Part 6

633 60 6
                                    

Berbulan-bulan berlalu dengan pantasnya. Wendy tumbuh membesar dengan abnormalnya. Seperti yang telah dijangka oleh kebanyakkan vampire. Dia sekarang sudah pun berusia enam tahun.

Hidupnya dikelilingi dengan orang-orang yang sentiasa menyayanginya dengan tulus. Bahkan Jongdae sendiri mengambil berat akan Wendy meskipun lelaki itu pernah cuba untuk melukakan si ibu.

Sejak kehadiran Wendy, para vampire semakin betah berada di rumah. Selesai sahaja kerja, mereka pasti akan menemui Wendy terlebih dahulu. Kerana menurut mereka, anak kecil itu sentiasa mengembalikan tenaga mereka.

Kadang-kadang, mereka akan mengajar Wendy segala jenis mata pelajaran yang. mereka mahir. Ya, dia tidak dihantar ke sekolah kerana risau akan keselamatannya.

Seperti sekarang, vampire beradik itu sedang bermain dengannya sambil diperhati oleh Miyoung dan Sehun.

Miyoung kagum dengan Sehun kerana sudah berjaya menyingkirkan perasaan cemburu butanya itu. Sejak Wendy menyebut perkataan daddy sebagai kata-kata pertamanya, Sehun jatuh hati dengan anaknya itu. Mereka semua pun terkejut kerana kalau diikutkan logik, sepatutnya Miyoung lah nama pertama yang patut disebut oleh anak itu memandangkan dia sentiasa bersamanya.

Disebabkan itu juga, Sehun sentiasa menghabiskan masanya bersama Wendy sekarang. Memberi kasih sayang secukupnya kepada Wendy seperti permintaan Miyoung.

"Appo!(sakit!)" Wendy terjatuh saat sedang bermain bersama-sama pakcik-pakciknya yang kacak itu.

Mereka bersembilan terkejut dan berlari mendapatkan Wendy. Anak kecil itu dikerumuni seperti semut dan gula.

"Candy sakit kat mana bagitahu ahjussi!"

"Macam mana boleh jatuh ni sayang ahjussi?"

"Baby nak lolipop ke ahjussi beli kejap lagi untuk hilangkan sakit?"

"Melecet ke? Terseliuh ke? Nak ahjussi dukung?"

Bertubi-tubi soalan dituju pada Wendy. Anak kecil itu hanya mampu menangis. Miyoung yang melihat anaknya itu sedang menangis terus mendapatkannya.

"Sakit ya? Jom mummy sapu ubat.." ajak Miyoung. Wendy didukung oleh Miyoung.

"Nak daddy.." pinta Wendy sambil mengepal tangannya, comel. Miyoung menjeling kearah Sehun dan terus menyerahkan Wendy kepadanya. Menyampah betul bila Sehun dah mula tayang wajah perasan dia tu.

Mulalah nak berlagak itu anak dia.

"Anak saya.." Ejek Sehun.

"Yelah anak dia sorang je.." balas Miyoung. Kakinya dihentak ke tanah.

Pipi pau Wendy ditarik perlahan.

"Tau-tau je kan mana lelaki hensem. Gatal sama macam bapak dia.." rungut Miyoung. Wendy yang tidak memahinya apa-apa pun hanya mampu menghisap ibu jarinya dan menyandarkan kepalanya pada leher Sehun.

"Daddy pula. Mummy dia la. Malam-malam je mulalah gatal dia datang," usik Sehun.

"Mana ada! Jangan mengarut!" marah Miyoung. Pipinya sudah pun merah sekarang.

"Ehem. Wendy nak aiskrim tak? Jom ahjussi bawakkan nak?" ajak Baekhyun. Daripada mereka menonton drama murahan ini baik mereka bawa Wendy pergi jauh dari sana.

Wendy terus bersetuju saat mendengar perkataan aiskrim. Tangannya didepa seluas mungkin, memberi isyarat agar dirinya didukung oleh Baekhyun. Lelaki berambut pink itu merampas Wendy dari dukungan Sehun dan meninggalkan kedua pasangan suami isteri itu disana.

"Wendy nak aiskrim apa?" tanya Baekhyun.

"Nak.. aishklim(aiskrim) ni.." jawabnya sambil menyentuh rambut Baekhyun. Lelaki itu ketawa.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDWhere stories live. Discover now