"Chanyeol tak balik lagi?" soal Miyoung, risau.Sooyoung menggeleng. Dia membawa Miyoung untuk duduk diatas sofa, tidak membiarkan wanita itu berjalan sendirian ke hulur hilir tanpa pengawasannya. Perut Miyoung sudah pun menampakkan bentuknya yang seakan-akan bola sepak.
"Baby nak sangat jumpa Uncle Yeol dia," ujar Miyoung, sedih.
Sooyoung menjongketkan keningnya. Mengidam ke? Kalau kata manusia lah.
"Lain macam permintaan dia," ujar Sooyoung, tersenyum. Miyoung mengangguk.
Dia pun tak tahu kenapa dalam fikirannya sekarang hanyalah berisi dengan wajah Chanyeol. Kenapa bayi di dalam kandungannya ini teringin sangat untuk berjumpa dengan Chanyeol? Atau dia rindu je memandangkan Chanyeol sahabatnya.
Sooyoung mengambil album berisi gambar keluarga mereka dan mengeluarkan gambar Chanyeol darinya. Gambar tersebut diserahkan pada Miyoung.
"Pandang gambar pun tak apa lah kan? Chanyeol mungkin balik dalam dua tiga hari lagi. Tak pun minggu depan."
"Lamanya.." omel Miyoung. Gambar Chanyeol tetap juga diambil olehnya. Dia menatap wajah itu bagaikan merindukannya.
"Jangan lama-lama. Nanti Sehun balik takut dia salah faham," nasihat Sooyoung. Miyoung mengangguk faham.
Miyoung menatap wajah Chanyeol, lama. Jantungnya berdegup tapi serasa seperti bukan miliknya. Adakah bayi dalam kandungannya ini sedang cuba untuk memberikan petunjuk kepadanya?
...
Beberapa bulan berlalu, masa untuk Miyoung bersalin juga semakin menghampiri. Hari ini, mereka akan menyambut hari lahir gadis itu. Dia secara sahnya menginjak ke umur 20 tahun, tahun ini.
Perutnya sudah pun memboyot seperti kandungan yang berusia lapan bulan. Dia dibantu oleh Irene untuk kemana-mana walaupun di dalam mansion. Tidak ada seorang pun yang akan membiarkan dia bersendirian.
Bahkan Jongdae, lelaki itu telah meminta maaf atas kekasarannya dahulu dan kini sudah pun berbaik dengan Miyoung.
Kek hari jadi Miyoung dibuat khas oleh Kyungsoo dan Minseok. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan kek setinggi lima tingkat itu. Cukuplah untuk Seulgi, si pelahap makanan.
Sehun mengambil alih Miyoung daripada Irene. Dia membantu isterinya itu keluar dari bilik air.
"Hun-ah, dah lima bulan ni. Baby tak keluar lagi.." ujar Miyoung, takut.
Kata Seulgi, masa kelahiran bayi vampire dan bayi manusia berbeza. Kalau diikutkan, sekarang pun sudah boleh kerana tumbesaran bayi dalam badan Miyoung tampak sihat sahaja. Semua organ telah terbentuk dengan baik. Kalau Miyoung terasa sakit pada perutnya, maknanya wanita itu akan melahirkan. Itu yang Seulgi ajar.
Perut Miyoung disentuh.
"Anak daddy duduk dalam tu diam-diam dulu ye? Daddy masih nak berdua-duaan dengan mummy," usik Sehun sambil mengusap sama perut Miyoung.
Tipu kalau kata dia tak risau tapi dia hanya ingin menyedapkan hati Miyoung sahaja. Biar pun dia dah hidup selama
501 tahun, Sehun masih kurang pengalaman dalam menguruskan hal ibu mengandung. Dia masih perlu menimba banyak pengalaman."Jangan risau la. Baby cuma nak bagi ruang untuk kita je tu," ujar Sehun. Dia mengucup dahi Miyoung, lama.
Gadis itu dibawa ke bilik persalinan yang berada di tingkat bawah untuk menyalin pakaiannya. Sehun menunggu di luar sementara Miyoung dibantu oleh Seulgi. Dia dihalau pula oleh Irene untuk pergi menyambut tetamu yang lain.
YOU ARE READING
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampiriPark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...