"Pakcik!!" Sapa Wendy dari belakang. Senyumannya melebar. Dia datang sambil membawa kek red velvet yang mereka siapkan semalam.
Gadis itu duduk di sebelah Chanyeol yang sedang mengelamun di hujung curam di belakang rumah. Chanyeol tidak menghiraukannya sebaliknya menyambung menikmati keindahan alam.
Angin laut menerpa ke wajah mereka.
"Pakcik buat apa sorang-sorang dekat sini?" tanya Wendy, prihatin. Bekas kek red velvet yang dia masak itu dibuka perlahan-lahan.
Kek tersebut telah dihiasi dengan darah cair nampaknya.
"Nak lari dari kau lah.." balas Chanyeol, kasar. Wendy memuncungkan bibirnya.
"Yeke? Malangnya tak boleh kan?" ujar Wendy, ceria. Chanyeol menjelingnya.
"Psiko.."
"Nah.." Wendy menyuapkan sekeping kek red velvet kepada Chanyeol. Lelaki itu tidak melawan. Dia menerima sahaja suapan Wendy.
"Pakcik kenapa tak kahwin lagi?" tanya Wendy. Itu membuatkan Chanyeol hampir tersedak. Dia menunjal kepala Wendy dengan begitu kuat.
Ada ke patut tanya soalan sensitif itu? Kalau lah Wendy tahu yang dulu cita-citanya mahu mengahwini Miyoung pasti Wendy jadi gila.
"Tunggu kau mati dulu baru aku kahwin," jawab Chanyeol. Wendy berdecit. Pipi Chanyeol ditarik dengan kedua belah tangannya.
Lantas wajah lelaki itu digoyang-goyangkan seperti bayi.
"Uwuu comelnya! Lama lagilah jawabnya pakcik kan? Kita kan tak boleh mati?" usik Wendy. Chanyeol melepaskan pegangan tangan Wendy dari wajahnya. Geli.
"Takde lama kalau kau pergi mati sekarang," balas Chanyeol. Wendy terus mengalihkan tangannya dan berdiri. Dahi Chanyeol berkerut.
"Khaja!" teriak Wendy bersemangat.
"Pergi mana?" soalnya.
"Mati!"
Wendy berlari dengan laju lantas terjun ke dalam air laut yang sedang bergelora sekarang. Chanyeol terkejut.
"Kyahh micheosseo?! Oh Wendy!" Teriak Chanyeol, cemas.
Wendy sudah pun hilang dari pandangannya di dalam laut. Sudahlah di bawah sana penuh dengan batu-batu tajam. Kalau manusia yang terjun, memang jumpa di neraka esoknya.
"Wendy tak lucu lah! Naik sebelum aku balik! Aku tinggalkan kau kat sini!" marah Chanyeol. Dia menunggu respon Wendy namun nampaknya gadis itu masih tidak timbul.
Chanyeol mendengus kasar.
"Fine! Duduklah dalam laut tu kawan dengan anjing laut! Aku tak peduli dah pasal kau!" jerit Chanyeol lagi.
"Anjing laut makan manusia--Oh lupa kau vampire.."
Dia menuju kearah keretanya untuk kembali ke rumah. Sambil-sambil itu dia sempat menoleh ke belakang untuk melihat sama ada Wendy sudah naik atau tidak.
krek!
Bunyi sesuatu berlaga dengan batu. Chanyeol tersenyum sinis. Pasti itu Wendy yang sudah berputus asa.
Namun sebaliknya yang berlaku apabila Chanyeol berpaling ke belakang. Bunyi tadi terjadi disebabkan bekas kek yang melambung terkena pada batu-bata dan bukannya Wendy. Chanyeol jadi semakin cemas.
Dia membuka jaketnya dengan segera dan berlari terjun ke dalam laut yang mana tinggi curam itu adalah 500 meter.
Sebaik sahaja Chanyeol turun, dia terus menyelam walaupun agak sukar disebabkan arus yang deras. Angin juga agak tidak membantu sekarang malah merumitkan.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
