"Let's go jalan-jalan!" jerit Baekhyun keriangan bersama Wendy. Mereka berdiri diatas kerusi sementara badan mereka melepasi bumbung kereta.Chanyeol menutup mukanya, malu. Malu dengan perangai kebudak-budakan Baekhyun. Sehun dan Miyoung pula hanya berlagak biasa sahaja. Tidak terdetik pun mahu menegur Wendy dan Baekhyun yang sedang bising itu.
Mereka menyanyi bersama-sama sewaktu dalam perjalanan seperti tiada hari esok. Sampai di bandar, mereka turun dan berlari bertempiaran.
"Baekhyun oppa!! Neomu jaemisseo(seronok)!!" Jerit Wendy.
"Kan!!"
Baekhyun memimpin tangan Wendy dengan erat. Dia memberikan Wendy apa sahaja yang gadis itu mahukan tak kira berapa harganya.
Mereka kini sedang berpusing-pusing di bandar yang dipenuhi manusia. Hidung Wendy telah pun ditutupi dengan wangian yang menghalangnya daripada terbau manusia. Itu juga untuk keselamatan memandangkan Wendy masih belum terbiasa.
Keluarga Choi menonton sahaja gelagat Wendy dan Baekhyun yang agak keanak-anakkan itu. Kalau dibawa ke funfair macam haritu, mungkin lebih teruk jadinya.
"Nak coklat!"
"Nak baju!!"
"Nak olaf!!"
"Nak skirt tu!!"
Mereka sudah berada di bandar itu selama empat jam lebih. Sehun dan Miyoung nampaknya sedang berjanji temu bersama di belakang yang lain.
Mereka sibuk menikmati candy cotton ehh cotton candy yang baru sahaja dibeli di gerai di tepi jalan. Keduanya nampak bahagia.
"Baekhyun, Wendy! Jangan jalan jauh sangat!" nasihat Siwon yang sedang menikmati secawan teh bersama Sooyoung.
Kedua vampire itu tidak menjawab. Mereka sibuk bermain dengan buih-buih yang ditiup oleh Baekhyun.
Manakala yang lain, ada yang sibuk berbincang tentang hal kerja. Antaranya adalah Chanyeol. Walaupun kerjanya telah diserahkan kepada Yixing secara paksa tempoh hari namun dia masih mahu bertanggungjawab sepenuhnya.
Matanya fokus pada skrin komputer.
"Baekhyun-ah! Sini kejap!" panggil Jongin.
Baekhyun meninggalkan Wendy sendirian sementara dia mendekati adik-beradiknya. Mereka nampak serius. Lelaki itu duduk bersama dan berbincang akan sesuatu.
Kepingan polaroid yang dia simpan hari itu telah berada di tangan Kyungsoo nampaknya. Terpaksalah dia menjelaskan semuanya.
Wendy mula bermain sendiri. Dia berpusing-pusing di situ seperti anak kecil.
Dia menoleh ke sekelilingnya. Ahli keluarganya nampaknya sibuk dengan hal masing-masing. Dia nampak Sehun yang sedang berbual dengan seseorang melalui telefon sambil diperhati Miyoung.
Wajah kedua mereka tegang. Seketika, Sehun meminta diri dan menjauhi Miyoung. Wanita itu nampak serius.
Sehun sedang berdebat akan sesuatu sehingga terhancurkan telefon bimbitnya. Lelaki itu memberi isyarat kepada Miyoung dan membuatkan isterinya menoleh pula kearah Wendy. Mereka bertentang mata.
Miyoung mula mendekati Wendy yang sedang bingung.
"Mummy dengan daddy kena pergi sekejap. You wanna go home now or stay here for a while?" soal Miyoung.
Rambut Wendy yang agak kucar-kacir dirapikan.
"Nak pergi mana?" tanya Wendy, risau. Miyoung tersenyum pendek.
![](https://img.wattpad.com/cover/204504102-288-k207301.jpg)
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampiriPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...