Hari ini, Wendy bersiap-siap untuk menghadiri janji temunya dengan klien. Eunwoo menunggu di depan pintu untuk menghantarnya. Dia tersenyum manis melihat betapa matangnya Wendy sekarang. Tiada lagi Wendy si 'anak kecil' yang dia kenal dulu.
Wendy di hadapannya ini sudah pandai membuat keputusan sendiri.
"Dah siap?" soal lelaki itu. Wendy memandangnya dari pantulan cermin. Dia mengangguk.
Gadis itu bangun dan menghampiri Eunwoo. Tangannya dihulurkan untuk berpimpin tangan dengan Wendy. Mujurlah gadis itu menerimanya dengan baik.
Jujur, Eunwoo rasa terpinggir sejak dia berada di sini. Wendy acap kali menghabiskan masa dengan Jaehyung yang sering dipanggil dengan nama manja, Jae. Eunwoo menunjukkan rasa tidak sukanya pada Jaehyung waktu mereka berjumpa dulu tapi Wendy seperti tidak perasan lagi tentang hal itu. Sedangkan Jaehyung, cepat sekali tahu apa yang sedang berlaku diantara mereka.
Untuk menarik perhatian Wendy yang selama ini telah menghilang darinya, Eunwoo mula bercerita hal menarik yang dia dengar daripada puak wolf. Wendy mendengarnya dengan penuh khusyuk dan tidak menyampuk. Dia sebenarnya penat kerana sepanjang malam bersama Jaehyung.
"Jinjja? Baguslah," jawab Wendy sambil menguap. Eunwoo menoleh, tidak berpuas hati.
"Wendy, awal mengantuk?" Tegur Eunwoo. Wendy tersenyum pendek.
"Semalam Jae ajak jalan-jalan. Kitorang balik lewat sangat," cerita Wendy pula. Genggaman pada tangan Wendy menguat. Eunwoo menggigit bibir, geram.
"Balik pukul berapa?" Soalnya, cuba tidak mahu kedengaran seperti cemburu.
"Empat. Dapat tidur sekejap je. Ergh! Lenguh satu badan. Jae lah ni! Sepatutnya dia yang dukung aku tapi terbalik pulak!" Bentak Wendy. Tapi selepas itu dia tergelak pula bila teringat kejadian semalam.
Jae awalnya ingin menghiburnya, tapi alih-alih dia sendiri yang mabuk. Wendy geli hati teringat akan Jae yang melayang-layang seperti layang-layang hilang tambatan selepas meminum tiga botol arak yang mereka curi. Alhasilnya dia yang kena dukung Jae balik ke istana.
Eunwoo mengangguk, bitter.
"Nae. Tapi kan Wen, pasal tadi. Mark ada cakap dia terjumpa crush dekat sini.." Eunwoo terus bercerita tentang puak wolf, ingin melupakan akan cemburunya pada Jaehyung. Dia pula yang seperti anak kecil sekarang.
"Lepastu.." Kata-kata Eunwoo terhenti saat lelaki itu melihat figura yang dia kenal di bawah sana. Kedua langkah mereka terhenti.
Jantung Wendy berdegup dengan kencang.
Dia bertentang mata dengan lelaki yang sedang membawa bagasi ke dalam istana bersama seorang gadis seksi di sebelahnya. Mereka berdua berpegangan tangan seperti pasangan.
Sedar akan siapa yang dia pandang, Wendy terus melepaskan pegangan tangannya daripada Eunwoo namun tidak pula bagi lelaki di hadapannya itu.
Datar sahaja pandangannya. Wendy semakin sakit hati.
Dia tersenyum sinis.
"Chanyeol datang sini? Kenapa kita tak tahu pun?" bisik Eunwoo pada Wendy. Gadis itu tak menjawab soalannya kerana dia pun tidak tahu.
"Oh? Hello!" Gadis di sebelah Chanyeol mulai bersuara.
Bingit rasanya telinga Wendy mendengarnya. Mereka berdua turun mendekati tetamu yang baru sahaja sampai itu.
"Hey. Saya Jiyeon--"
"Korang datang bila?" Eunwoo memintas percakapan Jiyeon.
Nampaknya dia tidak berminat dengan gadis itu. Jiyeon merenungnya tajam.
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...