Part 45

532 48 8
                                    


Wendy keluar dari tempat kurungannya dalam diam kerana tak tahan lagi. Dia rasa seperti tahanan.

Musim sejuk tidak mengganggunya. Baju sejuk dipakai sebanyak tiga lapis. Dia terbang dari tingkat atas sekali mansion dan turun ke hutan berdekatan.

Kakinya melangkah di dalam timbunan salji yang semakin menebal itu. Arah tujunya tidak ditentukan lagi. Biarlah dia lari dari rumah buat pertama kalinya dalam seumur hidup.

Sedang dia berjalan, seseorang memerhati dari atas dahan pokok. Wendy perasan tapi dia buat tidak peduli sahaja. Dia berjalan dengan pantas untuk mengelak daripada bertemu makhluk itu.

Tiba-tiba, satu dahan pokok yang rapuh dan sudah mereput mulai jatuh ke bawah. Wendy yang tidak perasan akan hal itu meneruskan sahaja perjalanannya.

Badannya ditolak oleh seseorang sehingga dia terjatuh keatas timbunan salji. Dahan pokok sebesar separuh pokok rambutan mendarat betul-betul di belakangnya.

Wendy terkejut. Dia mengangkat wajahnya, memandang lelaki yang menolongnya itu.

"Pakcik.."

"Tahu kan bahaya sekarang ni? Kenapa keluar?" marah Chanyeol.

Dia mengangkat Wendy supaya berdiri dan cuba menariknya pulang. Wendy menarik semula tangannya dan menjauhi Chanyeol.

"Tak nak. I don't belongs there," jawab Wendy.

"Habistu belong kat mana?"

"In your heart!"

Kedua Chanyeol dan Wendy diam. Telinga Chanyeol sudah pun merah. Segan. Dia tahu Wendy sengaja membalas begitu kerana menyampah dengannya tapi hatinya tetap rasa berbunga-bunga.

Chanyeol cuba untuk menahan senyumannya. Tak! Tak boleh senyum! Kena marah Wendy sebab curi-curi keluar!

Jangan cair!

Jadi lelaki!

Jangan tunduk pada perempuan!

Kecuali Wendy!

Hah?!

Lembik!

"Nanti Miyoung dengan Sehun marah pakcik--"

"Biarlah diorang! Asyik gaduh je dari haritu. Dulu pun pernah gaduh sebab baju.." balas Wendy, mengingat semula saat dia menangis sakan setelah kedua ibu bapanya bergaduh tentang pakaiannya.

Chanyeol mengerutkan dahinya. Rasanya dia juga ingat akan senario itu. Saat di mana dia pertama kali memeluk Wendy dan melihat gadis itu menangis kerana rasa dipinggirkan.

Wendy, dah ingat ke?

"Kalau diorang membebel bila dah tahu nanti?"

"Malas nak peduli. Saya ada pakcik kan?" jawab gadis itu, mudah.

"Pakcik boleh buat apa?"

"Tolong tutup telinga saya macam ni. Tu pun nak kena ajar?"

Wendy menarik tangan Chanyeol dan meletakkannya pada kedua belah telinganya. Mata mereka bertentangan dan lagu shalalalala mulai berdendang. Sinaran cinta berpancaran diantara kedua mereka.

"Pandailah.."

"Memang pandai. Kalau tak, tak dapat anugerah Obama," jawab Wendy, sombong. Chanyeol berdecit.

Wendy berjalan mendahului Chanyeol dan membiarkan lelaki itu bersendirian di sana. Chanyeol mengejar lagi dari belakang.

"Tunggulah!" jerit Chanyeol.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDWhere stories live. Discover now