Percutian di bukit saat musim sejuk berjalan lancar. Chanyeol menemani Wendy untuk bermain di sana bersama dengan Baekhyun dan Jaehyung. Walaupun Wendy hilang ingatan, namun kepakarannya dalam bermain ski masih lagi handal.
Dia pernah menjuarainya sebanyak sepuluh kali saat di sekolah dahulu. Chanyeol setia mengekori Wendy dari belakang untuk memerhati. Dia tidak berani untuk mendekati Wendy dan bermesra dengan gadis itu. Biarlah Wendy bergembira tanpanya. Chanyeol berhenti seketika untuk mengikat tali kasutnya yang hampir terbuka.
"Eo? Eunwoo.." gumam Wendy.
Dia berhenti meluncur dan mendekati hutan yang dilindungi dengan pagar besi itu. Rasanya dia nampak Eunwoo tadi.
Matanya melilau-lilau mencari sahabat baiknya itu. Wendy berdiri dan diam di sana untuk masa yang agak lama.
Baekhyun perasan yang Wendy sudah pun tiada di tempat meluncur. Kebetulan, Baekhyun nampak gerakan seekor serigala besar yang berlari memasuki hutan menjauhi Wendy. Dia menjerit kearah Chanyeol yang sedang membetulkan ikatan kasutnya.
Sial.
Dia turun dari tempat berteduh menghampiri Chanyeol. Baekhyun segera mengarahkan Chanyeol untuk membawa Wendy pulang. Chanyeol bingung dan mahukan penjelasan terlebih dahulu.
"Ambik je dia dulu! Nanti aku terangkan! Jaehyung! Kau nampak kan? Pergi sekarang!" arah Baekhyun. Jaehyung mengangguk faham. Dia berlari mengejar Eunwoo selepas mendapat arahan Baekhyun.
Chanyeol pelik. Dia pergi mendapatkan Wendy untuk membawanya pulang. Wendy tampak tidak suka apabila dipaksa sebegitu.
Wendy menghampiri Baekhyun dengan wajah sebal.
"Jom balik!" arah Baekhyun sambil bercekak pinggang.
"Oppa! Tak nak balik lagi!" bentak Wendy.
Baekhyun menjegilkan matanya.
"Aku kata balik tu balik jelah! Apa yang susahnya!" marah Baekhyun. Wendy tersentak kuat.
Dia kelihatan takut.
Chanyeol yang tidak berpuas hati menarik Wendy dan melindungi gadis itu di belakangnya.
"Cakap elok-elok lah! Ni anak orang! Lagipun kenapa kau nak sangat balik ni? Kalau kau nak pergi, pergi jelah. Tak payah paksa orang macam ni!" marah Chanyeol pula. Baekhyun menghela nafas panjang.
Dia menoleh kearah Wendy di belakang Chanyeol itu.
"Wendy, kita balik ya? Jom?" pujuk Baekhyun sambil menghulurkan tangannya. Nada suaranya berubah menjadi lembut.
Wendy menyambut tangan Baekhyun walaupun awalnya dia ragu-ragu. Baekhyun menggenggam tangan gadis itu dengan erat sambil tersenyum manis. Dia membawa Wendy ke kereta mereka sambil memujuknya. Chanyeol mengekori dari belakang.
"Mianhae. Oppa rasa tak sihat. Maafkan oppa sebab tengking Wendy ya? Wendy hukum la oppa nanti ya?" pujuk Baekhyun. Wendy menggeleng perlahan.
"Takpe la. Wendy tak ambik hati," jawabnya perlahan. Baekhyun memegang bahu Wendy dan mencium ubun-ubun gadis itu. Rambut Wendy dielus lembut.
"Mianhae.."
...
Mengejutkan. Tergamam.
Dua kata yang boleh Wendy gambarkan sekarang.
Kenapa?
Dia dikurung di dalam bilik larangan sebaik sahaja pulang dari bermain. Miyoung dan Sehun tidak menghiraukan pertanyaannya. Malah, Baekhyun sendiri yang mengarahkan agar dia dikurung di sana dan tidak dibenarkan untuk keluar selagi tidak diberi kebenaran.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
Ma cà rồngPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
