"Assalammualaikum?" ucap Mona sambil memboloskan diri masuk ke dalam kereta kancil si abahnya.
"Waalaikumussalam. Lama Mona hari ni?" tanya abah sambil menghidupkan enjin kereta.
"Ada perjumpaan pengawas tadi, abah. Tu yang Mona lama sikit," jawab Mona.
"Oo," hanya itu balasan abah dan Mona hanya mengangguk kecil.
Perlahan-lahan abah membawa kereta meninggalkan perkarangan sekolah Mona, Sekolah Menengah Kebangsaan Mawar Biru (SMMB). Sepanjang perjalanan, Mona dan abah hanya diam melayan perasaan sendiri sebelum Mona menjerit kecil tiba-tiba.
"Lelaki tu kemalangan!"
Memang benar. Terdapat seorang lelaki terkial-kial untuk bangun di hadapan. Seluar sekolah hitam yang mungkin memegang sesebuah jawatan di sekolahnya di bahagian lututnya terkoyak menampakkan lututnya yang terluka. Siku bahagian kirinya juga tercalar, terkoyak juga uniform sekolah putih lengan panjangnya. Motorsikalnya kelihatan berada beberapa meter jauh darinya.
Pantas abah memberhentikan kereta di bahu jalan, dekat dengan pelajar lelaki itu. Setelah itu, serentak abah dan Mona turun melihat keadaannya.
"Anak tak apa-apa?" tanya abah sambil berdiri dengan tubuh sedikit dibongkokkan mencari wajah pelajar lelaki kemalangan tersebut yang terlindung dek helmet masih di kepalanya. Tangan kanannya menyentuh bahu si pelajar lelaki.
"Teruk dia ni, bah. Jom kita bawa ke hospital?" usul Mona apabila melihat pelajar lelaki itu seperti menahan sakit yang tidak tertanggung sehingga tidak mampu menjawab soalan abah. Patah kot kaki atau tangan dia...
"Betul juga tu. Jom pak cik hantar anak ke hospital," kata abah lalu terus memapah pelajar lelaki itu menuju ke dalam perut kereta.
Abah menempatkannya di bahagian belakang. Setelah itu, abah dan Mona masuk ke dalam perut kereta. Laju sahaja abah menukar haluan menuju ke hospital berhampiran. Lima minit sahaja dah sampai.
Setengah jam kemudian,
"Terima kasih, pak cik sebab dah tolong hantar saya kat sini," ucap si pelajar lelaki yang sudah dicuci, dirawat dan dibasuh lukanya oleh pihak hospital. Kini, dia sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah.
"Sama-sama, anak. Erm... nama anak siapa ya?" tanya abah sekadar ingin tahu.
"Sadree, pak cik" jawabnya, sopan.
"Oo... Sadree. Kenapa boleh kemalangan tadi?" tanya abah lagi.
Mona yang memerhati abah dan pelajar lelaki yang bernama Sadree itu hanya diam sedari tadi. Sejujurnya dia terpesona dengan kesempurnaan rupa paras Sadree sebaik sahaja Sadree menanggalkan helmetnya. Masha-Allah... terlalu handsome. Ala-ala wajah Captain Amerika aka Steve Roger dalam movie The Avengers. Rambutnya pula berwarna coklat gelap (dark brown). Biji matanya berwarna coklat cair.
Allahu... wildan ke ni?
Menyedari keterlaluannya dalam merenung si ajnabi tanpa had, pantas sahaja Mona menundukkan pandangan mata. Sebelum itu, sempat Mona menjeling lencana sekolah Sadree. Lencana sekolah St. Peter, sekolah khas untuk anak-anak orang berada. Maknanya Sadree ni dari keluarga yang berada. Patutlah nampak lain...
'Tak sangka dapat jumpa dengan anak orang kaya yang baik dan santun macam ni,' bisik hati Mona.
"Err..," Sadree menggaru seketika belakang tengkuknya. Helmet di tangan dipegang erat. Malu pula nak cerita kenapa dia kemalangan tadi.
"Saya terlanggar anjing, pak cik. Tiba-tiba je anjing tu muncul, tak sempat nak brek, saya pula yang bergolek" cerita Sadree kemudian.
"Oh sebab anjing rupanya. Memang jalan kampung macam ni banyak anjing, rumah pak cik pun ada anjing juga. Pak cik bela untuk jaga rumah dan jaga anak-anak pak cik sebab pak cik selalu tinggalkan rumah dan anak-anak. Pak cik pergi ke kampung seberang."
Ringan pula mulut abah buka cerita kat Sadree yang baru dikenali. Biasanya, tak mudah abah cerita soal peribadi kat orang yang baru dikenali. Abah mimpi indah tadi malam ek?
"Yeke, pak cik? Eloklah tu. Terjaga rumah dan anak pak cik," kata Sadree teragak-agak.
Dari raut wajahnya, Sadree macam tak suka sebut perkataan anjing. Hm. Anak orang kaya katakan, mesti dia geli dengar abah pelihara anjing. Mungkin family dia tak bela anjing kot.
"Haha, ya. Sadree tinggal mana? Mari pak cik tolong hantarkan," pelawa abah.
"Tak apa, pak cik. Umi saya tengah dalam perjalanan nak jemput saya, saya dah call tadi," tolak Sadree, lembut.
"Oh yeke? Baiklah. Kalau macam tu, pak cik dan anak pak cik balik dulu."
"Baiklah, pak cik" balas Sadree sambil menghulurkan tangannya kepada abah. Dengan senang hati, abah menyambut huluran tangannya. Ditepuk lembut bahu Sadree seketika.
"Pak cik harap, pak cik akan jumpa kamu lagi lepas ni. Assalammualaikum?"
"Insha-Allah, pak cik. Waalaikumussalam," balas Sadree sambil memerhatikan abah dan Mona yang semakin menjauhinya.
Baru sahaja abah hendak masuk ke dalam perut kereta,
"Terima kasih, pak cik... untuk sekali lagi!" laung Sadree.
Abah hanya tersenyum lalu mengangguk kecil. Dia kemudian masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin.
Mona yang sudah duduk di sebelah memandang Sadree yang masih memandang ke arah mereka. Tanpa sedar, Mona melemparkan senyuman manis ke arah Sadree. Sadree membalasnya dengan dada yang lapang. Melihat Sadree membalas senyumannya, hati Mona tiba-tiba jadi tidak menentu.
Dup... dap...
Jantungnya berdesir halus. Perlahan-lahan Mona menganggukkan kepalanya kecil tanda salam perkenalan dan perpisahan buat masa yang sama kepada Sadree. Selepas itu, Mona membuat isyarat tangan 'sila jaga diri awak' kepada Sadree lalu melarikan pandangan matanya selepas itu. Tak tahulah Sadree faham ke tak sebab muka dia macam nampak blur dan terkejut sahaja.
Perlahan-lahan, abah mula memandu meninggalkan perkarangan hospital.
Tak Allah temukan kita dengan seseorang tanpa sebab.
... dan semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti, Sadree.
Happy reading
27.02.2020
YOU ARE READING
Ternyata Dia Takdirku
Romance"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri ☘️ * Ternyata Dia Takdirku (TDT) sememangnya sudah pernah diterbitkan...