Part 11

582 51 26
                                        


"Tak nak turun?" soal Eunwoo yang sudah berada di luar kereta.

Wendy menggeleng. Dia kecewa lagi. Tiada kelibat mummy dan daddynya diluar mansion mahupun di dalam semak berdekatan. Kata nak beri kejutan. Tapi mana?

Butler yang berada di sebelah Eunwoo memandang lelaki serigala itu dengan wajah bersalah. Dia terus memberi isyarat untuk pergi memanggil tuan dan puan besarnya iaitu Sehun dan Miyoung. Eunwoo mengangguk kecil.

Dia kembali fokus kepada Wendy. Bibirnya menguntum senyuman manis.

"Nanti aku bawa kau pergi jalan-jalan sama-sama. Jom la keluar dulu?" ajak Eunwoo. Tangannya dihulurkan kepada gadis di hadapannya ini.

Mendengar pelawaan Eunwoo, Wendy terus rasa tertarik. Dia menyambut huluran tangan Eunwoo dan menggengamnya erat. Eunwoo membantu dia keluar dari kereta.

"Kalau kau senyum, aku belanja coklat."

Dengan pantas Wendy merangkul lengan Eunwoo dengan mesra sekali. Kelemahannya adalah makanan. Lebih-lebih lagi coklat. Dia tidak begitu menggemari darah seperti ayahnya kerana baginya darah itu tidaklah terlalu menyelerakan. Mungkin kerana darah manusia Miyoung masih mengalir hangat di dalam badannya.

Wendy tersenyum manis kearah Eunwoo sehingga membuatkan Eunwoo salah tingkah. Gadis di hadapannya ini selalu boleh membuatkan dia hampir hilang kewarasan. Eunwoo mengusap kepala Wendy sementara Wendy menyandarkan kepalanya kearah lelaki serigala itu. Dia suka akan sentuhan lembut Eunwoo.

"Ehem."

Sehun berdehem, kasar. Keningnya terjongket. Dia pelik saat melihat betapa rapatnya anak gadisnya itu dengan lelaki serigala yang pernah dia cuba cederakan dahulu untuk melindungi Miyoung. Sehun jelas sekali akan menentang sekiranya Eunwoo bercinta dengan Wendy.

Eunwoo tersenyum saat melihat Sehun. Sudah lama mereka tidak bertemu sejak Wendy meninggalkan Quahog.

"Daddy!!!"

Teriak Wendy histeria saat melihat kekacakkan ayahnya yang masih tidak berkurang walaupun telah lama dia tinggalkan lelaki itu ke luar negara. Err. Empat tahun je kot. Bukan lama pun.

Wendy melepaskan pegangan tangan pada Eunwoo dan berlari mendapatkan Sehun. Badan Sehun dipeluk dengan erat sekali. Hangat. Badan daddynya masih enak dipeluk seperti sejak kali terakhir mereka bertemu. Wendy seolah-olah melupakan hakikat yang Sehun menghalaunya dahulu.

Sehun pula terkejut sebenarnya.

Dia tak sangka anak gadisnya itu sudah membesar dengan pantas sekali. Bahkan gadis itu tumbuh menjadi wanita paling cantik yang pernah dia lihat seumur hidupnya. Silap, wanita kedua cantik selepas Miyoung. Wajah Wendy itu gabungan antara dia dan Miyoung. Dia seolah melihat dirinya tapi versi perempuan.

Pelukan Wendy sekarang terasa sama seperti saat gadis itu masih kecil dahulu. Pelukan dari anak kesayangannya.

"Wendy rindu daddy.." ujar Wendy.

Sehun mengangguk perlahan. Rambut anaknya itu diusap lembut. Pelukan dibalas seeratnya.

"I miss you too, my cutiepie.." jawab Sehun.

Sehun mengusap pipi Wendy, lembut. Dia tak percaya apa yang dia impikan sebenarnya terjadi. Apa yang dia katakan dahulu menjadi kenyataan. Wendy memang cantik dipandang.

"Mummy mana?" soal Wendy. Dia tak mahu menangis sekarang.

Sekurang-kurangnya kena jumpa Miyoung dulu baru boleh buat drama.

"Come. Kita jumpa mummy.." ajak Sehun. Dia memandang sekilas kearah Eunwoo. Eunwoo tersedar yang dia sudah pun mengganggu saat-saat manis antara kedua ayah dan anak itu.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang