Part 21

539 49 22
                                    

Hari festival telah pun tiba. Keluarga vampire sedang bersiap-siap untuk ke sana begitu juga dengan Wendy dan Chanyeol. Gadis itu kelihatan sangat bersemangat untuk berjumpa datuk bandar.

"Dah siap?" soal Wendy kepada Chanyeol.

Chanyeol tak mengangguk. Dia sibuk memakai tali lehernya dengan begitu fokus. Gadis itu datang ke sebelah sambil merenung wajahnya. Chanyeol menjelingnya.

"Apa pandang-pandang?" marah Chanyeol. Wendy tersengih.

"Pakcik tak pandai pakai kan? Kenapa tak minta tolong?" soal Wendy. Dia cuba untuk menolong namun Chanyeol menepis.

"Macam kau pandai sangat.." sindir Chanyeol. Wendy berdecit. Dia mengalihkan tangan Chanyeol dan membalikkan badan lelaki itu menghadapnya.

Tali leher lelaki itu dibuka lantas dipakaikan semula. Chanyeol dilarang menghalang kerjanya. Lelaki itu merenung sahaja gadis pendek yang kononnya bijak itu.

Beberapa kali Wendy membelit tali leher itu sehingga tidak sengaja mencekik leher Chanyeol. Lelaki itu mengerang kesakitan. Tiba-tiba Wendy memukul kepala Chanyeol.

"Pakcik tak payah pakailah! Kita nak pergi festival bukan PIBG sekolah! Tukar baju lain!" bentak Wendy, geram.

Chanyeol termangu. Kenapa Wendy pula yang nak marah sedangkan dia yang sepatunya naik angin? Nasib baiklah kepalanya kuat.

Wendy membuka almari bajunya dan mengambil sehelai baju mahal yang berwarna hitam untuk dipakai olehnya. Dia menyerahkan baju tersebut kepada Chanyeol dengan kasar.

"Pakai ni!" arahnya.

"Tak nak!"

"Degil la pakcik hensem ni! Nanti kita lambat Tuan Oh Sehun tu marah pulak!" bentak Wendy lagi.

"Biarlah bapak kau marah. Aku tak takut pun."

"Haa menjawab menjawab. Cium kang!" ugut Wendy.

"Macamlah sampai. Ketod!" Balas Chanyeol dan terus masuk ke dalam bilik air untuk menukar bajunya. Jangan harap dia akan bagi peluang pada Wendy untuk menciumnya. Bibirnya itu khas untuk Miyoung sahaja. Kalau bukan Miyoung dunia ni, mungkin untuk Miyoung dari dunia lain.

"HEH! SAYA TAK PENDEK EH! PAKCIK YANG TERLEBIH TUMBUH!"

"Yelah ketod.."

Wendy mendengus geram. Dia menjeling bilik air tersebut.

"Tapi pakai jugak.." gumam Wendy perlahan. Dia keluar dari bilik dan menunggu Chanyeol diluar.

...

Chanyeol dan Wendy sampai juga di festival. Tiada orang lagi di sana pada waktu itu memandangkan tempat itu belum dibuka. Mereka menuju ke pejabat datuk bandar bersama-sama.

Ahli keluarga vampire sudah pun berada di sana.

Sebaik sahaja masuk, suasana menjadi sunyi. Datuk bandar dan yang lain-lain merenung kedua Wendy dan Chanyeol.

Wendy lengkap berpakaian seperti pengakap Amerika manakala Chanyeol seperti penyanyi rock black metal. Siwon mengeluh melihat pakaian tidak formal itu. Serupa kanak-kanak nak jumpa datuk pula. Tapi mana boleh dia marah Wendy.

Wendy menunduk hormat kearah datuk bandar, Lee Soo Man. Dia duduk diatas sofa berdekatan dengan Chanyeol.

"Jadi, inilah Wendy ya? Cantik," ujarnya. Wendy tersenyum sahaja.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDWhere stories live. Discover now