TDT 17

365 12 0
                                    

"Mona Aisha!" jerit Aimi tiba-tiba.

Terkejut Mona yang baharu sahaja hendak membuka pagar rumah.

Aimi kejar dia.. sampai sini ke..

"Awak kenapa?" soal Mona.

"Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang dah kenapa?!" tengking Aimi.

Makin berkerut kening Mona dibuatnya.

"Saya tak fahamlah," kata Mona.

"Kau tak faham? Mari aku fahamkan kau. Encik Haiqal tu aku punya, setan! Tapi kenapa kau pergi rampas dia? Kau ni memang kaki rampas ke, ha perempuan?"

Zuppppp!

"Apa awak cakap ni, Aimi? Ini fitnah namanya. Saya tak rampas Encik Haiqal dari awak pun," kata Mona.

"Kau tak payah tunjuk baik bagai konon. Kau juga tak payah tunjuk suci. Aku tahu kau macam mana, aku kenal kau sejak pra-sekolah lagi."

Mona mengurut dahinya beberapa ketika. Setahunya, tidak pernah dia satu sekolah dengan orang bernama Aimi ketika berada di zaman persekolahan.

"Awak baliklah Aimi. Makin banyak awak cakap, makin lain yang keluar dari mulut awak. Baik awak balik, ambil wuduk, hadap tuhan. Pasti awak akan rasa tenang so, dipersilakan pergi" halau Mona, lembut.

"Kenapa? Kau takut kalau aku bongkarkan rahsia kau?" soal Aimi, sinis.

Mona menjulingkan mata ke atas lalu membuka pagar. Tiba-tiba, Aimi bertindak merentap kasar lengannya.

"Awak nak apa lagi ni?" soal Mona masih dalam nada perlahan.

"Aku nak cakap yang aku memang kenal kau dari dulu. Aku tahu perangai kau masa zaman sekolah, kaki buli masa tahun tiga sampai tahun enam, kaki gaduh masa form one sampai form five, perokok, kaki ponteng, dan masa kau form five juga, seorang guru bernama Syamailiha mati disebabkan kau dan kawan-kawan kau!" bisik Aimi kasar di telinga Mona.

"...dan masa kau form five juga, seorang guru bernama Syamailiha mati disebabkan kau dan kawan-kawan kau!"

Kata-kata itu bermain-main di minda Mona. Kaku dia jadinya tidak bergerak. Kunci rumah turut terjatuh dari genggamannya.

Kisah hitam tu...

Macam mana Aimi boleh tahu?

"Kan aku dah cakap, aku tahu semua pasal kau. Kau tak payah tunjuk baik, bajet alim dan bajet suci sangat. Kau tu dulu free hair dengan rambut color blonde tapi sekarang kau dah bertudung litup, nampak sangat baik dan terjaga namun hakikatnya kau adalah seorang pembunuh!"

Zappppp!

"Kau diam!" bentak Mona seraya menolak tubuh Aimi membuatkan perempuan itu terundur beberapa tapak ke belakang.

"... kau tak tahu apa-apa!" bentak Mona lagi dengan wajah merah menyala.

Aimi tersenyum sinis.

"See? Kau dah kembali dengan diri kau yang dulu. Ingat, Mona... semua pasal kau ada dalam genggaman aku. Be careful, jangan buat hal dengan aku especially tentang Haiqal. Remember that," kata Aimi lalu meninggalkan Mona.

Puas hatinya melihat sinar ketakutan terpancar di wajah Mona tika dia menyebut nama arwah Cikgu Syamailiha. Rupanya itu kelemahan Mona.

Kacang je.

Melihat Aimi pergi, pantas sahaja Mona menunduk untuk mengutip gugusan kunci rumah yang terjatuh tadi. Cepat-cepat dia membuka mangga lalu masuk ke dalam rumah.

Bayangan wajah arwah Cikgu Syamailiha menjengah mindanya. Cepat-cepat dia menepis jauh.


***

"Mon! Ooo... Mon! Buka pintu ni," laung Syai di luar rumah.

Mona yang baru tersedar dari tidurnya pantas sahaja berlari membuka pintu. Melihat Syai, pantas dipeluk erat tubuh sepupunya itu.

"Wei Mona, awak demam ni!" kata Syai dengan suara tinggi apabila wajah Mona menyentuh dadanya.

"Saya takut Syai... saya termimpikan arwah Cikgu Syamailiha ...",

Memang benar. Dia baharu sahaja termimpikan arwah cikgu itu. Dalam mimpinya, Cikgu Syamailiha meminta tolong kepadanya namun Mona sudah terlambat, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi sama seperti apa yang berlaku pada realiti.

Syai terpaku.

Cikgu tu...

Automatik meremang bulu roma Syai mengingati bertapa dahsyatnya kematian seorang guru bernama Syamailiha beberapa tahun yang lalu.

Walaupun dah lama berlalu, Syai dan Mona tetap akan ingat peristiwa hitam itu. Kerana peristiwa itu, Bella dan Anne bunuh diri dan meninggal dunia. Mona dan Syai pula selamat daripada dipenjarakan kerana Bella dan Anne sempat mengakui kesalahan mereka sebelum membunuh diri.

Terlalu tragis.

Terlalu pahit untuk ditelan.




Happy reading
2|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now