Hari berlalu seperti biasa. Cuma Wendy dimaklumkan yang Chanyeol masih belum menunjukkan dirinya sejak semalam. Malam sudah pun melabuhkan tirainya sekali lagi. Jiyeon sudah mundar-mandir risau dengan kehilangan Chanyeol. Hampir-hampir sahaja dia menelefon polis namun belum cukup 24 jam lagi.
Wendy masih tenang di dalam biliknya membaca buku. Bunyi loceng beberapa kali menunjukkan sudah jam 12 malam. Wendy menutup bukunya untuk masuk tidur.
Dia mendengar bunyi tapak kaki di hadapan biliknya. Bunyi itu seperti mengelilingi pintu sahaja dan tidak berubah.
Dia tertanya-tanya akan keganjilan itu. Jae nak apa malam-malam macam ni? Terus dia bergerak menuju kearah pintu bilik dan membukanya.
"Jae—Chanyeol?" soal Wendy.
Terkejut dia melihat Chanyeol di sana. Lelaki itu sepertinya sedang menahan kesakitan. Matanya juga sembap.
"Please.. come back to me.." rayu Chanyeol, tiba-tiba. Air mata lelaki itu mengalir. Wendy panik seketika.
"What happen to you? Jangan nak mengarut dekat sini. I need to sleep. Esok hari last—"
Tangan Wendy dipegang. Chanyeol mencium kedua belah tangan lembut Wendy dan meletakkannya di pipinya. Tangan lembut itu melemahkannya.
"Aku dapat mimpi.." ujar Chanyeol. Tersedu-sedan dia cuba untuk bercakap.
"Yeol..Mabuk ya?" soal Wendy, lembut. Dia sebenarnya tak mahu melayan Chanyeol lagi tapi entah kenapa dia rasa kesian. Tak jadi sudah rancangannya untuk menjadi perempuan dingin. Sekeras mana dia menolak, rasanya dia akan tetap tidak boleh lari.
Chanyeol menggeleng.
"Aku mimpi.. kau kena bunuh.. dengan seseorang.." ujar Chanyeol. Pertama kali, Wendy melihat keadaan Chanyeol yang sangat sadis seperti ini.
"Pakcik.. tu cuma mimpi," ujar Wendy, cuba memujuknya.
Chanyeol menggeleng lagi.
"No! Benda tu akan berlaku. I need to protect you, Wen. Sebab inilah vampire sepatutnya kekal berjaga dan tak boleh tidur. Mereka boleh nampak masa depan kalau dapat tidur," jelas Chanyeol.
Dia sendiri baru sedar yang selama ini dia sering berasa mengantuk dan tidur. Dia tak pernah terdetik walau sedikit pun akan apa yang dia telah lakukan selama ini.
Wendy menoleh ke belakang Chanyeol. Wendy fikir yang otaknya berhalusinasi sekarang. Dia melihat kelibat hantu yang menyerupainya sekarang. Itu hantu Seungwan yang dia pernah terserempak semasa berjalan-jalan di istana Boa. Seungwan muncul buat pertama kalinya di hadapan Wendy dulu dan menjadi temannya.
'Sentuh dada kanan dia,' arah Seungwan.
Wendy terus mengikuti perintahnya walaupun kedengaran agak pervert. Chanyeol mengerang kesakitan. Dia mencengkam bahu Wendy kerana sakit. Terus gadis itu menyelak baju Chanyeol untuk melihatnya tapi dihalang oleh Chanyeol.
Dia tidak membenarkannya.
Tanpa berlengah, Wendy menarik Chanyeol masuk ke dalam bilik dan menyuruhnya untuk duduk diatas sofa.
Wendy terus membuka baju Chanyeol dengan kasar. Alangkah terkejutnya dia saat melihat kesan lebam besar di bahagian kanan dada lelaki itu. Terketar-ketar tangannya menyentuh lebam itu.
"Apa.. yang.. berlaku..?" soal Wendy.
'Itu semua bisa darah kamu Wendy. Kamu tak neutralkan darah kamu waktu hisap darah Chanyeol dulu,' suara Seungwan kedengaran.
Mata Wendy berair.
"I hurt you.. selama ni?" ujar Wendy. Dia rasa bersalah.
Dia selalu mengutuk Chanyeol kerana menyangka Chanyeol menyakitinya tetapi apa yang dia buat sebenarnya lagi teruk. Dia dah buat Chanyeol hampir mati. Wendy belajar yang darah vampire itu racun kepada vampire lain. Sebab itu jarang ada vampire yang menghisap darah sesama sendiri kecuali terdesak.
"Lagi sakit.. bila kau tinggalkan aku.. tanpa sempat aku jelaskan semuanya," jawab Chanyeol. Wendy menangis.
Dia memeluk Chanyeol dan menangis di bahu lelaki itu. Chanyeol menggosok rambut Wendy perlahan. Dia rindu pelukan ini.
"Biar saya keluarkan bisa ni dulu," ujar Wendy. Gigi taringnya mulai muncul.
"It's okay.. I'm okay---argh!" Chanyeol mengerang kuat saat gigi taring Wendy menusuk ke dalam kulitnya.
Dia bukan tak mahu sembuh tapi gigi taring vampire itu lebih tajam daripada gigi harimau. Tambah-tambah lagi gigi Wendy yang sememangnya tak pernah makan dari hasil buruan sendiri.
Wendy menyedut kesemua bisanya sehingga lebam itu menghilang sedikit demi sedikit.
Setelah selesai menghirupnya, barulah Chanyeol dapat duduk dengan selesa. Sepatutnya dia dengar nasihat Seulgi dahulu tapi dia tak mahu kerana ego. Sekarang, ego telah memakan dirinya.
"Dah lega?" soal Wendy.
Chanyeol menyandarkan tubuhnya pada sofa. Dia mengangguk. Tangannya didepa untuk memeluk Wendy. Dengan serta-merta Wendy menerima pelukan itu. Gadis itu kembali menangis.
"Saya rindu pakcik.." ujarnya.
"I miss you too.." jawab Chanyeol.
Wendy rindu bauan Chanyeol. Dia tak tahu bau apa tapi bau itu menenangkannya. Seperti aroma terapi. Chanyeol mengelap air mata Wendy dengan ibu jarinya.
"Ada sebab aku terpaksa terima Jiyeon. Maaf ya, Wen?" ujar Chanyeol. Wendy tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia merenung Chanyeol dengan pandangan meminta penjelasan.
"Tapi tak boleh bagitau sebabnya," sambung Chanyeol.
"Kenapa tak boleh?"
"Ini melibatkan soal nyawa. I don't want to hurt you," jawabnya.
Wendy tidak menyoalnya lagi. Dia terus menunduk. Chanyeol yang perasan perubahan pada wajah gadis yang dicintainya itu terus memegang pipinya.
"Maaf ya? Suatu masa nanti sayang tahulah," pujuk Chanyeol.
Perkataan sayang itu, sudah lama Wendy tidak mendengarnya walaupun Chanyeol pernah memanggilnya begitu sekali sahaja. Wendy mengangguk perlahan.
"I'm happy," ujar Wendy.
"Happy sebab?"
"Sebab dapat jumpa awak semula.. bersama awak semula," kata Wendy, ceria.
"Nado. Sakit sangat bila tengok kau dengan lelaki lain," ujar Chanyeol pula.
"Me too.." jawab Wendy pula.
"Saya nampak semuanya..tadi.." kata Wendy lagi sambil menyentuh tangan Chanyeol. Wendy nampak apa yang berlaku saat dia tiada bersama Chanyeol. Saat Chanyeol bersama Jiyeon.
Dia nampak tetapi hanya perkara yang Chanyeol benarkan sahaja. Chanyeol merenung anak mata gadis itu sedalam-dalamnya.
"I'm sorry.."
Wendy menyentuh bibir Chanyeol.
"Your lips.. dah kotor.." Wendy mencelah kata-kata Chanyeol.
"I'm sorry again.." Chanyeol rasa bersalah kerana telah membiarkan dirinya disentuh sesuka hati oleh Jiyeon sedangkan seluruh badannya hanyalah buat Wendy dan milik Wendy sahaja.
Dia tak boleh menghalang Jiyeon disebabkan kontrak itu dan kesakitan akibat lebamnya itu.
"Saya patut bersihkan bibir ni.." kata Wendy lagi.
"Nanti aku letak kloroks---"
Belum sempat apa-apa, Wendy terus menempelkan bibirnya pada bibir Chanyeol. Membersihkan bibir lelaki itu daripada kesan yang ditinggalkan oleh Jiyeon. Mereka berciuman hangat di situ.
Hampir semput Chanyeol dibuatnya.
"Dah bersih.." ujar Wendy dengan cerianya.
Lipsticknya habis comot dan sebahagiannya menempel pada bibir Chanyeol.
"Are you sure?"
Chanyeol terus menerkam Wendy semula. Membalas dendam kerana Wendy telah merendahkan maruah jantannya kerana telah memulakan ciuman itu dan bukannya dia.
to be continued
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
