TDT 10

441 13 0
                                    

Tertunduk-tunduk Mona mencari maggi tom yam yang berada di rak paling bawah. Apabila dia bangun berdiri, secara tidak sengaja dia ter'tanduk' akan dagu seorang wanita.

"Auchh!" rintih wanita itu.

"Maaf mak cik, maaf..." ucap Mona dengan sepuluh jari disusun kemas. Sekilas pandang, macam nak menghadap raja-raja pun ada juga gayanya.

Wanita itu menggosok dagunya seketika.

"Tak apa, mak cik yang tak nampak kamu. Mak cik yang patut minta maaf," ucap si wanita.

"Tak apa, tak apa. Erm... dagu tu sakit lagi ke?" tanya Mona dengan riak wajah bersalah.

Kang tercabut rahang mak cik ni, naya Mona. Tercabut rahang tak apa. Jangan sahaja tercabut gigi palsunya. Itu pun kalau dia pakai benda tu.

Lucu tak?

Hahahahahahahahaha.

"Tak."

"Syukurlah. Kalau macam tu, saya minta diri ya?" kata Mona sambil memegang trolinya, bersedia hendak membawanya pergi.

Si wanita mengangguk lalu Mona terus menolak trolinya meninggalkan wanita tersebut.

"Sekejap!" panggil wanita itu.

Terhenti langkah kaki Mona. Dia memusingkan tubuh semula ke arah si wanita.

"Siapa nama kamu?" tanyanya.

"Mona," jawab Mona ringkas. Tak pula dia bagitahu nama sebenar.

"Mak cik harap, mak cik akan jumpa Mona lagi suatu hari nanti."

Mona hanya mengangguk kecil dan tersenyum. Insha-Allah. Dia berpusing semula ke hadapan. Troli ditolak dengan senang hati.

Ada rasa senang terbit dalam hatinya tika menatap wajah wanita tadi. Apa pun ia, semoga baik-baik sahaja.

***

"Umi senyum sorang-sorang ni kenapa?" tanya Sadree yang tadinya berada di bahagian makanan tin, makanan kegemarannya terutamanya jagung manis dalam tin.

"Umi nampak bidadari tadi," jawab umi dengan wajah berseri-seri menatap wajah Sadree.

"Apa pula bidadari kecil bagai ni umi? Umi ni ada-ada je..." omel Sadree.

"Bidadari kecil tu namanya Mona," kata umi lagi. Masih nak bercakap pasal bidadari kecilnya yang rupanya adalah Mona itu.

"Monalisa tak berkening tu ke?" kata Sadree malas sambil mencapai satu tray telur gred A yang berada di atas rak maggi.

Wajah umi bertukar riak. Serius semacam merenung wajah Sadree membuatkan Sadree cuak sendiri.

"Umi suka budak tu."

"Aii... umi? Umi jangan macam-macam. Along dah kahwin, Bangde masih tingkatan empat, Acu pula masih tahun dua. Umi nak kahwinkan dengan siapa pula?" tergeleng-geleng kepala Sadree berkata sedemikian.

Takkan aku pula.

Tak nak aku!

"Dengan angah lah. Angah kan dah 22, kerja pun dah ada."

"Umi ni... umi belum kenal lagi tau budak tu. Baru nampak sekali dah berkenan. Kalau budak tu tak betul, macam mana? Umi nak lagi?" serang Sadree.

"Umi tak kisah asalkan hati umi dah berkenan, umi suka je" kata umi sekadar ingin mengusik jiwa anak bujangnya itu.

Tergeleng-geleng kepala Sadree. Memang mak-mak begini eh? Suka jodoh-jodohkan anak walaupun anak tak nak. Umi aje kot macam ni. Haih, untungnya dirimu Sadree.

Tergelak kecil umi melihat wajah cemberut Sadree.

"Jom umi, kita bayar ni" kata Sadree lalu menolak troli meninggalkan umi menuju ke kaunter pembayaran.

Kad kreditnya dikeluarkan lalu dihulurkan kepada cashier.

"Maaf encik, kami terima cash sahaja" kata cashier itu.

What?!

Cerewetnya... memang tempat low standard macam ni cerewet eh.

"Biar umi bayar," kata umi lalu menghulurkan beberapa keping not lima puluh kepada cashier.

Kalau umi lambat datang, dah lama Sadree 'hentam' cashier itu. Ada pula tak terima kad, nak cash aje konon. Ingat orang berada tak boleh membeli dalam kedai macam ni ke.

Semak.

"Jom," lengannya ditarik oleh umi keluar daripada kedai tersebut.

"Apasal muka cemberut sangat ni? Lain kali kalau membeli dekat kedai macam ni, Angah tunggu umi dulu. Ada pula keluarkan kad kredit nak bayar. Kan dah kena macam tu," bebel umi sambil memasukkan barang-barang ke seat belakang.

Sadree hanya mendengus sebelum memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Tidak lama kemudian, umi pun melabuhkan punggung di sebelah Sadree.

"Jom gerak. Kesian Acu kat rumah sorang-sorang."

Sadree hanya mengangguk lalu mula membawa keretanya meninggalkan kawasan itu menuju ke lebuh raya.




Happy reading
1|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now