Seungwan duduk di sebelah Chanyeol yang sudah pun tertidur setelah lelah menangis tadi. Kadang-kadang, lelaki itu menggumam akan sesuatu seperti ketakutan dan akan menyebut nama Wendy berulang kali.Dia nampak air mata jernih Chanyeol keluar. Itu membuatkan Seungwan menjadi sedikit sebak. Sahabat karibnya itu terseksa dengan teruk.
Pertama, kehilangan dirinya. Seungwan adalah kawan baik Chanyeol dan juga pernah menjadi kekasih Oh Sehun. Dia tak pasti betul atau tidak yang Chanyeol dan Sehun sering bergaduh kerananya tapi dia pasti rekaan sahaja memandangkan Chanyeol adalah sejenis vampire yang paling tak ambil peduli sekiranya ada yang mengumpat akan dirinya. Paling-paling, Chanyeol akan ikut sama mengumpat.
Kedua, kehilangan Miyoung. Miyoung adalah cinta pertamanya. Pasti lelaki itu kecewa teruk sehinggakan tidak hadir ke majlis perkahwinan Miyoung dan Sehun dahulu. Chanyeol nampak sahaja kuat pada luarannya namun sebenarnya dia rapuh di dalam. Dek kerana itulah, imej kejam itu dicipta olehnya. Chanyeol tak mahu orang menganggapnya remeh.
Ketiga dan mungkin yang terakhir. Wendy. Seungwan tak pernah nampak Chanyeol cintakan seseorang seperti ini. Apatah lagi, mereka sedang diuji dengan ujian yang terlalu berat sekarang.
Wendy gadis yang baik. Pasti aura Wendy terlalu kuat sehinggakan Chanyeol jadi seolah-olah kehilangan separuh nyawanya.
"Bila Chanyeol sampai?" bisik Boa kepada Seungwan.
Dia menarik Seungwan menjauhi Chanyeol agar tidak menganggu lelaki itu. Seungwan memandang Boa dengan mata yang berair dan memeluk wanita itu sehingga menangis.
"Beritahu Miyoung dan Sehun supaya cari jalan untuk batalkan kontrak tu sekarang juga! Kalau tidak pun secepat mungkin. Saya tak suka tengok Chanyeol terseksa macam ni. Beritahu mereka jangan tunduk pada werewolf!" arah Seungwan.
"Kontrak apa ni? Seungwan tolong jelaskan dulu. Werewolf?" rayu Boa. Dia cemas melihat cik puannya itu menangis.
"Diorang akan faham apa yang saya cakap ni. Tolong sampaikan sahaja," ujar Seungwan dan perlahan-lahan menghilangkan dirinya seperti hantu yang sebenar.
Boa merenung Chanyeol yang terbaring lemah diatas lantai itu. Raut wajahnya jelas menunjukkan yang dia risau.
Apa yang berlaku pada keluarga Choi sebenarnya?
...
Boa bertemu juga dengan Miyoung dan Sehun yang sudah tiba di Paris selepas dipanggil beberapa hari lalu. Kedua pasangan itu nampak bahagia sahaja. Mereka menyapa Boa namun Boa acuh tak acuh sahaja. Ada sesuatu yang perlu dia tahu.
"Makcik Boa? Kenapa ni?"
"Kontrak apa yang Seungwan katakan tu? Apa kaitan korang dengan serigala jadian? Apa yang Seungwan cuba sampaikan? Kenapa sampai melibatkan Chanyeol?" soal Boa bertubi-tubi.
Miyoung dan Sehun terdiam.
"Seungwan?"
"Ya, Seungwan, Oh Sehun. Seungwan tahu semuanya dan dia sangat kecewa dengan korang. Dia tak sangka korang akan bertindak sebodoh ini. Dia nak korang batalkan apa sahaja idea bodoh ni. Sekarang atau secepat mungkin!" tegas Boa.
"Kitorang tak boleh.." Miyoung mencelah.
"Miyoung. Bagitahu saya apa yang terjadi sebenarnya? Dari hari tu lagi saya dah pelik kenapa tiba-tiba Wendy nak muncul di hadapan manusia sedangkan dia vampire paling pemalu sebelum ni. Dan kenapa kontrak pet tu masih wujud? Kita dah secara rasmi batalkan kontrak tu sejak Kangta mati! Dan tiba-tiba je keluarga kamu nak jodohkan dia dengan Jaehyung. Jaehyung tu budak baik! Salah kalau kamu mainkan hati dia! Bukan Wendy seorang yang akan tersakiti!" lantang Boa.
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...