Part 47

555 53 8
                                        

Sehun terbang meninggi ke udara demi melindungi Wendy. Tapi salah langkah, dia telah meninggalkan isterinya dalam bahaya.

"Oh Sehun!! Kalau kau tak serahkan Wendy, aku akan habiskan Miyoung!" ugut Eunwoo.

Sehun berhenti daripada terus keatas. Wendy memandang kearahnya. Sehun dalam dua sekarang.

"Tak apa Hun! Pergi! Selamatkan Wendy!!" arah Miyoung, tersenyum meski dalam kesakitan. Eunwoo tersenyum sinis.

Dia semakin mendekat kearah Miyoung. Wanita itu mulai mengesot menjauhinya. Mark mulai menggerutu di belakang sana.

Walaupun dia setia dengan ketuanya iaitu Eunwoo, namun dalam masa yang sama, dia masih sukakan Miyoung. Patutkah dia hentikan Eunwoo sekarang?

"Turunkan saya," pinta Wendy.

"Tapi kamu..."

"Mummy lagi penting daddy. Wendy tak akan terima kalau apa-apa terjadi pada mummy," ujar Wendy.

"Kami tak akan dapat hidup kalau kamu tak ada," balas Sehun. Wendy memeluk erat badan Sehun.

"Mummy kena hidup. Mesti! I can protect myself!" tegas Wendy. Mata Sehun bergetar. Perlahan-lahan, lelaki itu turun semula. Dia kembali dikelilingi oleh serigala sekali lagi.

"Wendy—"

"Pergi! Ini arahan!" arah Wendy. Sehun mengangguk perlahan. Dia mengucup dahi Wendy, lama.

Eunwoo tidak suka akan perbuatan Sehun itu. Lelaki vampire itu berlari sepantas kilat mendapatkan Miyoung.

Saat itu, satu lembing dihalakan kearah Sehun tanpa ada yang sedar. Masa seolah-olah diperlahankan.

Telinga Miyoung berdesing. Deria spidermannya kembali. Dia menoleh ke sekeliling untuk mencari puncanya.

"Andwae.. Andwae! Sehun jangan dekat! ANDWAE!!!" jerit Miyoung.

Satu lembing meluncur laju diatas angin kearah Sehun. Wendy yang mendengar jeritan ibunya itu berlari mendapatkan Sehun. Dan di belakangnya, Chanyeol mengekorinya.

Wendy menolak badan Sehun agar dapat mengelak daripada lembing perak itu namun sebaliknya, Chanyeol memeluk Wendy dari belakang sehingga badannya pula yang menjadi mangsa.

Eunwoo dan Miyoung menjerit serentak. Eunwoo dan Miyoung sama-sama risau yang lembing itu akan membunuh Wendy.

Chanyeol dan Wendy jatuh tergolek diatas tanah. Sehun terkedu. Dia tidak sedar apa yang telah berlaku tadi.

Darah mulai keluar dari mulut Chanyeol.

"Tak! Tak! Chanyeol!" Jerit Wendy, histeria.

Sehun ingin membantu tetapi badannya dilibas dengan besi perak dengan tiba-tiba. Ianya menghalang pergerakannya.

Wendy pula cuba untuk menahan lembing tersebut daripada mencederakan Chanyeol.

"Jangan sentuh! Kau ikut aku sekarang!" arah Eunwoo. Wendy diheret dengan kasar meskipun gadis itu meronta tidak mahu.

Kepala Wendy dihantuk pada batu saat diheret dengan kasar. Darah mulai mengalir keluar dari kepala gadis itu.

"Chanyeol!" panggil Wendy. Air matanya mulai menitis. Gadis itu memukul tangan Eunwoo.

Saat melihat Chanyeol yang sudah pun bagaikan roh yang bergantungan dan menunggu masa untuk naik keatas sana sahaja, membuatkan hatinya luluh.

Kejamnya, Eunwoo!

"Wen..dy.."

"Chanyeol-ah! Chanyeol-ah! Saya dah ingat Chanyeol-ah! Bangunlah!" rayu Wendy. Wendy mencuba untuk memberi semangat kepada Chanyeol supaya bertahan.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang