Wendy sudah pun dibenarkan untuk pulang ke Quahog untuk menyambung proses penyembuhan. Gadis itu seperti biasa, nampak seperti baru pertama kali tiba di sana selepas bertahun lamanya meninggalkan Quahog.
Para hamba agak pelik saat melihat Wendy menyapa mereka seolah-olah mereka baru sahaja berkenalan. Ini kerana mereka masih belum dimaklumkan dengan keadaan Wendy.
Chanyeol memerhati Wendy dari jauh. Dia tersenyum kecil saat melihat Wendy menerima sapaan Toben, anak kecil mereka. Gadis itu nampaknya menyukai Toben.
Mereka bertentang mata. Namun cepat-cepat Wendy melarikan pandangan. Dia terus berlindung di belakang Jaehyun. Wendy masih takut dengan Chanyeol. Menyebabkn senyuman lelaki itu pudar.
Hari-hari berlangsung dengan seadanya. Tiada tanda-tanda Wendy mengingati apa-apa pun tentang memori barunya. Agak mengecewakan namun mereka tidak boleh menekan Wendy.
Chanyeol frust. Kalau Wendy sekarang berada umur 16 tahun, kenapa dia boleh kenal Jaehyungn? Kenapa tidak dia?
Miyoung cuba membawa Wendy ke rumah lamanya namun hasilnya sama. Wendy tak mengenali rumah itu. Dia juga tidak mengenali siapa Encik Kim iaitu datuknya sendiri.
Miyoung memetik bunga lili kegemaran mendiang ibunya lantas diberikan kepada Wendy.
"Wendy suka bunga ni. Wendy kata Wendy suka sebab bunga ni cantik," ujar Miyoung.
Wendy menerima hadiah itu dengan senang hati.
"Cantik.." ujarnya. Miyoung tersenyum hambar. Rasa berbeza sangat Wendy sekarang denga yang lama.
Wendy berjalan mengelilingi istana yang sedang dibersihkan oleh hamba. Sudah beberapa kali dia diberi amaran agar tidak berada terlalu dekat kerana risau habuk akan menyakitkan puteri muda itu.
Tapi Wendy tidak menghiraukannya. Dia suka bersama mereka untuk memerhati. Dia mahu menjadi vampire yang disenangi orang ramai.
Saat itu, chandelier yang sedang dibersihkan itu bergoyang-goyang seperti ingin tercabut. Wendy tidak sedar akan bahaya tersebut dan berjalan melewati chandelier tersebut.
"Cik Wendy!"
Hamba menjerit. Tiba-tiba, badan Wendy ditarik oleh seseorang. Chandelier bersaiz sederhana itu jatuh berdekatan dengannya. Wendy menekup wajahnya kerana takut dan terkejut.
"Gwenchana?" soal lelaki itu.
Wendy membuka matanya. Dia merenung Chanyeol dengan pandangan kosong.
"So--Sorry. Lain kali hati-hati.." ujar Chanyeol lantas melepaskan pelukan tersebut. Dia terus bangun dan melarikan dirinya.
Wendy yang masih terbaring menunjukkan reaksi bingung. Hamba-hamba datang menolong.
'He saved my life..'
Hari berikutnya, Wendy berada di dapur pula. Dia sengaja mahu melihat masakan yang disediakan oleh hamba. Terkadang, dia merasa masakan tersebut bagi pihak mereka.
Sedang dia menolong mereka walaupun dilarang, seorang hamba menuju kearahnya sambil membawa sebaldi air panas. Hamba tersebut tidak sedar akan kehadiran Wendy di hadapannya dan tersadung kaki sendiri.
Sekali lagi, Wendy dilindungi oleh Chanyeol sehingga badan lelaki itu terkena air panas tersebut. Chanyeol mengerang kesakitan manakala hamba tersebut menggigil ketakutan.
Chanyeol tidak mengatakan apa-apa dan sebaliknya beredar. Jantung Wendy berdegup kencang.
Lelaki itu menyelamatkan nyawanya untuk kali keduanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirosPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
