"Nak cakap pasal apa?" soal Wendy, ceria. Harinya bersinar disebabkan semalam. Hubungannya bersama Chanyeol telah bertambah baik.
Dia merenung Chanyeol yang sedang menunduk di sebelah Siwon. Aneh. Chanyeol tak pandang pun kearahnya. Keningnya terjongket. Pelik.
"Wendy," panggil Siwon.
"Nae?"
Wendy tertanya-tanya lagi. Kenapa semua orang nampak tegang semacam? Ada apa-apa berlaku ke? Kenapa dia nampak macam orang bodoh ni?
"Mulai harini, kamu tak boleh rapat dengan Chanyeol dah. Pakcik Chanyeol pun tak akan jaga kamu dah," ujar Siwon.
Senyuman Wendy melebar. Dia ingatkan semua ini hanyalah gurauan. Dia ketawa.
"Kami serius Wendy," ujar Sooyoung.
Senyuman Wendy luntur.
"Tapi kenapa?" soalnya. Dia merenung satu persatu wajah yang berada disitu.
"Sebab.."
"Hello? Saya Jiyeon. Boleh saya berjumpa Chanyeol? Master saya?"
Wendy menoleh ke belakang. Kelihatan seorang gadis cantik, tinggi lampai dan berpakaian seksi sedang merenung mereka bersama beg baju di sebelahnya.
Wendy merenungnya dengan pandangan musuh. Gadis itu pula menayangkan wajah tidak bersalahnya. Dia tersengih sehingga menampakkan giginya.
Wendy menggenggam penumbuknya. Dia merenung pula Siwon dan yang lain-lain. Dia tahu apa itu maksud dari master dan pet. Dia tahu semuanya tapi dia diamkan sahaja.
Kalau Chanyeol ada pet, bermaksud dia sudah tidak boleh rapat lagi dengan lelaki itu. Wendy merenung ahli keluarganya, kesal.
Ini ke cara Chanyeol untuk jauhkan diri daripada dia? Ini ke cara Chanyeol untuk kecewakan dia selepas semalam? Selepas lelaki itu beri harapan kepadanya? Sekarang dia betul-betul kecewa. Jadi Chanyeol cuma mempermainkan dia?
"Mulai harini, Wendy tak boleh rapat dengan Pakcik Chanyeol sebab dia dah ada tanggungjawab lain. Dan Wendy dah kena bersiap untuk berjumpa bakal suami kamu di Paris dengan bantuan Eunwoo. Dia akan jadi penjaga baru kamu."
"Tapi kenapa tiba-tiba?" soalnya, tidak berpuas hati.
Dia memandang Chanyeol, meminta penjelasan. Tapi tak ada tanda-tanda yang lelaki itu ingin menjelaskannya pun. Wendy semakin geram. Mulut Chanyeol tu kena jahit ke apa sampai tak boleh bercakap? Bisu ke?!
"Ini urusan orang dewasa Wendy. Kamu takkan faham," balas Siwon. Wendy rasa tersinggung.
Sehun dan Miyoung juga sayangnya tidak membela Wendy. Membuatkan gadis itu semakin sakit hati.
"Baik. Kalau itu yang semua nak. Saya akan ikut je macam lembu ditusuk hidung."
"Wendy, jangan cakap macam tu. Kami bukan nak aniaya kamu."
"Tapi itu yang korang tengah buat pada saya kan? Apa bezanya?"
Mereka terdiam.
...
Sebelumnya..
"Pet?!"
Chanyeol terkejut.
Dia terbangun. Kenapa tiba-tiba sahaja dia akan diberikan seorang pet sedangkan yang lain tidak. Kenapa hanya dia seorang sahaja?
"Itu salah satu perjanjiannya, Yeol. Demi kita sekeluarga?" ujar Siwon.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
