Rumah agam yang berdiri gah diatas bukit dikelilingi pokok-pokok yang tumbuh menggunung-ganang itu dipandang. Air terjun yang menghiasi di sebelah rumah agam tersebut menambahkan lagi kemewahannya.
Wendy ternganga dek kerana kagum. Dia mendahului ahli keluarganya dan berpusing-pusing di taman hadapan rumah itu. Ahli keluarga Choi tersenyum senang saat melihat Wendy. Kalau Wendy bahagia, mereka pun bahagia.
"You like it?" soal Baekhyun. Dia mendekati Wendy dan berdiri di sebelah gadis itu.
Ketinggian mereka hampir sama sekiranya Wendy memakai kasut tumit tinggi.
"Neomu joha! Yeppeuda!" puji Wendy.
"Like you!" Adik-beradik vampire menyampuk. Itu membuatkan pipi Wendy menjadi merah.
Mereka sentiasa pandai mengambil hatinya.
"Takdelah," balas Wendy, malu-malu namun tangannya sempat hinggap diatas bahu Baekhyun dan menumbuk lelaki itu.
"Oppa! Ambil gambar Wendy?" pinta Wendy. Dia menarik tangan Baekhyun ke hujung bukit sana. Hampir sahaja masuk gaung.
Kamera di tangan Tao dirampas. Wendy terus memilih tempat yang cantik dilihat di dalam gambarnya nanti.
"No!! Sini!! Sini!!"
Jerit Wendy kearah Baekhyun yang sedang memegang kamera. Gadis itu terbang beberapa kali tinggi di udara sambil membuat pelbagai gaya. Baru kali ini dia merasakan kebebasan untuk terbang walaupun tidaklah seberapa.
"Senget sikit!" Arah Wendy.
Baekhyun menyegetkan kamera bersama kepalanya.
"Tak! Tak! Atas sikit!" arah Wendy lagi. Baekhyun ikutkan lagi arahannya.
"Bukan! Jauh sikit! Ooppaaaa! Seriuslah!" rengek Wendy.
Baekhyun pasrah. Dia dah habis menonggeng sudah ini untuk mengambil gambar Wendy.
"Wendy, kaki oppa dah kebas ni. Lain kali boleh?" rayu Baekhyun. Wendy turun dari atas langit dan mendekati Baekhyun.
"Lembik la oppa ni. Macam orang tua. Heung!" sungut Wendy dan terus berlari meninggalkan Baekhyun sendirian di sana.
"Memang orang tua pun huhu.." bisik Baekhyun, perlahan.
Lelaki itu menilik gambar-gambar Wendy di dalam kamera tersebut. Dia tersenyum pendek.
Keningnya terjongket saat melihat salah satu daripada gambar tersebut.
"Baekhyun masuk! Kena gigit nyamuk nanti!" laung Junmyeon. Baekhyun menyahut, lambat-lambat.
...
Wendy memasuki dapur sambil membawa buku resepi yang dia beli daripada kedai tempatan selepas sahaja mendarat di Scotland. Dia membelek buku tersebut sambil menggigit kukunya. Berkerut-kerut wajahnya membaca resepi yang ditulis di situ.
Sambil membaca, sambil dia membuat gerakan mengacau doh. Cadangnya, dia ingin membuat kek red velvet untuk Kyungsoo.
Apron yang berada di dalam laci dipakai. Barang-barang yang diperlukan juga sudah dikeluarkan dan disusun diatas meja.
Wendy mula memasukkan adunan mentega dan tepung terlebih dahulu dan menggaulnya dengan bersusah payah dengan tangannya meskipun alat pengadun berada betul-betul di belakangnya. Hm.
Beberapa kali dia mengaduh kelelahan kerana penat. Peluh yang mengalir di dahi dilap dengan hujung lengan bajunya..
Sebaik sahaja selesai memasukkan pewarna, dia terus memasukkan doh tersebut ke dalam dulang dan membakarnya di dalam ketuhar.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
