"Serahkan Wendy pada kami! Cha Eunwoo!" Jerit Sehun sambil melindungi Miyoung yang sudah pun berdarah pada paha kirinya akibat digigit oleh serigala.
Para vampire berkumpul di sekeliling mansion, cuba untuk menahan Eunwoo daripada membawa Wendy yang belum menyedarkan diri.
Eunwoo mendukung Wendy seperti gadis itu hak miliknya yang mutlak. Lelaki itu tersenyum sinis sambil menjilat bibirnya yang berdarah akibat dipukul Sehun tadi.
"Dia milik aku!" balas Eunwoo, dengan mata garangnya.
Awal kejadiannya, Wendy dipengsankan oleh orang-orang Eunwoo saat gadis itu baru sahaja ingin keluar mencari ahli keluarganya.
Seulgi lah yang mula-mula perasan Wendy hilang. Nasib baik mereka berjaya menghalang puak serigala daripada meninggalkan mansion.
Ternyata, puak-puak pemakan daging mentah itu telah mengepung mansion sehingga melemahkan benteng pertahanan keluarga Choi. Mereka bertujuh belas sahaja manakala puak serigala itu berpuluh-puluh banyaknya.
Mereka menyerang puak serigala itu bertubi-tubi tanpa henti demi menyelamatkan Wendy. Alhasilnya, mereka sendiri yang tercedera teruk.
Bahkan salah satu serigala menggigit paha Miyoung sehingga wanita itu tidak dapat bergerak. Ini disebabkan Miyoung yang sudah terlalu hampir untuk mendapatkan Wendy dan menyebabkan dia diserang oleh orang suruhan Eunwoo.
Sehun telah pun membunuh serigala tersebut kerana mencederakan isterinya.
Dia menjadi semakin bengang sekarang. Tidak ada satu pun mahkluk yang boleh menyentuh isteri mahupun anaknya selain dirinya!
Langkah mayat dia dulu sebelum ingin membunuh Kim Miyoung dan Oh Wendy!
Chanyeol cuba untuk berdiri setelah dikerjakan teruk oleh serigala saat cuba untuk merampas semula Wendy. Gadis itu lengkap memakai pakaian pengantin dan sepertinya bakal dikahwinkan dengan Eunwoo sekiranya mereka berjaya keluar dari kawasan vampire. Sial.
Dan tidak ada satu pun vampire yang bakal membiarkan hal itu terjadi!
Eunwoo meletakkan Wendy diatas badan Jaehyun yang sudah pun bertukar menjadi serigala jadian. Lelaki itu ditugaskan untuk menjaga Wendy.
"Cha Eunwoo! Ini amaran terakhir!" jerit Chanyeol, marah.
Lelaki itu menahan rasa senak pada perutnya setelah ditumbuk Lee Taeyong tadi. Kurang ajar!
"Try me?" cabar Eunwoo.
Chanyeol merengus kasar.
Dia terus berlari kearah Eunwoo dan menumbuk lelaki itu dengan kuat sekali. Eunwoo bertukar menjadi serigala dan menyerang balas.
Dia mencakar badan Chanyeol sehingga mengoyakkan belakang lelaki itu. Chanyeol tidak mengalah!
Dia bangun lagi dan menendang kepala serigala Eunwoo sehingga lelaki itu berpinar-pinar kepeningan. Chanyeol mencekik leher Eunwoo dengan seluruh kekuatannya.
Orang-orang Eunwoo mulai menyerang sekali lagi. Para vampire mara lagi.
Sehun cuba melindungi Miyoung kerana gadis itu tidak dapat bergerak lagi. Sebahagian dagingnya telah diratah oleh orang suruhan Eunwoo yang telah mati itu. Anjing!
"Jangan dekat dengan aku!" marah Sehun sehingga urat sarafnya menimbul. Badan Miyoung dipeluk erat seperti tidak ingin melepaskannya untuk selama-lamanya.
Namun, serigala-serigala itu tidak menghiraukan amarannya. Mereka tetap menyerang Sehun dari belakang.
Bahkan, ada yang cuba untuk memakan Miyoung secara hidup-hidup. Nafas Sehun sudah pun tidak teratur. Miyoung memegang erat lengan suaminya itu. Dia tak mahu Sehun hilang kawalan seperti dahulu namun nampaknya, puak serigala telah salah memilih lawan.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
