnya itu namun dalam masa yang sama hatinya masih belum pulih sepenuhnya.
Nama Miyoung masih terukir dalam hatinya. Sukar sekali untuk melupakan gadis itu. Entah sihir apa yang telah dikenakan kepadanya. Wanita itu memang lain daripada yang lain.
"Tuan Chanyeol. Hujung tahun ni, kita dah boleh pulang ke Quahog," ujar salah seorang hamba Chanyeol.
Dia lah yang menjadi setiausaha sementara Chanyeol di Kanada.
"Tugas tuan akan berakhir tak lama lagi.." sambungnya lagi.
Chanyeol tersenyum pahit. Siwon pasti menunggu laporan daripadanya kerana sudah lama menghilang. Pasti lelaki itu mahukan perkembangan tentang usahanya ini. Dia mengeluh panjang. Nampaknya dia tidak ada dapat melarikan diri daripada Miyoung.
"Cantik kekasih tuan tu," puji hamba tersebut saat terpandang gambar Miyoung yang berada diatas meja bersebelahan dengan katil Chanyeol.
Hamba itu pasti tidak mengenali Miyoung kerana dia baru direkrut sewaktu Chanyeol tiba di Kanada. Chanyeol menoleh kearah gambar tersebut.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mungkin ini adalah sebab kenapa dia masih tidak dapat melupakan Miyoung. Gambar mereka bersama masih ada dengannya. Bagaimana dia mahu melupakan gadis itu?
"Ya.. dia memang cantik..sangat cantik.. tapi sayang, dia bukan milik saya."
...
"Wendy jangan lari jauh-jauh sangat!" Teriak Minseok sambil menjamah makanan sementara menunggu Wendy bermain sendirian.
Dia sebenarnya bukan tidak mahu menemani anak saudaranya itu tapi dia baru sahaja selesai bermain dengannya. Dirinya lelah kerana sudah lama tidak seaktif ini. Peluhnya berciciran. Eh, menipu betul.
Wendy membalas dengan bersahaja dan bermain dengan bola yang baru sahaja dibelikan oleh pakcik Yixingnya. Entah kenapa pakciknya yang seorang itu membelikan hadiah untuk budak lelaki sedangkan dia perempuan pun dia sendiri tak berapa nak faham.
Sedang dia menggelecek bola, dia tersasar sasaran dan menyebabkan bola itu menjauh daripada kawasan yang dihadkan.
Kaki pendeknya berlari mengejar bola tersebut sementara Minseok, lelaki itu masih tidak perasan yang Wendy telah menghilang dari pandangan.