Part 14

597 60 60
                                        


"How's business?" soal Siwon kepada Chanyeol yang saat ini sedang menikmati hidangan makan malam yang disediakan oleh hamba.

"Okey. Cuma banyak demand la vampire Kanada ni," ujar Chanyeol. Siwon mengangguk-angguk, bersetuju.

Sebab itu dia bagi syarikatnya di sana kepada Chanyeol kerana tak tahan dengan betapa cerewetnya vampire di sana. Nasib baik duit banyak jadi mereka layankan sahaja.

"Hujung bulan ni saya balik sana balik. Banyak lagi tak settle.." sambung Chanyeol.

Wendy yang sedang menyuap nasi berhenti seketika. Dia merenung Chanyeol dan Siwon. Pipinya dikembungkan.

"Pakcik hensem dah nak balik sana lagi?" soal Wendy, menyampuk diantara perbualan Siwon dan Chanyeol.

Miyoung memberi isyarat agar Wendy tak menganggu mereka.

"Kenapa, Candy?" tanya Siwon, lembut.

"Baru nak kenal-kenal dengan pakcik hensem. Uncle hantar lah orang lain pulak. Boleh?" rayu Wendy.

"Wendy, jangan menyampuk urusan orang tua," nasihat Miyoung.

Kelihatan Wendy seperti hendak menangis. Bibirnya diketap. Sudu dan garfunya diletakkan ke tepi. Dia menatap Siwon dengan pandangan paling menyedihkan. Tiba-tiba, air matanya menitis.

Adik-beradik vampire cemas. Ada yang kalut berlari mencari tisu sampai terjatuh. Siwon juga cemas. Dia tak pernah buat Wendy menangis.

"Okey-okey uncle hantar orang lain!" Siwon bersetuju.

Serentak itu, Wendy kembali tersenyum. Dia mengambil tisu di tangan Minseok dan mengelap air matanya kemudian tertawa ceria.

Chanyeol ternganga. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Mereka ni dikawal oleh Wendy atau apa sebenarnya? Kenapa semua tunduk pada dia?

"Tapi hyung.. Yeol ada klien ramai lagi dekat sana.."

Wendy menjeling Siwon. Lelaki tua itu gugup.

"Yi—Yixing boleh uruskan.."

"Tapi hyung—" Chanyeol terpaksa mengalah disebabkan renungan tajam Siwon.

Chanyeol menjeling Wendy. Gadis itu menayangkan wajah kemenangannya. Sememangnya, dia lebih berkuasa di sini.

...

Chanyeol mencuri-curi pandang kearah Miyoung dan Sehun yang sedang bercinta di halaman rumah. Terbit rasa cemburu di hatinya. Rasanya seperti ingin bunuh diri tapi sayang tak boleh mati. Baling bom dekat diorang boleh tak? Ke nak butakan diri sendiri?

Dia mengeluh perlahan.

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Masuk panggilan daripada nombor asing.

Siapa pula lah scammer kali ini?  Penatlah dia nak menyamar jadi polis.

Video call itu diangkat.

"PAKCIKKKKK!!!!!!!"

"PAKCIKKKKK!!!!!!!"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang