Wendy dirawat di hospital di Paris yang berada di bawah tajaan keluarga Choi. Adik-beradik vampire setia menunggu diluar wad sementara Wendy dirawat. Miyoung pula sedang menangisi atas apa yang berlaku pada Wendy.
Dia yang bersetuju dengan kontrak pet kerana takut Wendy diapa-apakan oleh Lee Sooman. Sehun awalnya menolak tapi bila melihatkan Miyoung yang jelas ketakutan kerana takut kehilangan satu-satunya anak mereka mulai bersetuju. Dia sendiri tak tahu orang yang mewujudkan kontrak tersebut adalah Eunwoo. Selama ini dia percayakan puak wolf itu untuk menjaga Wendy daripada puak werewolf lain. Ternyata, werewolf lain itu tidak wujud pun. Lee Sooman dan Eunwoo memperdayakan mereka.
Miyoung akui ini salahnya kerana memaksa. Dia juga yang menyebabkan Chanyeol dipaksa menerima pet kerana ingin menjauhkan Wendy daripada Chanyeol. Ini kerana Chanyeol adalah satu-satunya lelaki yang boleh mengawal Wendy. Menjauhkan Chanyeol daripada Wendy adalah salah satu syarat kontrak tersebut. Kenapa lah mereka tidak perasan akan perkara janggal ini sebelumnya.
Miyoung tahu dia egois. Dia tak fikirkan tentang perasaan Chanyeol. Dia jahat. Tapi dia tak tahu lagi bagaimana caranya untuk menyelamatkan Wendy.
Sebagai ganti pengakhiran kontrak pet, mereka terpaksa menandatangani kontrak hak pemilikan Wendy. Sepatutnya mereka curiga kenapa Wendy menjadi pertukarannya.
Chanyeol menyandarkan tubuhnya pada dinding. Memerhati jam. Sudah enam jam berlalu sejak pembedahan Wendy berlangsung.
Matanya semakin kuyu. Tapi dia tak boleh tidur sebelum Wendy tersedar.
Sooyoung dan Siwon memerhati Chanyeol yang tersengguk-sengguk sejak tadi. Jaehyung pula ada di sebelah, turut sama menunggu Wendy. Pergaduhan tadi tidak menghalang keduanya untuk berdamai buat seketika. Siwon dan Sooyoung berpandangan antara satu sama lain. Sooyoung mengalirkan air matanya dan berlindung di sebalik badan tegap Siwon. Lelaki itu memeluknya.
"Saya rasa bersalah pada dia," bisik Sooyoung. Siwon mengangguk.
Mereka tahu mereka salah. Dan mereka kesalinya. Selamanya mereka akan berhutang pada Chanyeol dan juga Jaehyung.
Pada waktu itu, Sehun kembali dengan baju yang dipenuhi darah. Dia duduk di sebelah Miyoung seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bauan darah itu menarik perhatian keluarga vampire itu.
Bau darah Jiyeon.
Nampaknya Sehun memang betul-betul dah membunuh Jiyeon. Lelaki itu mengambil tisu dan mengelap mulutnya. Dia menghadap Miyoung dan menariknya ke dalam dakapannya. Miyoung pula sepertinya tak peduli dengan bau yang menyengat itu.
"Everything will be okey.."
...
"Cik Everlyn mengalami kecederaan parah pada seluruh badannya. Pinggul, pergelangan tangan dan tulang pipi dan tulang lehernya patah. Dan kami tak pasti berapa lama lagi Cik Everlyn akan tersedar dari komanya," ujar Doktor Yuta, doktor vampire mereka.
Side note : Kok diagnos ni buat aku teringat accident Wendy tahun 2019 dulu? 😭
"Cik Everlyn mungkin vampire pada luarannya tapi dalamannya masih mengandungi 50% dalaman manusia. Dia tak boleh cedera lagi selepas ini. Jadi saya harap Tuan dan Puan Oh boleh bersabar sementara menunggu Cik Everlyn sembuh. Kami minta maaf. Setakat ini sahaja kami boleh menolong. Saya minta diri dulu," ujar Doktor Yuta lagi.
Mereka memerhati Wendy dari luar wad. Begitu banyak wayar yang disambungkan pada badan gadis itu. Dan juga simen untuk mencegah pergerakan Wendy.
Chanyeol bergenang air mata memandang gadis yang dicintainya terbaring lemah di sana. Penumbuknya digenggam. Dia tak akan pernah memaafkan Jiyeon. Meskipun manusia itu sudah pun mati di tangan Sehun.
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...