TDT 16

376 12 0
                                    

"Hello, mama?"

"Hello, Mona. Mona sihat?" tanya mama sebaik sahaja mendengar suara Mona di corong telefon.

"Mona sihat, ma. Mama, abah dan Rayyan sihat juga?" tanya Mona balik sambil melabuhkan punggung di sebelah Syai.

Ketika itu, mereka berada di luar baru selesai menonton wayang.

"Sihat, Mona... semua. Mona bila nak balik sini? Mama rindulah."

Tersentuh hati Mona mendengarnya. Sebak hatinya tiba-tiba.

"Bulan depan Mona balik. Mona pun rindu mama, rindu abah, rindu Rayyan.. rindu kampung juga lagi-lagi masakan mama," kata Mona, tulus.

Sudah agak lama juga dia tidak pulang ke kampung. Mungkin dah lapan bulan. Hanya separuh daripada wang gajinya dikirim ke sana selain berbagi khabar melalui telefon dengan ahli keluarganya.

"Betul ke ni... ke saja nak ambil hati mama?" usik mama, mungkin dia tahu Mona tengah bersedih.

"Betul lah mama. Mona tak tipu."

"Hahaha. Mama saja bergurau, betul ni nak balik bulan depan?" tanya mama sekadar menginginkan kepastian.

"Iya, mama. Erm... abah mana, mama?"

"Abah... ada kat ruang tamu bercakap dengan budak entah siapa nama, mama lupa. Tapi budak tu selalu juga datang sini, sebulan sekali" jawab mama.

"Budak kecik ke?" tanya Mona hairan.

"Bukan. Dia tua dua tahun dari Mona tapi dulu sekolah lain, lain macam aje cara abah layan dia. Macam berkenan abah dengan budak tu, 'bersedialah' Mona ya?" usik mama lagi.

Siapa lelaki tu...

"Haih, mama ni... Mona muda lagi ni. Baru 20 pun. Nanti mama kahwinkan Rayyan dulu baru Mona ya."

"Ada pula macam tu...",

Mona dan mama berbual kosong setelah itu sebelum Mona memutuskan talian.

"Mama kirim salam dengan lafaz assalammualaikum," kata Mona kepada Syai sambil memasukkan telefonnya ke dalam begnya.

"Waalaikumussalam. Lama dah tak nampak mak cik, mak cik sihat?" tanya Syai.

"Alhamdulillah, sihat. Semua sihat," jawab Mona sambil menyuapkan sesudu kek ke dalam mulutnya.

"Alhamdulillah. Baguslah macam tu. Erm.. dah nak pukul 10 dah ni, jom balik," ajak Syai.

Tiba-tiba, dua orang lelaki menghentikan langkah kaki di hadapan Mona dan Syai.

"Hai, Cik Bisu?" sapa salah seorang daripada mereka.

Terkebil-kebil Mona. Kalau tak silap, lelaki ni kawan Sadree kan? Yang kat banglo tu. Leng...

Pantas Mona menarik tangan Syai. Berlari-lari mereka berdua menjauhi tempat tadi.

"Huff... huff...! Awak kenapa?" soal Syai dengan nafas tercungap-cungap apabila mereka sudah berada agak jauh dari tempat tadi.

"Lelaki yang tegur tadi tu, Leng. Leng kawan Sadree," jawab Mona dengan nafas tercungap-cungap juga.

"Ooo...," terangguk-angguk Syai. Baru dia faham kenapa Mona bawa dia lari tadi.

"Yang sebelah dia tu, siapa? Itukah Sadree?" tanya Syai lagi.

Mona menggeleng. "Tak kenal."

"Dah, jom balik. Takut pula terjumpa dengan dia di sini. Naudzubillah," kata Mona sambil membawa Syai pergi dari situ.

***

"Cuba check muka aku. Ada tahi mata atau tahi hidung ke apa ke," kata Leng kepada Mujib yang masih terkebil-kebil hairan akan Mona yang berlari bersama kawannya tadi, Syai.

"Tak ada," kata Mujib setelah selesai membelek wajah Leng.

"Habis tu, kenapa diaorang lari?"

Mujib menjongket bahu tanda tidak tahu.

"Muka kau macam syaiton kot," katanya selamba kepada Leng.

"Apa kau cakap?" soal Leng, kurang jelas dengan ayat Mujib tadi.

"Aku cakap, kenapa kau tak tegur pakai bahasa isyarat? Dia kan bisu," kata Mujib menukar topik.

"Aku mana pandai, Sadree je terror bab bahasa isyarat. Kalau dia ada kan bagus, untung kita dapat tonton drama free bertajuk "Encik Perfect, Cik Bisu" arahan aku," kata Leng sambil menepuk dadanya dua tiga kali.

"Kau kalau tak meloyar buruk, tak sah kan?" selar Mujib.

"Itu... loyar buruk ke? Aku serius kot," ujar Leng.

Mujib menjulingkan mata ke atas seketika. Leng memang kaki loyar buruk dan suka menegakkan benang yang basah. Ya, itulah Leng. Sadree dan Mujib aje yang kenal perangai sebenar dia.

Mujib kemudian mula menghayun kaki meninggalkan Leng yang masih tersengih-sengih memandangnya. Daripada layan Encik Ngok Ngek aka Leng, baik dia mengisi perut di restoran berhampiran.




Happy reading
2|3|2020

Ternyata Dia TakdirkuWhere stories live. Discover now