"Jisung! Jangan lari sayang!"
Seorang anak lelaki berusia tiga tahun berlari di sekeliling mansion. Anak kecil itu melarikan diri daripada ibunya. Suara tawanya memeriahkan mansion baharu itu.
Ibu muda itu mengejar anaknya yang terlampau aktif. Dia sudah pun kelelahan kerana kelakuan anaknya yang sukar ditandingi itu.
"Ah! Jisung-ah! Appo!" Sehun berpura-pura sakit saat dilanggar anaknya yang baru setinggi lutut itu.
Miyoung ketawa. Baru kali ini dia dapat melihat bagaimana Sehun melayan kanak-kanak. Jisung mulai memanjat Sehun dan bermain-main dengan rambut lebat lelaki itu.
Miyoung menghampirinya dan mencubit pipi Jisung, anak keduanya.
"Eee Chichung-ahh! Penat mummy kejar tau?!" marah Miyoung.
Jisung menunjukkan senyuman tidak bersalahnya. Dia membenamkan wajahnya pada rambut lebat Sehun untuk menyorok daripada Miyoung.
Sehun menurunkan Jisung dari bahunya dan mendukung anak lelaki pertamanya itu.
Pipi Jisung dicium.
"Anak daddy cium mummy sekarang," arah Sehun.
Jisung menurut perintah. Anak lelaki itu mencium pipi Miyoung. Dan secara tiba-tiba, Sehun turut sama mencium pipi Miyoung.
"Hey! Bapak budak tak boleh!" marah Miyoung. Sehun tersenyum gatal.
"Ala bapak budak sepatutnya lagi layak tau?" ujar Sehun. Perut Sehun dicubit.
"Diamlah Oh Sehun!" bentak Miyoung. Gila ke apa?
"Tapi--"
"Takde tapi-tapi! Gatal!"
Sehun mencebik.
Jisung mulai ketawa. Entah apa yang lawaknya. Miyoung dan Sehun merenung anak kecil itu serentak.
"Wae?!" soal mereka kepada Jisung.
"tayang...tantik..." ujar Jisung kepada Miyoung sambil menyentuh pipi mummynya itu. Miyoung terkejut. Bahu Sehun menjadi sasaran.
"Sayang! Awak la ni cakap bukan-bukan sampai Jisung ikut! Saya dah cakap budak ni tak tidur pun waktu kita---"
"tayang.. nak tium---"
Mulut Jisung ditekup. Miyoung merampas Jisung daripada Sehun dan membawanya pergi. Sehun pula ketawa terbahak-bahak sehingga senak perutnya.
"Sayang~~" panggil Sehun sambil ketawa bagai nak gila.
Rupa-rupanya, Jisung sentiasa mendengar apa yang mereka bualkan. Ini semua sebab Sehun yang sentiasa menggoda Miyoung tapi tak pernah cover meskipun Jisung ada bersama mereka.
Tapi Sehun tak menyesal pun. Seronok apa ada anak lelaki yang boleh se-geng dengan dia untuk buli Miyoung.
"Awak tidur luar sebulan!" jerit Miyoung.
"Ehh! Sayang! Tak nakk! Jisung-ah kenapa mulut anak daddy ni tak boleh tutup? Kan daddy dah kena denda!"
...
Wendy tersenyum melihat betapa bahagianya mummy dan daddynya sambil melayan Jisung, adiknya.
Berita yang agak mengejutkan sebenarnya. Tak sangka Miyoung mengandung lagi setelah perlawanan epik itu.
Wendy ingat bagaimana daddynya menangis terharu saat mendengar berita itu.
Kedatangan adiknya itu memang dinanti-nantikan. Wendy tak cemburu pun. Pasalnya dia pun memerlukan hiburan baru dalam hidupnya. Jisung pun boleh tayang clingy dengan dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
