Part 39

504 45 5
                                        

Ahli keluarga Choi bermain bersama Toben sementara menjaga Wendy. Hari ini adalah hari minggu.

Agak bising jugalah di dalam bilik rawatan Wendy memandangkan ahli lelaki sedang bergaduh sesama mereka. Mereka sibuk dengan permainan UNO.

Manakala ahli perempuan sedang berborak bersama Taeyeon. Mereka heboh dengan cincin yang berada di jari manis Taeyeon. Habis-habisan mereka menggoda Taeyeon dan Baekhyun namun lelaki itu nampaknya sedang berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.

Kata Taeyeon, dia menerima bungkusan misteri daripada seseorang sebulan lalu. Bila dibuka sahaja isinya, nampaklah cincin bertahtahkan berlian kecil itu. Di dalamnya pula ada sekeping kertas yang diisi dengan kata-kata cinta Baekhyun.

Katanya, itu adalah cincin pertunangan tidak rasmi mereka. Dia tidak sempat untuk melamar Taeyeon secara berdepan memandangkan Taeyeon tidak mengizinkannya untuk bertemu di tempat kerja.

Jaehyung duduk tak jauh, berbual bersama Jongdae. Mereka sudah tahu tentang pertunangan Jaehyung dan Wendy yang diputuskan secara sepihak itu. Awalnya, Sooyoung dan Siwon tidak bersetuju.

Tapi bila Jaehyung memberitahu sebabnya, mereka terpaksa menerimanya. Walaubagaimana pun, hati Jaehyung juga perlu dijaga. Bukan Wendy seorang sahaja.

Mereka menerima Jaehyung untuk turut sama menjaga Wendy selama yang lelaki itu mahu. Jaehyung sudah bagaikan ahli keluarga mereka sendiri.

Sedang mereka berborak, Chanyeol pula hanya duduk di samping Wendy memerhati gadis itu seperti tidak ada bosannya. Tangan mereka masih lagi bersatu.

Dia tidak menghiraukan Sehun yang berada di hadapannya. Lelaki itu sedang merenungnya, tajam. Cemburu kerana anak gadisnya sedang dipandang oleh lelaki tua merangkap abangnya. Entahlah apa yang Sehun nak, tapi Chanyeol tak peduli. Kadang Chanyeol tak faham mood swing Sehun. Haritu padahal baik-baik sahaja. Miyoung pula sedang tidur berlapikkan bahu Sehun.

Nyenyak sahaja dia di samping lelaki itu.

Baru sahaja Chanyeol hendak merehatkan kepalanya diatas katil, tiba-tiba dia terasa seperti jari-jemari Wendy bergerak.

Lelaki itu terus segar. Dia memerhati Wendy dengan lebih teliti.

"Kenapa Yeol?" soal Sehun.

"Jari dia.." jawabnya.

Ahli keluarga Choi menoleh serentak. Mereka menunggu respon seterusnya.

Jari Wendy bergerak lagi. Terketar-ketar bagai sedang mencapai sesuatu. Kening Wendy mula berkerut. Dia sepertinya sedang memaksa dirinya untuk bangun.

Ahli keluarga Choi terus berlari mengerumuni katil. Manakala Seulgi pergi memanggil doktor. Sehun mengejutkan Miyoung agar bangun. Sebaik sahaja memberitahu akan keadaan Wendy, mata Miyoung segar-bugar semula.

"Wendy? Wendy dengar mummy tak?" soal Miyoung di telinga Wendy setelah menolak Sehun dari sana.

Wendy masih berusaha untuk membuka matanya. Tangannya menggenggam erat tangan Chanyeol.

Akhirnya, dia tersedar juga selepas bergelut dengan diri sendiri. Badan Wendy menyedut oksigen seperti sedang hidup semula. Matanya membuntang memandang siling, seperti terkejut.

Dia memandang sekelilingnya mencari sesuatu. Kemudian, dia berhenti saat terpandang Chanyeol. Orang pertama yang dia lihat sebaik sahaja tersedar. Matanya beralih pada Jaehyung pula. Lama dia menatap lelaki bermata sepet itu.

"Wen? Kau dah bangun? Ini aku, Chanyeol!" ujar Chanyeol, gembira.

Miyoung menekup mulutnya kerana gembira dan hampir menangis lagi. Wendy akhirnya sedar juga. Ahli keluarga Choi mula berasa lega. Mereka terharu.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang