Sehun memberikan makanan kepada Wendy yang sedang menangis kerana diperlakukan seperti banduan. Air mata anaknya itu diseka.
"Wendy nak keluar," rayu Wendy.
Ramen dicampur dengan daging itu dikunyah olehnya walaupun sedang bersedih. Sehun menggeleng perlahan.
"Wendy duduk dalam ni sekejap ye? Ada bahaya dekat luar tu. Sekejap je. Daddy janji," ujar Sehun.
Wendy menunduk. Dia menghela nafasnya panjang. Kepalanya disandarkan pada dinding.
"Daddy pun tak suka bila diorang buat anak daddy macam ni," jelas Sehun. Dia turut sama menikmati ramen yang pada awalnya dibuat untuk Wendy.
Gadis itu tersenyum kecil.
"Mana mummy?" tanyanya. Sehun tidak menjawab pertanyaan tersebut.
"Tak payah cakap pasal dia," arahnya.
"Kenapa?"
"Sebab Wendy anak daddy je. Bukan orang lain.."
"Huh?"
...
Chanyeol sering datang menemani Wendy untuk membacakan buku buat gadis itu. Wendy kadang-kadang mengadu kepadanya kenapa ibu bapanya seolah-olah sedang bergaduh.
Tapi macam biasa. Chanyeol tak mahu mengulas tentangnya kerana dia cumalah orang luar.
Sekarang, Chanyeol sedang mengikat rambut Wendy dan menggayakannya demi menghiburkan gadis itu meski terhalang penghadang besi.
Gugup rasanya saat menyentuh rambut milik gadis yang dicintainya itu. Saat Wendy berbicara kepadanya, dia tidak dapat fokus dan hanya mampu merenung mata hazel yang bersinar disebalik kegelapan itu.
Semangat Wendy yang cumalah menginginkan seseorang untuk berkongsi masalah dapat dirasai. Mungkinkah ini sebab Wendy sering menyakitkan hatinya dahulu kerana inginkan perhatian?
Kadang-kadang, Wendy akan memarahinya kerana tidak fokus dengan ceritanya. Gadis itu beranggapan yang dia sedang mengelamun, walhal dia sebenarnya sedang kaku dan terpegun memandang Wendy.
Chanyeol tahu ini salah tapi dia rasa ada kebaikannya bila keluarganya menyekat Wendy sebegini. Dia dapat mendekati Wendy dan membangkitkan semula rasa cinta mereka.
Dia berharap yang Wendy akan mengingatinya semula.
Cukuplah mereka menderita.
"Musim sejuk panjang lagi ke pakcik?" soal Wendy kepada Chanyeol.
Lelaki itu mengangguk. Dia masih bermain-main dengan rambut Wendy, atas permintaan gadis itu juga.
Tiba-tiba, Wendy merebahkan kepalanya pada lantai berlapikkan bantal. Dari sini, Chanyeol dapat melihat jelas wajah Wendy yang sedang memejamkan mata itu.
Fuck. Wendy memang cantik. Terlalu cantik.
Kenapa dia cuba tolak gadis itu dahulu?
"Apa khabar girlfriend pakcik tu?" soal Wendy.
Chanyeol mengerutkan dahinya.
"Hah?"
"Ala yang pergi jauh tu.." bahasnya.
Chanyeol diam seketika. Dia tersenyum.
"Dia dah hampir pulang.." jawabnya.
Wendy turut sama tersenyum.
"Iya?"
Chanyeol mengangguk.
"Nanti mesti pakcik akan jumpa dia selalu kan?" soalnya lagi. Chanyeol mengangguk lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
