Congratulations- DAY6
Sudah sebulan lamanya Wendy tinggal di Perancis. Istana juga sudah dibuka untuk seluruh umat manusia.
Kunjungan mereka boleh dikatakan menakjubkan. Setiap hari, lebih kurang 10 ribu yang datang melawat untuk melihat seni dan warisan turun-temurun daripada bangsa vampire. Bahkan, pelancong juga tidak putus-putus sejak sebulan lalu.
Harta keluarga Choi juga semakin bertambah dek kerana pembukaan istana ini kepada umum. Tiada tiket dikenakan namun entah kenapa manusia tetap memberi wang kepada mereka sehingga kotak wang telah diletakkan ditengah-tengah istana untuk memudahkan urusan.
Wang-wang itu nantinya bakal diserahkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh dunia. Tinggal menunggu masa yang sesuai sahaja.
Jadual Wendy juga terlampau padat melebihi artis-artis yang pernah wujud di dunia ini.
Dalam sehari, dia ada dalam sepuluh tempahan dengan majalah-majalah ternama dunia. Dia juga berjaya menjadi brand ambassador untuk jenama terkenal seperti Tommy Hilfiger, Miu Miu dan lain-lain.
Majalah-majalah yang mempunyai wajahnya sebagai muka depan laku laris sehingga tidak sempat untuk direstock semula. Ianya memang memberangsangkan.
Dan juga menunjukkan betapa obsesnya manusia dengan mahkluk bernama vampire. Tambah-tambah lagi vampire cantik.
Tak lari dari gosip, Wendy sering diperhatikan oleh wartawan yang mahukan maklumat tentang kehidupan peribadinya.
Bahkan pernah keluar artikel tentang Wendy dan Eunwoo yang disangka bercinta. Padahal saat ini semua orang tahu yang dia dan Jaehyung masih lagi berhubungan.
Gosip ini bermula saat Wendy yang sedang berjalan-jalan sambil bersiar-siar dan hampir sahaja tersadung sebelum Eunwoo menyambutnya.
Gambar yang kelihatan seolah-olah babak dalam drama itu di muat naik ke internet sehingga menghebohkan dunia. Namun dengan pantas dakwaan itu disangkal untuk mengelakkan nama Wendy menjadi kotor dan menjaga hubungan antara dia dan Jaehyung.
Ternyata, Jaehyung boleh dikatakan terkenal juga di Perancis. Lelaki itu adalah model sambilan dan juga DJ radio. Wendy juga pernah menjadi tetamu khas untuk rancangan DJ Jaehyung itu.
'Vampire Cantik Oh Wendy dan Pengawal Peribadinya Cha Eunwoo : Curang?'
Surat khabar dikeronyokkan oleh tangan besar itu. Lantas ianya dilempar ke dalam pendiang api. Tangannya digenggam.
Chanyeol merenung muka depan surat khabar yang dibakarnya. Wajah Wendy dan Eunwoo terang-terangan seolah-olah pasangan yang baru sahaja bercinta. Dan gambar rasminya bersama Jaehyung juga terpapar di sana.
Lebih menyakitkan hati, hari demi hari, Wendy tampak lebih bahagia saat bersama Jaehyung. Senyumannya, tawanya, sangat tulus dari hati. Chanyeol tahu salah untuk dia menyibuk tentang hal Wendy lagi. Tapi dia tidak dapat menghalang dirinya daripada mengikuti perkembangan tentang gadis itu.
Dia pernah hampir membuat panggilan ke rancangan radio Jaehyung kerana sakit hati mendengar Wendy dan Jaehyung bermain cinta di sana. Telinganya sakit mendengar mereka saling berbalas sayang sedangkan ada beratus orang sedang mendengarnya.
Laptop berjenama Apple itu turut dilempar ke dalam api. Dia muak.
"Sayang?" panggil Jiyeon, mesra.
Gadis itu datang duduk di sebelah lantas memeluk lengannya. Pakaian gadis itu semakin hari semakin tidak cukup kain seperti orang miskin sahaja.
Buktinya, pakaiannya sekarang terdedah sehingga menampakkan buah dadanya. Belahan kainnya juga melampau sehingga menayangkan pahanya yang mulus.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
