"Happy birthday to you!!"
Majlis hari jadi Kyungsoo berjalan dengan lancar. Kyungsoo juga berpuas hati dengan kek yang dibuat oleh Wendy. Dia memujinya habis-habisan sehingga membuatkan gadis itu bangga habis.
Sehun dan Miyoung juga turut sama bangga.
Mereka meraikan majlis dengan meriah sekali. Hanya keluarga mereka sahaja namun sudah cukup lengkap.
Chanyeol merenung Wendy yang sedang berkepit dengan Kyungsoo. Gadis itu memang baik menurutnya.
Dia lebih memikirkan orang lain daripada dirinya sendiri. Bahkan saat kakinya melecet tempoh hari, dia lebih risau memikirkan hadiah buat Kyungsoo daripada merawat dirinya sendiri. Chanyeol sendiri pun tak dapat menghalang Wendy daripada sibuk akan urusan orang lain.
Tapi di suatu sudut hatinya, Chanyeol tahu dia menipu dirinya. Sehari-hari bersama Wendy sebenarnya telah meruntuhkan dinding egonya. Miyoung pun sudah lama dia lupakan.
Tidur malamnya hanya teringat akan Wendy sahaja. Tapi Chanyeol tak mahu menyakiti dirinya buat kali kedua.
Patung berupa penguin diberikan oleh Wendy kepada Kyungsoo. Kyungsoo nampaknya suka dengan hadiah tersebut. Lelaki itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wendy seraya menyuapkan kek kepadanya.
Saat itu, matanya bertemu dengan mata Sehun dan Miyoung. Keduanya menayangkan wajah kasihan seperti tahu akan sesuatu namun Chanyeol tak ambil peduli.
Dia mengambil wain merah dan segera keluar dari sana. Dia tak suka bila orang memberi pandangan kesian kepadanya. Seolah-olah dia seorang yang lemah dan tak mampu berbuat apa-apa.
"Cantikkan bintang malam tu?" tegur Wendy yang perlahan-lahan mendekatinya. Gadis itu duduk tidak jauh darinya.
Chanyeol mengangguk kecil.
"Saya selalu terbayang nak terbang malam-malam sambil diiringi orang yang saya sayang. Tengok pemandangan sama-sama. Sweet kan?" ujarnya sambil menongkat dagu.
Chanyeol tersenyum kecil sambil merasa wain buatan manusia itu.
"Kau muda lagi. Bila-bila masa kau boleh tengok nanti," ujar Chanyeol. Wendy menggeleng.
"Tak akan rasanya," balas gadis itu, kecewa.
"Kenapa?"
Wendy menghela nafas panjang.
"Tak ada siapa yang nak terbang dengan saya. Dekat pun tak nak. Ada Eunwoo je yang berani. Itu pun, dia boleh berlari je, tak boleh terbang. Saya memang ditakdirkan untuk hidup sendirian kot," jelas Wendy. Dia menunduk.
Merenung hutan belantara dibawah sana. Satu demi satu impiannya tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.
"Nanti adalah tu vampire yang akan bawa kau." Chanyeol cuba memujuk.
Wendy ketawa sinis.
"Dah tak boleh. Saya dengar yang saya nak ditunangkan dengan ahli keluarga kita dari Paris. Itu pun kalau jadi. Nampaknya saya akan terperangkap dalam istana buat selama-lamanya. Jadi permaisuri kepada seseorang.. tanpa rela.." Wendy menyandar pada penghadang.
Dia diam seketika.
Chanyeol pula agak terkejut. Kenapa tak ada sesiapa pun yang beritahu tentang hal ini kepada dia? Dia pun ahli keluarga juga.
"Betul ke?" soal Chanyeol.
"Hurm?"
"Kau nak kahwin?"
"Tak tahu. Saya dengar Siwon oppa cakap tadi dengan Sooyoung unnie." Wendy ketawa perlahan seperti menutupi kesakitan supaya Chanyeol tidak melihatnya dalam keadaan menyedihkan itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
